Wednesday, 12 August 2009

H1N1 DAN B1N1

Risau juga bila mendengar kematian akibat H1N1, namun setelah difikirkan kematian itu ketetapan Illahi, kita tidak perlu gusar dan risau tetapi kenalah berusaha mencegah dengan pelbagai kaedah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Kalau lepas sembahyang perlu menadah tangan minta dijauhi penyakit yang mudah berjangkit ini. Anak yang kecik pun dah berusaha membeli topeng penutup hidung/mulut mengunakan wang saku. Anak di UiTM Arau juga mengadu demam selsema dan cirit birit manakala di UNIMAP juga demam dan rakan sebilik positif H1N1. Semenjak diistharkan kematian, hari ini telah 44 mati akibat H1N1 dan ramai lagi dirawat. Kecut juga tetapi langkah perlu diambil agar kunjungan ketempat awam dikurangkan dan kena pakai topeng. Kerajaan kenalah kuatkuasa pemakaian sebab yang degil adalah yang sakit menyebarkan virus tanpa disedari. Sempena bulan merdeka kerajaan kena gantikan kibar bendera Malaysia dan gantikan topeng bendera malaysia dan pasti 31 Ogos nanti virus H1N1 dapat dimerdekakan. Kalau pasang bendera kena hujan, tuip angin akan jatuh ke tanah dan dibiarkan begitu sahaja, kalau beri topeng berlakaran bendera Malaysia, 2 perkara dapat diselesaikan. Begitu juga jatuhnya 31 Ogos pada bulan puasa tak perlulah ada perarakan atau majlis besar-besaran memadai disambut diperingkat kawasan perumahan sahaja dan diadakan majlis berbuka puasa bersama rakyat 1 Malaysia agar kefahaman dan kelebihan berpuasa dapat dikongsi bersama. Walau apu pun, B1N1 adalah pengubat segala virus penyakit, jangan pula takut B1N1 jadi dayus pulak. Selalunya orang takut B1N1 pasti banyak yang buat salah atau pernah buat salah?/ Betul atau tidak, tanya diri sendiri beb. Wasaalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive