Saturday, 25 December 2010
KE P.PINANG DAN KEDAH
Wednesday, 22 December 2010
SYUKUR DAPAT SIAP SEBELUM TEMPOH
Tuesday, 7 December 2010
KITAR SEMULA SIRI KETIGA surau AL-HAQQ - 6 DIS 10
plastic * 43.5 kg x 1.00 = RM 43.50
premium 3* 8 kg (aluminium/tin) x 0.61 = RM 4.88
mix paper * 80 kg x 0.27 = RM 21.60
premium 2 * 97.5kg besi x 0.95 = RM 92.63
Newspaper* 140.5kg x 0.37 = RM 51.99 Jumlah 214.60
Daripada ketiga-tiga Kitar semula (2 Okt, 6 Nov dan 4 Dis) telah memperolehi sebanyak RM613.48 (138.48 +260.48 +214.60)
Usaha dan jualan bulan Jan akan diuruskan oleh Wakil Pemuda AL-Haqq bagi tabung mereka. Jualan pakaian dan barangan lusuh (kasut dan permainan) akan turut dilaksanakan pada awal Jan 2011.
HARI LAHIR -DEC
GAMBAR -GAMBAR DIMS
AWAL MUHARAM 1432H
petang 6 Dis bersama anak dan isteri ke Surau majlis awal Muharam dan majlisl Tahlil dan bacaan yasin hajat ahli jemaah-cucu berkhitan. Hari cuti memang betul cuti, qada tidur dan ambil masa nak recover tak macam masa muda dulu. Malam nya bincang dengan Biro wanita SAH mengenai kelas pengajian AlQuran dan Marhaban. Kemunchak minggu depan adalah VIVA VOCE dan persiapan terakhir Tesis sehingga 31 Dis 10.
Saturday, 20 November 2010
MAJLIS BERKHITAN ADIK EMEE
Masa tahun 70-80an khidmat Tok mudin dengan moris minornya, basikal tua, beg kulit, mandi sungai, air jampi dan kegemparan/kata-kata menakutkan seperti potong dengan kapak, gergaji, buluh sembilu, kuku semuanya menakutkan kanak-kanak. Ada yang kecut, ada yang berani, ada yang penakut. Jika ada yang pertama menjerit, menangis, yang dibelakangnya pasti lari lintang pukang, tapi yang tinggal samaada ada keberanian, tunjuk maco atau dah kena ikat. Batang pisang dan pembalut sudah cukup mengerunkan, manakalayang disunatkan kena pegang tangan, kaki, tengkok dan dipasong agar tidak meronta. Selepas dikhitankan semuanya diletakan disatu ruangan dan digantungkan tali seperti payung agar tidak terkena anunya. Ubat kuning dan biru adalah yang wajib dititik selepas dipotong dan ubat biru bila dah nak kering lukanya. Ada duduk dirumah tempat majlis 2 ke 3 hari dengan makan ditangung. Manakala ada yang balik naik dipelantar basikal, bagi yang bermotosikal dan kereta cepatlah sampai, tapi yang berbasikal aduh ngerinya apabila basikal masuk lopak. Dulu kalau sunat cara moden 'lemah syahwat'?. Sekarang dah terbalik cara tok mudin mungkin tidak ada lagi atau mungkin dinun jauhnya kemudahan perubatan moden. Upah sekarang disekitar RM 100.00 ke 150.00.
Malam 19 Nov selepas dipaginya bersunat, kami mengadakan majlis takbir (raya ketiga), bacaan Yassin, Tahlil dan doa selamat di rumah. Ramai tetamu jemaah surau hadir suami isteri dan ianya amat meriah. Kami juga menyediakan jamuan nasi putih, gulai ikan kering Talang nenas muda, ikan goreng berempah, sambal belacan, cincalok dan ulaman. Hidangan lainya pulut kuning dengan gulai daging, puding, jeli/dadih dan kueh kuci, kek serta buah epal dan aggur disediakan. Ada jiran yang membawa buah, kueh dan dadih. Adik Emee juga mendapat buah tangan mainan dan RM 260.00 daripada tetamu, alangkah seronoknya dan yang baiknya tiada yang memberi kata-kata menakutkan dan melihat auratnya. Kalau dulu, aduh minta nak tengok pulak, baik yang perempuannya. Inilah dikatakan zaman berubah dan masing-masing sudah faham soal maruah, serta pemahaman tentang keislaman. Walaupun zaman berubah adat dan petua yang tidak bercanggah dengan agama tetap dilaksanakan seperti pulut kuning, pantang larang masih dikekalkan. Kesemua anak lelaki telah disunatkan yang paling tua disekitar umur 11 tahun dan adik emee yang paling muda itupun dah sembilan tahun. Tahniah buat adik Emee serta anak-anak yang membantu persiapan majlis.
Friday, 19 November 2010
HARI RAYA KORBAN 1431H
Monday, 15 November 2010
KITAR SEMULA BARANGAN TERPAKAI -SURAU AL-HAQQ
Barangan yang dikumpul banyak diperolehi daripada rumah saudara Aris kerana barangan seperti botol mineral, kotak dan tin minuman adalah bahan buangan di majlis perkahwinan anak beliau. Kepada pekerja sukarela dan penyumbang pihak AJK Kitar semula mengucapkan ribuan terima kasih. Difahamkan Surau berdekatan juga telah merancang untuk mengadakan program serupa dan ianya telah mula mendapat perhatian dan sokongan. Pada kali ini hadiah misteri kepada penyumbang akan diadakan pada Hari Raya Korban, nama penyumbang akan dimasukan ke dalam balang dan akan dicabut semasa majlis makan tengahari di surau Al-Haqq. Wasalam
Sunday, 31 October 2010
LAWATAN KE DEFENCE INDUSTRY SINGAPORE
KEMPEN KEDUA KITAR SEMULA SURAU AL-HAQ
TAHUKAH ANDA........... SURAU AL-HAQQ MENGADAKAN PROGRAM KITAR SEMULA
BILA: SETIAP AWAL BULAN MINGGU PERTAMA
BULAN NOB(11) : TARIKH: 06 Nov 2010 MASA: 0800 -1200
TEMPAT: PARKIR KERETA SURAU AL-HAQQ
KENAPA: KITAR SEMULA BAGI MENGISI TABUNG SURAU dan MENJAGA ALAM SEKITAR
SUMBANGAN ANDA: PERALATAN YANG BOLEH KITAR SEMULA SEPERTI BOTOL PLASTIK, KERTAS, KOTAK, SURAT KHABAR, BESI DLL YANG BOLEH DIKITAR SEMULA. BARANGAN YANG DIKUMPUL HENDAKLAH DIBERSIHKAN DAN DIIKAT/DISI DALAM BEKAS. BAWA KE SURAU – DITIMBANG, REKOD DAN DIJUAL. HASIL DIMASUKAN KE DALAM TABUNG SURAU.
KEJAYAAN BULAN OKT: 02 OKT 2010, SERAMAI 24 PESERTA TERLIBAT DENGAN KUTIPAN SEBANYAK 393. 83 kg, HASIL JUALAN RM 138.45 TELAH DIPEROLEHI.
UCAPAN PENGHARGAAN: SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA ANDA SEMUA. SEMOGA SUMBANGAN ANDA MENDAPAT KEBAIKAN DAN KERAHMATAN.
BERSATU MENJANA TABUNG SURAU, SEDIKIT SUMBANGAN ANDA BOLEH MEMBERI MANFAAT KEPADA MASA DEPAN DUNIA
DISAMPING MENDIDIK KEPADA AMAL JARIAH.
SIAPA PENGANJUR: AJK PEMBANGUNAN SURAU AL-HAQQ
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JIKA BELUM MULA, LANGKAHPERTAMA: MULAI SAAT INI KUMPUL BARANGAN TERPAKAI
UNTUK SUMBANGAN ANDA DI BULAN INI DAN AKAN DATANG.
JIKA SUDAH LANGKAH PERTAMA: TERUSKAN AMAL BAIK ANDA DAN GALAK KELUARGA
SERTA JIRAN ANDA TURUT SERTA
Monday, 25 October 2010
KUANTAN PAHANG DARULMAKMUR
Thursday, 21 October 2010
IRFAN @ TAWAU
BIRTHDAY EMEE 18 OKT
semuanya tidak dapat balik, jadi kami ambil kesempatan meraikanya disurau lebih ramai dan meriah serta membuat sesuatu yang baru. Mungkin di ulan akan datang ada jemaah akan mengadakan majlis harilahir disurau dan AJK surau juga bercadang akan mengadakan 2 bulan sekali untuk jemaah surau.
ISTANA NEGARA --- TO IPOH
Habis majlis aku bergegas ke Ipoh bagi sesi pre-viva voce MAFDC di Tower Regency hotel
Saturday, 16 October 2010
Sunday, 3 October 2010
SEKITAR MAJLIS HARI RAYA DAN KITAR SEMULA SURAU AL-HAQQ PADA 2 OKT 2010
banner kitar semula jam 0800 jam 1000
jam 1030 jam 1100 loading 1130
gotong royong -memuat ke dalam lori ke kedai barangan lusoh dengan pulangan RM 138.65
Gambar aktiviti pertama kitar semula. Seramai 24 keluarga terlibat dan berjaya mengumpul sebanyak 398.5 Kg kertas, botol plastik, tin. Program seterusnya akan diadakan pada 6 Nov 2010. Hadiah misteri diberi kepada penyumbang terbanyak dan dimenangi oleh Tn Hj Sood 105 kg, Hjh Zaleha (95 kg), Baijuri (83 kg), Tn Hj Ishaq (82kg) bagi kategori kertas dan En Irwan 11.5 kg bagi botol plastik. Tahniah kepada semua yang menyumbang.
PROGRAM KITAR SEMULA SURAU AL-HAQQ
Sunday, October 3,
2010
SURAU AL- HAQ LANCAR PROGRAM KITAR SEMULA
begitu walaupun bawa kereta mewah!
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
SIAPA SAYA
Blog Archive
-
▼
2010
(76)
-
►
October
(11)
- LAWATAN KE DEFENCE INDUSTRY SINGAPORE
- LAWATAN KE DEFENCE INDUSTRY SINGAPORE
- KEMPEN KEDUA KITAR SEMULA SURAU AL-HAQ
- KUANTAN PAHANG DARULMAKMUR
- IRFAN @ TAWAU
- BIRTHDAY EMEE 18 OKT
- ISTANA NEGARA --- TO IPOH
- UKIRAN BUAH DAN GUBAHAN BUNGA HIDANGAN PENGANTIN
- SEKITAR MAJLIS HARI RAYA DAN KITAR SEMULA SURAU AL...
- PROGRAM KITAR SEMULA SURAU AL-HAQQ
-
►
October
(11)