Dah hampir 5 bulan ditempat baru, keluarga juga turut pindah. Kesempatan cuti Hari Pekerja kami ambil peluang balik KL. Masa yang ada dapat digunakan dengan mengemas laman dan juga rumah. Perjalanan ke selatan berjalan lancar kerana ramai balik ke utara. Selama 2 hari aku di K..g, hari Isnin aku dan anak-anak masak kari ikan dengan sup bayam merah sebab wife bercuti di Jakarta-Bandung. Masakan kari ikan panas (modified) jadi makan tengahari. Petang jemput isteri di LCCT, dan sebelah malamnya jiran datang ziarah (abg Sahak, kak Midah, kak leha dan Ani). Hampir 2 minggu, macam-macam cerita hinggalah kami minta diri balik ke P.Mutiara jam 1030 mlm. Perjalanan sepanjang malam dengan hujan renyai-renyai. Aku memandu tanpa rasa mengantuk kerana ditemani isteri yang seronok melayan aku dengan cerita seberang. Sampai di distinasi jam 3 pagi. Jalan menghala keutara dari Tapah ke KL penuh dengan kenderaan balik bercuti, bila ada kemalangan kecil sepanjang-panjang jalan kenderaan bertali arus dan berhenti seketika, untungnya jalan menghala utara tidak sibuk dan tidak ada lori dan bas, hanya sekali-sekali kereta mewah memecut laju, tapi yang tak sedar diri kancil pun laju semacam. aku memandu ikut had laju masih dipotong sang kancil, macam mana x KJR? kalau yang kecil memecut tambahlah X6, BRABUS, audi. Semasa balik juga ramai anak-anak muda menghala ke arah utara dengan motosikal, kapcai, scooter, rxz, big bike. macam-macam ragam memandu sendiraan, berkumpulan dan ada aksi terbang dan willie. Inilah ragam anak-anak yang rata-ratanya belasan tahun dan duapuluhan menghabiskan masa dengan aktiviti masing-masing, mungkin ada baik dan buruknya tetapi kalau dibuat secara puratanya, mungkin tidak banyak manfaatnya. Hairan juga mana perginya penguatkuasa jalanraya? Macam merestui dan alangkah baiknya diwaktu ini peluang yang ada digunakan bagi mendidik dan membenteras perangai ana-anak yang lalai. Inilah sebahagian daripada ragam yang menjadi kehidupan, kenalah sekali-sekala berbincang dengan anak-anak baik dan buruknya setiap acara dan gelagat rakan sebaya mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
No comments:
Post a Comment