Tahun 2010 adalah tahun kelahiran ke 50, perkhidmatan ke 30 dan usia perkahwinan ke 26, anak sulung ke 25 dan aku juga melangkah setapak di dalam kerjaya ke MAFSC mulai 11 Jan. semua ini adalah dengan izin Allah jua. Disaat akhir banyak dugaan dan rintangan tetapi berkat doa dan usaha ianya berjalan dengan mudah. Pencalunan yang dulunya tertangguh, sakit dan juga pelbagai dugaan akan menjadikan diri lebih bermotivasi dan sentiasa beristiqamah di dalam melaksanakan tanggungjawab kepada Allah Subhanahuwataala.
Mulanya tahun baru demam panas dan selesema/sakit tekak isteri mula merebak kepad aku dan anak-anak. Cuti awal tahun dapat aku gunakan sepenuhnya menghantar dan menyelesaikan persekolahan anak ditahun 3 SRSAD, SRAKJ dan anak di tkt 2 di SMSAD. Semuanya berjalan lancar dan kedua-duanya sesi petang, mudah untuk urusan persekolahan. Cuti seminggu dapat digunakan juga bersenam selepas menghantar anak kesekolah dan di waktu petang. walaupun cuaca hujan di awal pagi, hasrat tetap diteruskan walaupun berpayung, bukan apa untuk memastikan kesihatan benar-benar baik dan untuk menpercepatkan kebah demam selsema.
Walaupun terasa diusia sebegini kenapa perlu aku memaksa diri bersenam dan menghadapi kursus yang mencabar (dual module dalam masa setahun)?. Setelah membuat pelbagai persoalan, pertanyaan dan bermunajat kepada Allah aku pasrah dan menerima segalanya dengan penuh kesyukuran kerana masih ada sahabat yang pasti sedikit kecewa. InsyaAllah banyak kebaikan akan aku perolehi kerana permulaan satu tapak memulakan satu perjalanan yang diredai Allah. Persiapan juga dibuat secara sederhana terutanmanya mengatur perjalanan kehidupan harian yang rutin kepada kehidupan seorang pelajar dan ketua keluarga. kalau dulunya hanya tumpukan kerja harian yang boleh diselesaikan sendirian dan disiapkan dalam bebarapa hari tetapi tahun 2010 semuanya perlu dibuat pengurusan masa yang padat dan memenuhi semua aspek. Walau apapun soal ibadah dan doa adalah yang perlu dikuatkan sebilang masa dan berusaha sebaik mungkin. Wasalam.

No comments:
Post a Comment