Aku dapat juga balik melawat anak setelah seminggu sakit di UiTM. Peluang melawat digunakan sepenuhnya melawat 2 lagi anak di UUM dan Matrik Kedah. Walaupun sakit tak seberapa, namun kehadiran ibu dan bapa dapat juga anak-anak melepas rindu. Kesempatan juga diambil melawat bonda dan saudara mara walaupun anak yang bongsu tahun 2 terpaksa ponteng sekolah. Anak di Tkt 1 tinggal dengan jiran kerana dah pandai mengurus dan menjaga diri. Kalau diikut hati dan bajet memang tak ekonomik tetapi jangka panjang amat bermakna sebagai sokongan moral. Bila dah melawat sekurang-kurangnya membawa bekalan air minuman, biskut dan wang saku. Semuanya bukan ukuran tetapi mendapat kepuasan dan kedamaian.
Setibanya di destinasi, dapat juga melawat kolam udang pancing adik yang baru dibuka 4 hari lalu. Kolam pancing udang galah dengan nama Kolam Udang Di Pancing mendapat sambutan menggalakan. Aku dapat juga membawa anak-anak ke kolam agar anak-anak dapat hilang stress disamping menyemarakan semangat ushawan semacam Pakcik mereka yang berjaya mengusahakan Kedai Dobi, Wakil Insuran dan Kontrak Membersih kawasan sekolah dan pejabat Kerajaan/Swasta. Bukan mudah mengusahakan kolam udang, kedai dobi semuanya memerlukan disiplin dan kawalan kewangan yang ketat. Asasnya memerlukan ketekunan dan tidak putus asa serta doa. Sedikit sebanyak anak-anak yang membesar tahu merancang masa depan. Wassalam
No comments:
Post a Comment