Saturday, 30 July 2011
SELAMAT BERPUASA 1432H
Hari ini 31 Jul 11, melihat anak bulan bagi mengetahui tarikh berpuasa. Kalau ikut hari isnin Kalender Islam 1 Ogos 11 dijangka awal pertama berpuasa. Malam ini kalau confirm puasa Sembahyang Sunat Terawikh. Dah nak puasa, sakit tekak dan perut mula menyerang dan pastikan kena baik sebelum puasa, ini semuanya dugaan dan pasti banyak lagi dugaan sepanjang bulan puasa, cuaca, makanan dan juga aktiviti-aktiviti padat.
LWG HADTYAI - OPB
Tahun 1998, hanya beberapa jam di Hadtyai dan Songkhala semasa country visit bermalam di SP. Tahun 2011, hutang telah dilunaskan dengan mengikuti lawatan LWG 2Div (Penang) dengan 5th inf Div (Thepsatri Mil Camp, Thungsong Nakhonsithammarat 80310 Thailand). Lawatan mulai 27 hingga 29 Mac 2011. LWG disambut di Black Forest 5 RS dan rombongan menaiki Van Commuter diiringi dengan Thai Mil Police melalui Danok, Sadao dan ke Sakura Hotel (186 Niphat Uthit 3 Rd) dan disambut oleh MJ Tharit Soonthon dan Mrs Patcharin Soonthon. Selepas makan tengahari rombongan yang tidak terlibat dibawa ke kwsn air terjun dan dijamu dengan Somtham, pulut durian, durian dan manggis. Malam kami dibawa makan malam di Sami Kitchen Restauran dan dimanja dengan urutan kaki.
Hari kedua, pagi BAKAT dibawa ke Songkhala (Muzium, Robinson shopping complex). yang bermesyuarat selepas lunch riadah di Southern Hill Golf Course (Burn, Col Surapong Yuphrom dan Col Nipn Jantina). Sebelah malam makan malam dan persembahan kebudayaan Thai di wilayah selatan) dan sebelum itu diserikan dengan pelbagai pamiran kraftangan. Hari terakhir, kami sekali lagi di bawa shopping di Plaza. Pergerakan sepatutnya jam 1000 thailand ditunda ke jam 1200 ke Bkt Kayu Hitam. Perjalanan balik sampai di Penang jam 1800.
Tuesday, 19 July 2011
PARTY DURIAN BALIK PULAU, SG ARA, KUALA KANGSAR DAN BALING
Tahun 2011 merupakan rekod kerana banyak makan durian. Sejak awal Julai Durian Sg Ara Harimau Malaya menjadi sarapan pagi, makan tengahari dan malam. Harga RM10 sudah cukup berbaloi kerana buahnya berkualiti, Buah Balik Pulau mahal tapi sedap rasanya, malam 10 Jul 11WP menganjur pesta makan durian dan pot luck diikuti tarian ala koboi. Hari Ahad 17 Jul pesta makan durian KK dibawa oleh Hafiz dari kebunnya, pagi 19 Jul 11senambrobik dikebun durian Bkt Gedong (lurah sawa) pokoknya sebesar batang balak pokok otai lama dan buahnya pahit-pahit manis. Berpeluh juga walaupun hasilnya 6 biji ditemui tapi awas ular sawa dan tedong selar sebesar paha menanti anda jika waktunya tidak kena. Minum kudapan pula durian dari Kupang/Baling lagi melencun isinya tebal, manis pahit dan macam macam rasa ada. Ari ni badan dah mula berpeluh, orang kata dah melugai dan mata mula kuyu giler. tapi sebab enak kena juga makan sambil kena jaga tahap meluap jangan sampai pengsan...cepat makan ubat, eno, air asam.. rakan-rakan lain pun sonyap kat pejabat khabarnya sama lagunya sedap dan ngantok. Kalau dibilang jari mau-mau dah sebat 30 biji dah kot......
SAMBUTAN HUT KPD KE 54
Majlis berpusat di Taiping. HUT membuka tirai dengan majlis BBQ PTTK di Wisma Bintara Gabungan MSST pada 12 Jul, Dikuti malam kedua 13 Jul dengan Malam Anugerah kecemerlangan KPD di dewan Rampaisari PULMAT. hari ketiga dengan acara lebih padat iaitu Mesy JKKPD, BAKAT dan tahlil dan yassin di PULMAT. 15 Jul HUT dikemunchak dengan Perbarisan Mengarak panji-panji KPD di padang kawad PUMAT dan sebelah malam dengan MMR. Hari terakhir 16 Jul 11 dengan acara Golf di Taiping Golf and Resort.
Sunday, 10 July 2011
MUSIM DURIAN DI PP
(Akhir Jun-Awal Ogos) PP Pulau Mutiara, walaupun pulau tetapi jenuh juga buah durian disimpang, pasar dan di tepi jalan. Di anjung Indah Balik Pulau, Pesta buah durian berlangsung dari Jun ke Jul. Buahnya berbagai rasa dan jenama, kunyit, kucing, tiduk nama tionghua (banyak pekebun China), dan kemuncaknya perasmian oleh TYT di Balik Pulau dengan adanya pertandingan durian terbaik.tahun ini banyak juga mkan buah Durian keran sekeliling Kem haraimau Malaya banyak pokok durian. Daripada pemerhatian banyak pokok lama yang telah berusia dengan buah semakin kecil tetapi isinya woow sedap, pahit, manis, liat dan harum. sehingga kini sudah seratus RM dilunaskan bagi buah durian kalau beli kat luar mungkin dah hampir RM 200.00. Dah 2 kali hantar ke anak-anak di KL tapi dalam bentuk Serawa Durian. Di balik pulau memang buahnya sedap sebab durian bukit dan menghadap laut pulak. Pokok durian dijaga dengan baik dengan ada diletak jaring agar buah tidak sampai ke tanah. pemandangan motosikal dengan Raga Buloh, tong plastik dan lori kecil berulang-alik memunggah buah durian ke stall tei jalan dan juga kelokasi pengumpulan sebelum diedarkan keluar PP. Ada pekebun menjual sendirian denga nama pelik seperti durian tapak kaki, chap tupai, sebagai penarik dan pelaris jualan. Kalau mampu ada yang sanggup bayar sebiji RM 50 ke 80, kalau tidak selonggok RM 10.00 dan kalau tak elok boleh buat tempoyak. Pasar malam Sg Ara, TAHA bayan Lepas selonggok juga turun kepada RM 5.00. Ada juag buat Tart perisa Durian dengan satu ketul sebesar ibu jari 60 sen sebijik. Sesekali makan durian bila sendawa pastinya sekelian yang ada berhampiran berbau durian tambah pula di dalam aircond, yang malang lagi ketut bau gas durian, mak datok je yang tahu. Kalau makan durian gunalah petua orang lama, minum air dalam pangsa kulit durian (boleh hilang panas badan, bau dan loya).
GOTONG ROYONG RKAT -8 JUL 11
Petang 7 Jul selepas Solat Jumaat disusli dengan Solat hajat mohon keamanan. Kami (berapa pegawai blok C) berbincang untuk mengadakan gotong royong (GR) Blok. Pada malam itu kami juga berkumpul di WP (maklum pada jiran BLOK C untuk kerja GR) bagi kupasan perintah Ulong PTD. Aku terlibat sebagai Moderator bagi kumpulan 2. Sepatutnya malam tersebut diadakan majlis pemakaian pangkat tetapi ditunda. hampir jam 1130 majlis kupasan dilakasnakan mulai jam 2100. KS K Badhism mengakhir majlis dengan komentarnya.
Pagi jam 0830 penghuni mula turun membuat tugasan masing-masing sebagaimana jadual yang ditampal. Kutipan yuran pertama RM 20.00 dilancarkan bagi keperluan memebeli peralatan dan lain-lain kemudahan. Walaupun majlis dirancang dalam singkat ianya mendapat sambutan dengan kehadiran ahli keluarga. kawasan dibersihkan mengikut kawasan dan kembali ke bawah blok bagi membasuh ruangan bawah dan diakhiri dengan jamuan minum pagi yang dibawa. Yang cantik majlis gotong royong, walaupun suami tiada isteri dan anak-anak turut sama menyumbang tenaga dan makanan. Majlis akan atang pastinya lebih meriah dengan acara menyambut Ramadhan dan Hari Raya. Kutipan akan dibuat pada bulan Jul dan Ogos bagi memastikan acara sambutan berjalan dengan meriah dan harmoni. Tengahari ke rumah LK Ghulam bagi majlis Tahlil di rumah beliau di KTR bagi baccan Yasin dan arwah ibunya yang meninggal pada 3 jul. Wassalam.
PROGRAM BACAAN IQRA BLOK C-RKAT
5 Jul. Program dimulakan setelah keputusan mesyuarat pada bulan Mei diluluskan. Bukan sebab tak nak buat tetapi program juga kena dapat restu, tenaga pengajar dan yang pentingnya penglibatan peserta. Edaran telah ditampal dan diedar ke rumah dari tkt 1 hingga 8. Majlis dimulakan pada 5 Jul 11 dengan bacaan Yassin dan kelas pertama pada 6 Jul. Sebagai permulaannya jamuan juga disediakan dengan Mee Udang Kak Su dicampor dengan Udang Lipan sebagai kuah. Lepas waktu kerja dijemput pula jiran lelaki untuk menjamu selera. Alhamdullillah majlis selamat dilaksanakan dan malam tu pulak ke LTAB PP jemput PK balik dari KL. 6 Jul ke Ipoh bagi majlis penutup Seminar Stor Rangsum peringkat 2 Div dan singgah di Taiping melawat dan bertanya khabar angota perbarisan. Sampai di pejabat jam 1600 setelah berbincang dengan LK Rahim mengenai HUT dan juga LK Aziz. Jumpa juga dengan S Wahab bekas staf di JKP dan PUstekMA. Dah berhenti dan jadi kontraktor kecil dan dah pakai BigBike. Walau penat dapat balik kepejabat menyiapkan kerja terbengkalai dan siapkan keperluan kenderaan untuk KA -Bersih 2011/9/7.
BORINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG (END OF JUN)
sTAFF pROBLEMS ----ABSENT, INTERVIEWS, NOT pERFORMES, BANYAK KERJA TERTANGGUH, LEWAT. kAWAD 2JAM 3 STOOGES, OFIS X KUNCI, boringggggggggggggggggggggggggg- not feeling well.............................
PERSIAPAN DAN MENU RINGKAS SAJIAN 12 JUN 2011
12 Jun 2011. Persiapan dibuat sejak menerima berita, tetapi sehari sebelum majlis kami sibuk ke pasaraya mencari bahan-bahan buat tetamu yang akan datang dengan berhajat. Sejak seminggu kami sibuk dengan lawatan dan juga isteri turut terlibat di dalam program sampai larut malam. Selepas solat jumaat, hampir sejam mencari kedai jual gas memasak, mujur gas habis awal, kalau sibuk memasak dan malam pasti berpeluh dibuatnya. Hampir sejam kami 3 beranak mencari kedai gas dan bernasib baik kerana tinggal sebuah tong gas belum dijual. Kos gas sekarang dah Rm 28.00 bagi 14 kg. Kami hanya dapat menjemput ibu pada petang Jumaat dan singgah dirumah adik di AS bagi melihat bekas untuk dibalas pada tetamu. Sewaktu balik jam 0830 malam, hujan lebat di highway PLUS AS-KSS dan agak merbahayakan kerana air bertakung di bahu jalan. Kami sampai diPM RKAT jam 1030 malam. Pagi Sabtu kami ke TES di Sg2 membeli belah keperluan asas hampir RM 250.00 dibelanjakan dan ditambah barangan runcit lain hampir RM 300.00. Sebelah petangnya kami ke BB membeli beg hadiah sambil mengunting rambut adik Emee dan Has. Adik dan anak saudara sampai dengan membawa barangan untuk dihias dengan kesemuanya 7 dulang. Selepas solat Maghrib, kami keluar sekali lagi ke SunS membeli barangan lain supaya tidak ada kekurangan lagi sebab tetamu berkunjung jam 10 pagi. sehari sebelum itu, pinggan mangkuk selengkap untuk 20 orang dibawa oleh PN kerumah, dan pagi Sabtu aku terpaksa meminjam satee dan meja makan dari jiran KZ Rose. Semua tetamu akan duduk disofa macam mesyuarat tidak lagi duduk bersila. Dua buah meja makan dengan 16 kerusi juga cukup bagi keperluan tetamu. Pagi 12 Jun seawal 630 pagi bergegas kepasar membeli ikan tenggiri, santan, ulaman dan buah, sementara ibu, isteri, dan adik sibuk menyiapkan sajian makan tengahari. Tepat jam 8 pagi KA, PN datang disusuli Rokerz meyiapkan hidangan dan persiapan sajian. sajian pagi dihidangkan manakala persiapan meja makan dibuat untuk makan tengahari.
Jam 0930 pagi semua beres dan menunggu kehadiran tetamu. Jam 1015 aku ke bawah menunggu abang ipar dan anak buah dan juga menyambut tetamu, Kesemua 5 buah kereta dengan jumlah 16 orang siap dengan buah tangan merisik. Suasana semakin bertambah meriah apabila majlis dimulakan dengan pengenalan ahli keluarga sebelum ucapan pembuka oleh Pf Spwi sebagai tanda hajat kunjungan. Fasa pertama merisik selesai menerima risikan, fasa kedua menetapkan bulan pertunangan dan perkahwinan. Fasa ketiga perbincangan hantaran, mas kahwin, kami mengambil keputusan masuk berbincang sesama keluarga kerana ikut adat utara, kalau bercakap tentang belanja hantaran, mas kahwin ianya tradisinya kami kira sebagai majlis bertunang, disamping itu, tetamu juga membawa cincin tanda sebagai tanda jadi disunting anak kami. Pendapat ibu, kakak,adik, ipar dan isteri dibuat dengan menerima perbincangan dan penetapan jumlah hantaran dan maskhwin. Pengesahan besan (ibu Zarh) memaklum aadat Jawo cincin tanda hanya sebagai tanda dan perbincangan bagi memudahkan keperluan hantaran dimajlis pertunangan. Semuanya berjalan lancar tanpa ada keraguan dan majlis selanjutnya akan dibincangkan diantara ibubapa lelaki dan kami sekeluarga di hari yang bersesuaian. Setelah hampir 2 jam berbincang dengan penuh santun dan harmoni kami mempelawa rombongan bakal besan kemeja hidangan. Menu disajikan agak mudah dan tidak ada daging ayam dan daging lembu. Hanya ikan dimajlis ini. Menu pagi disediakan kopi kampong, air teh O, kueh cucur badak, talam keladi, bingka ubi, kole kacang dan lopez. Kueh kering tradisi juga dijamu bersama. Menu tengahari nasi putih, gulai ikan kering talang nenas, sambal tumis udang campur petai dan rebung, sayur campor goreng, ikan pekasam, ikan tenggiri goreng berempah, telur masin, sambal belacan dan sambal bacang serta ulaman. Akhir sekali kopi, dan kek serta buah tempatan. Air minuman tropika punch sebagai penyegar tekak penghilang dahaga. Diakhirnya jeruk PP dijadikan bekalan setiap tetamu sebelum melangkah keluar ke destinasi masing-masing (SBnam, Sg Batu dan T Kumbar). Semuanya dapat diselesaikan sebelum jam 2ptg dan jam 3ptg, semua jadi kembali asal. Rumah yang penuh dengan kerusi, tetamu kosong dan fasa akhir mengemasleh. Terima kasih kepada yang membantu dan memberi sokongan moral serta nasihat. Pengalaman yang berharaga buat 5 lagi anak tapi langkah seterusnya fasa lebih mencabar hari pertunanagan dan akah nikah. Tarikh, masa, tempat, menu, jemputan,dll persiapan akan bertambah dan perlu dirancang sebaik mungkin. wassalam. Malamya walau kepenatan kami ke QBJJ membelikan buku kerana adik Emee, dan jam 1000 malam hingga 3 pagi aku bergegas pula ke BG ke KTAR Bkt Gedung dengan baju batik lengkap atas urusan RANKON. Paginya jam 630 pagi isteri dan anak ke KL pulak, tinggal kami bertiga menguruskan anak kesekolah. Wasaalam...
JUL EVENTS - PADAT
Bulan Jul padat dengan aktiviti sehingga masa berjalan terlalu cepat. Belum habis standby, event peringkat kor sudah menanti sebelum 15 Jul 11. Datang bulan Ogos dah masuk bulan Ramadhan. Walaupun sibuk, kena cari masa solat dan baca koran. Kadangkala waktu sembahyang dah dipenghujung sebab lalai dengan kerja dan juga taksrif.... Pagi 10 Jul 11 awal jam 0725 berjalan kaki dari rumah ke tempat gotong royong PDRM, ATM dan MKN di Mayang Pasir. Dapat juga berjalan kaki hampir 25 minit melalui awasn kampong sungai ara, menyusuri bawah jambatan Dr Awang sehingga ke Madrasah Ubaidiah dimana Program dilaksnakan. KP P.Pinag Dato Ayob, GOC 2 Div Dato Mohd Noor dan Pegawai MKN serta anggota polis, tentera dan khariah Surau Mayang Pasir mengecat surau, bersih kubor dan kawasan sekitar. Semasa program dapat juga kenal OCPD Barat Daya, BM, Gorgetown, dan AJK Surau. Majlis dimulakan dengan ucapan sarapan pagi
Subscribe to:
Posts (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
SIAPA SAYA
Blog Archive
-
▼
2011
(80)
-
▼
July
(13)
- SELAMAT BERPUASA 1432H
- LWG HADTYAI - OPB
- PARTY DURIAN BALIK PULAU, SG ARA, KUALA KANGSAR DA...
- SAMBUTAN HUT KPD KE 54
- GAMBAR GAMBAR MENARIK
- MUSIM DURIAN DI PP
- GOTONG ROYONG RKAT -8 JUL 11
- PROGRAM BACAAN IQRA BLOK C-RKAT
- KL JUN 11
- BORINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG (END OF JUN)
- PERSIAPAN DAN MENU RINGKAS SAJIAN 12 JUN 2011
- JUL EVENTS - PADAT
- No title
-
▼
July
(13)