Saturday, 20 November 2010

MAJLIS BERKHITAN ADIK EMEE

Tepat jam 8 pagi, adik Emee dikhitankan oleh Dr Zamrin dari klinik Barakah Bandar Puteri. Dr Zamrin adalah doktor dari HUKM dan pernah berkhidmat di UNIMAS sebagai pensyarah perubatan. Sebelum itu, persiapan pakaian, kain pelikat, tuala disiapkan sebelum ke klinik. Setibanya di klinik diberikan ubat air dan setelah 15 minit dibawa masuk ke bilik bedah untuk di khitan, Ianya mengambil masa 20 minit dan tidak ada rasa sakit semasa pembedahan cuma sakit semasa masuk ubat kebas (bius). Cara moden ini jauh bezanya pertamanya tidak perlu ramai orang untuk dikhitankan, kedua bilik aircond, alatan dinyah kuman, pakaian tak lagi kain pelikat bagi tok mudin, di klinik Barakah pula dikumandangkan ayat suci Al Quran, tiada ada rasa takut orang yang dikhitankan. Semasa operasi hanya doktor dan pembantu, bacaan Al fatihah serta nasihat dibaca oleh doktor.
Masa tahun 70-80an khidmat Tok mudin dengan moris minornya, basikal tua, beg kulit, mandi sungai, air jampi dan kegemparan/kata-kata menakutkan seperti potong dengan kapak, gergaji, buluh sembilu, kuku semuanya menakutkan kanak-kanak. Ada yang kecut, ada yang berani, ada yang penakut. Jika ada yang pertama menjerit, menangis, yang dibelakangnya pasti lari lintang pukang, tapi yang tinggal samaada ada keberanian, tunjuk maco atau dah kena ikat. Batang pisang dan pembalut sudah cukup mengerunkan, manakalayang disunatkan kena pegang tangan, kaki, tengkok dan dipasong agar tidak meronta. Selepas dikhitankan semuanya diletakan disatu ruangan dan digantungkan tali seperti payung agar tidak terkena anunya. Ubat kuning dan biru adalah yang wajib dititik selepas dipotong dan ubat biru bila dah nak kering lukanya. Ada duduk dirumah tempat majlis 2 ke 3 hari dengan makan ditangung. Manakala ada yang balik naik dipelantar basikal, bagi yang bermotosikal dan kereta cepatlah sampai, tapi yang berbasikal aduh ngerinya apabila basikal masuk lopak. Dulu kalau sunat cara moden 'lemah syahwat'?. Sekarang dah terbalik cara tok mudin mungkin tidak ada lagi atau mungkin dinun jauhnya kemudahan perubatan moden. Upah sekarang disekitar RM 100.00 ke 150.00.

Malam 19 Nov selepas dipaginya bersunat, kami mengadakan majlis takbir (raya ketiga), bacaan Yassin, Tahlil dan doa selamat di rumah. Ramai tetamu jemaah surau hadir suami isteri dan ianya amat meriah. Kami juga menyediakan jamuan nasi putih, gulai ikan kering Talang nenas muda, ikan goreng berempah, sambal belacan, cincalok dan ulaman. Hidangan lainya pulut kuning dengan gulai daging, puding, jeli/dadih dan kueh kuci, kek serta buah epal dan aggur disediakan. Ada jiran yang membawa buah, kueh dan dadih. Adik Emee juga mendapat buah tangan mainan dan RM 260.00 daripada tetamu, alangkah seronoknya dan yang baiknya tiada yang memberi kata-kata menakutkan dan melihat auratnya. Kalau dulu, aduh minta nak tengok pulak, baik yang perempuannya. Inilah dikatakan zaman berubah dan masing-masing sudah faham soal maruah, serta pemahaman tentang keislaman. Walaupun zaman berubah adat dan petua yang tidak bercanggah dengan agama tetap dilaksanakan seperti pulut kuning, pantang larang masih dikekalkan. Kesemua anak lelaki telah disunatkan yang paling tua disekitar umur 11 tahun dan adik emee yang paling muda itupun dah sembilan tahun. Tahniah buat adik Emee serta anak-anak yang membantu persiapan majlis.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive