Saturday, 9 January 2010

CUTI DI TANAH TINGGI CH PAHANG

Selepas Krimas 26 Dis, kami ke CH melalui Tapah dan sampai di Lata Iskandar jam 11 pagi. Kami bersarapan di kai air terjun dengan pulut sambal bilis dan ikan kering. Selesai kami menjamu selera dengan buah tampoi, langsat dan durian perjalanan diteruskan ke Tanah Rata. Jalan melalui Tapah berbengkang bengkok dan aku membuat pilihan tetap melalui jalan tersebut kerana ramai pelancong tersangkut hampir 2 jam dari Brinchang ke Tanah Rata akibat kesesakan jalan. Jam 1 tengahhari kami tiba di Cool Point Hotel untuk melapor kepada sekretariat Hari Keluarga pejabat.Memandangkan kami memerlukan 3 bilik kami ditempatkan di Apartment Puncak Arabbela. Malam kami menghadiri B.B.Q sempena pertukaran warga pejabat, mendapat cahaya mata dan meraikan anggota bertukar masuk.
Keesokan harinya kami bergerak ke Ringlet, Brinchang dan menyusuli perjalanan ke arah Spg Pulai memandangkan anak-anak ingin melawat ladang teh, sayuran dan strawberi. Kami singgah sambil menikmati teh Bharat dengan secangkir Teh Masala Cai seterusnya ke ladang 3P strawberi (pick,pluck and pay). RM 25 bagi 500 gm (25 ke 30 biji) jadi puaslah berposing aksi pemetik strawberi. Musim ini CH cuacanya amat sejuk berbanding tahun 2008 mungkin disebabkan hujan. Selesai urusan kami balik melalui Spg Pulai dan selamat sampai jam 5 ptg.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive