Setelah berpindah hampir 4bulan , keluarga ikut serta ke Pearl of orient. Walau tak semua pindah tapi banyak juga barang-barang keperluan di bawa sama. Ingat dulu bawa beg, dapor, fridge dan peralatan penting serta langsir lama, tapi setelah duduk rumah luas macam padang bola kenalah bawa juga lain-lain barang penting. Kalau balik K....g banyak juga barang bawa balik ke utara.
Rumah tanpa penyewa kena juga kemas, pokok mula layu almaklum tak disiram, harapkan hujan belum dapat sepenuhnya kena kerana terlindung dibawah porch. Penyewa rumah sebelah dah bawa 4 ekor anjing, sekali balik tugas di KL, jam 2 ke 3 pagi aku kena bangun kerana salakan berterusan menggangu tidur. Setelah dijerit dan dibaling batu pandai pula senyap, sekali dengan tuannya bawa anjing masuk rumah. kalau berterusan perlu lapor ke MPPK. pokok bunga yang menjalar dikemaskan agar nampak macam ada penghuni, walaupun setiap hujung minggu anak-anak balik ke rumah.
Berbalik diumah baru, tkt 3 dapat juga melihat pemandangan bukit dan juga perumahan dilereng bukit. Pelantikan AJK telah dibuat bagi memastikan kawasan RKAT kemas dan bersih. Walaupun belum penuh penghuni tetapi paada waktu petang, suara jeritan dan tangisan anak-anak boleh tahan juga. Sekarang musim cuti ada yang dah balik kampong hantar isteri dan anak. Yang bekerja jadilah penghuni tetap. Kawasan RKAT juga penuh dengan pokok durian dan rambutan. Banyak pokok sedang berputik dan dijangka mula masak dan gugur 2 ke 3 minggu lagi. Tetamu pertama adik dari AS dan cucu dan ibu serta makTam, malam itu kami makan ikan siakap saiz 2.5 kg hasil pancingan anak buah di K. K...h. walau jam 11 malam makan malam habis lincin makan sebab ikan goreng siakap dengan sayur campur. 2 minggu jemput ibu kerumah, hanya boleh bertahan 6 hari aje kerana kehabisan cerut cap ikan, tolo dan sireh. Semasa di rumah kami dibbawa jumpa saudara sebelah bapa yang kami lawati tahun 1985 hampir 27 tahun di kawasan T. Bun--h. Walaupun dah 27 tahun tak ke rumah Tok Dak dan Tok Usu, kami dapat juga sampai tanpa sesat dan sampai tepat dirumah lamanya. Cuma kami boleh kunjungi anak Tok Ngah yang berniaga di Sg N----g. Pada cuti sekolah dikhabarkan adik dan abang sbelah istri akan datang dan juga bakal besan datang merisik. lagi kelam kabut dibuatnya almaklumlah anak pertama akan menjejak ke alam perkahwinan. Wassalam
No comments:
Post a Comment