Sunday, 10 July 2011

PERSIAPAN DAN MENU RINGKAS SAJIAN 12 JUN 2011

12 Jun 2011. Persiapan dibuat sejak menerima berita, tetapi sehari sebelum majlis kami sibuk ke pasaraya mencari bahan-bahan buat tetamu yang akan datang dengan berhajat. Sejak seminggu kami sibuk dengan lawatan dan juga isteri turut terlibat di dalam program sampai larut malam. Selepas solat jumaat, hampir sejam mencari kedai jual gas memasak, mujur gas habis awal, kalau sibuk memasak dan malam pasti berpeluh dibuatnya. Hampir sejam kami 3 beranak mencari kedai gas dan bernasib baik kerana tinggal sebuah tong gas belum dijual. Kos gas sekarang dah Rm 28.00 bagi 14 kg. Kami hanya dapat menjemput ibu pada petang Jumaat dan singgah dirumah adik di AS bagi melihat bekas untuk dibalas pada tetamu. Sewaktu balik jam 0830 malam, hujan lebat di highway PLUS AS-KSS dan agak merbahayakan kerana air bertakung di bahu jalan. Kami sampai diPM RKAT jam 1030 malam. Pagi Sabtu kami ke TES di Sg2 membeli belah keperluan asas hampir RM 250.00 dibelanjakan dan ditambah barangan runcit lain hampir RM 300.00. Sebelah petangnya kami ke BB membeli beg hadiah sambil mengunting rambut adik Emee dan Has. Adik dan anak saudara sampai dengan membawa barangan untuk dihias dengan kesemuanya 7 dulang. Selepas solat Maghrib, kami keluar sekali lagi ke SunS membeli barangan lain supaya tidak ada kekurangan lagi sebab tetamu berkunjung jam 10 pagi. sehari sebelum itu, pinggan mangkuk selengkap untuk 20 orang dibawa oleh PN kerumah, dan pagi Sabtu aku terpaksa meminjam satee dan meja makan dari jiran KZ Rose. Semua tetamu akan duduk disofa macam mesyuarat tidak lagi duduk bersila. Dua buah meja makan dengan 16 kerusi juga cukup bagi keperluan tetamu. Pagi 12 Jun seawal 630 pagi bergegas kepasar membeli ikan tenggiri, santan, ulaman dan buah, sementara ibu, isteri, dan adik sibuk menyiapkan sajian makan tengahari. Tepat jam 8 pagi KA, PN datang disusuli Rokerz meyiapkan hidangan dan persiapan sajian. sajian pagi dihidangkan manakala persiapan meja makan dibuat untuk makan tengahari.
Jam 0930 pagi semua beres dan menunggu kehadiran tetamu. Jam 1015 aku ke bawah menunggu abang ipar dan anak buah dan juga menyambut tetamu, Kesemua 5 buah kereta dengan jumlah 16 orang siap dengan buah tangan merisik. Suasana semakin bertambah meriah apabila majlis dimulakan dengan pengenalan ahli keluarga sebelum ucapan pembuka oleh Pf Spwi sebagai tanda hajat kunjungan. Fasa pertama merisik selesai menerima risikan, fasa kedua menetapkan bulan pertunangan dan perkahwinan. Fasa ketiga perbincangan hantaran, mas kahwin, kami mengambil keputusan masuk berbincang sesama keluarga kerana ikut adat utara, kalau bercakap tentang belanja hantaran, mas kahwin ianya tradisinya kami kira sebagai majlis bertunang, disamping itu, tetamu juga membawa cincin tanda sebagai tanda jadi disunting anak kami. Pendapat ibu, kakak,adik, ipar dan isteri dibuat dengan menerima perbincangan dan penetapan jumlah hantaran dan maskhwin. Pengesahan besan (ibu Zarh) memaklum aadat Jawo cincin tanda hanya sebagai tanda dan perbincangan bagi memudahkan keperluan hantaran dimajlis pertunangan. Semuanya berjalan lancar tanpa ada keraguan dan majlis selanjutnya akan dibincangkan diantara ibubapa lelaki dan kami sekeluarga di hari yang bersesuaian. Setelah hampir 2 jam berbincang dengan penuh santun dan harmoni kami mempelawa rombongan bakal besan kemeja hidangan. Menu disajikan agak mudah dan tidak ada daging ayam dan daging lembu. Hanya ikan dimajlis ini. Menu pagi disediakan kopi kampong, air teh O, kueh cucur badak, talam keladi, bingka ubi, kole kacang dan lopez. Kueh kering tradisi juga dijamu bersama. Menu tengahari nasi putih, gulai ikan kering talang nenas, sambal tumis udang campur petai dan rebung, sayur campor goreng, ikan pekasam, ikan tenggiri goreng berempah, telur masin, sambal belacan dan sambal bacang serta ulaman. Akhir sekali kopi, dan kek serta buah tempatan. Air minuman tropika punch sebagai penyegar tekak penghilang dahaga. Diakhirnya jeruk PP dijadikan bekalan setiap tetamu sebelum melangkah keluar ke destinasi masing-masing (SBnam, Sg Batu dan T Kumbar). Semuanya dapat diselesaikan sebelum jam 2ptg dan jam 3ptg, semua jadi kembali asal. Rumah yang penuh dengan kerusi, tetamu kosong dan fasa akhir mengemasleh. Terima kasih kepada yang membantu dan memberi sokongan moral serta nasihat. Pengalaman yang berharaga buat 5 lagi anak tapi langkah seterusnya fasa lebih mencabar hari pertunanagan dan akah nikah. Tarikh, masa, tempat, menu, jemputan,dll persiapan akan bertambah dan perlu dirancang sebaik mungkin. wassalam. Malamya walau kepenatan kami ke QBJJ membelikan buku kerana adik Emee, dan jam 1000 malam hingga 3 pagi aku bergegas pula ke BG ke KTAR Bkt Gedung dengan baju batik lengkap atas urusan RANKON. Paginya jam 630 pagi isteri dan anak ke KL pulak, tinggal kami bertiga menguruskan anak kesekolah. Wasaalam...

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive