Friday, 19 November 2010

HARI RAYA KORBAN 1431H

Hari raya kali ini jatuh 2 hari selepas diistiharkan oleh kerajaan Arab Saudi, kebiasaanya sehari sahaja, beza waktu hanya lima jam. Walau apa pun semua umat Islam Malaysia diistiharkan hari raya jatuh pada hari Rabu 17 Nob 2010. Di pagi raya jam 0800 majlis sembahyang sunnat bermula dan diikuti khutbah. Majlis selesai jam 0845. Malam sebelum itu, kami berjemaah bertakbir dari rumah ke rumah sehingga jam 11 malam, umah kami yang kedua, jadi kami sediakan door gift buah epal dan makan kek dengan air teh O.
Majlis sembelihan korban dimulakan jam 0900 pagi semua ahli berkumpul dan majlis penyembelihan dilaksanakan jam 0930 dengan penyembelihan 5 ekor lembu jantan dan seekor kambing Janapari bagi akikah. Sejumlah 360 kg daging diedarkan manakala bahagian anggota berkorban memperolohi 3 kilo daging dan 1 kilo tulang (105 kg daging). Tulang diedarkan dan disedekah kepada pekerja yang bertukung lumus menumbang lembu, melapah, begitu juga bahagian kulit, kepala, usus, perut dan kaki lembu disedekahkan kepada yang berkerja. Majlis diakhiri dengan makan tengahari nasi daging cicah air asam selepas solat zohor. Disebelah malam dijamu pula dengan nasi daging kambing masak kurma. wassalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive