Alhamdullillah, puasa hari pertama begitu menarik dengan berbuka bersama keluarga walaupun 2 lagi anak nun di utara. Yang kecil dapat puasa habis walaupun baru 8 tahun, 2 tahun dulu puasanya cukup 30 hari. Anak-anak diajar bangun pagi dan diberi makan sahur walaupun lewat terlepas timeline tetapi dapat terus berpuasa hingga ke garis penamat. Lama kelamaan akan mampu berpuasa. Ari pertama kami terpaksa berbuka puasa di luar kerana hantar anak ke bas stand balik utara. Jadi kami rancang makan kurma dulu lepas tu sembahyang magrib baru makan berat sementara menanti bas. Akak yang sulong nak belanja adik-adik yang birthday bulan Ogos Has (12 Ogos) dan Sai (21 Ogos) . Yang pilih tempat adik yang sibuk dan minta beli hadiah sebab dapat exam no 1 dan pilihan pizaa ramadhan dari birtday boy. Aku teringat tulisan A jalil dalam majlah MIDI bagaimana Along dah belanja hasil dari gaji pertamanya, begitu juga kami sekarang Kak Long dah boleh bagi hadiah kat adik-adik walaupun gaji tak lah seberapa. Kak long akan terima skrol Ijazah bulan Okt nanti, tahniah buatnya. Berbalik kepada anak-anak yang belajar di U, setiap bulan kena masuk akaun RM seribu juga sebab PTPN hanya diluluskan setakat Yuran pengajian aje. InsyaAllah anak dapat memahami dan berbelanja mengikut kemampuan. Dihari pertama juga banyak terima mesej rakan-rakan ucap Selamat berpuasa dan kami sekeluarga turut mengucapkan salam dan berdoa agar puasa mereka diterima Allah. Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
1 comment:
Post a Comment