Sunday, 22 February 2009

MASA BERLALU CEPAT DAN PASTI KETINGGALAN JIKA TIDAK DILAKSANAKAN MUHASABAH DIRI

Masa berlalu terlalu cepat dan bebanan kerja serta masalah kehidupan seringkali mengganggu routine harian. Masa yang dirancang seringkali terbabas, namun perlu disemak kaji bagi memenuhi ruang masa yang ada. Semakin membesar anak-anak semakin banyak ilmu perlu dicari. Kalau dahulu cakap dan arahan anak kecil boleh patuhi tanpa banyak soal dengan jawapan yang logik atau alam fantasinya. Bila meningkat belasan tahun dan 20an, kaedah penyampaian turut berubah dan tidak boleh main arahan sahaja tetapi perlu diselitkan dengan jawapan yang tepat, contoh dan kemampuan/tauladan sendiri. Berbagai dugaan kepada ibubapa apabila anak-anaksemakin meningkat dewasa. Bersyukur dan berterusan memohon rahmat dan keampunan Allah s.w.t adalah langkah awal seterusnya berusaha dan bertawakal kepadaNya. kalau dulu ambil cuti bila isteri ke Klinik Check perut, lepas itu semakin membesar bawa anak ke Klinik. Tetapi bila semakin besar ambil cuti melawat anak dan ibubapa. Inilah putaran kehidupan yang pasti dilalui bagi yang berkeluarga. Yang bujang dan solo pasti pusingannya berkurangan tetapi cuti pasti diambil bagi memenuhi penyelesaian masalah. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive