Sunday, 10 July 2011

GOTONG ROYONG RKAT -8 JUL 11

          Petang 7 Jul selepas Solat Jumaat disusli dengan Solat hajat mohon keamanan. Kami (berapa pegawai blok C) berbincang untuk mengadakan gotong royong (GR) Blok. Pada malam itu kami juga berkumpul di WP (maklum pada jiran BLOK C untuk kerja GR) bagi kupasan perintah Ulong PTD. Aku terlibat sebagai Moderator bagi kumpulan 2. Sepatutnya malam tersebut diadakan majlis pemakaian pangkat tetapi ditunda. hampir jam 1130 majlis kupasan dilakasnakan mulai jam 2100. KS K Badhism mengakhir majlis dengan komentarnya.
                     Pagi jam 0830 penghuni mula turun membuat tugasan masing-masing sebagaimana jadual yang ditampal. Kutipan yuran pertama RM 20.00 dilancarkan bagi keperluan memebeli peralatan dan lain-lain kemudahan. Walaupun majlis dirancang dalam singkat ianya mendapat sambutan dengan kehadiran ahli keluarga. kawasan dibersihkan mengikut kawasan dan kembali ke bawah blok bagi membasuh ruangan bawah dan diakhiri dengan jamuan minum pagi yang dibawa. Yang cantik majlis gotong royong, walaupun suami tiada isteri dan anak-anak turut sama menyumbang tenaga dan makanan. Majlis akan atang pastinya lebih meriah dengan acara menyambut Ramadhan dan Hari Raya. Kutipan akan dibuat pada bulan Jul dan Ogos bagi memastikan acara sambutan berjalan dengan meriah dan harmoni. Tengahari ke rumah LK Ghulam bagi majlis Tahlil di rumah beliau di KTR bagi baccan Yasin dan arwah ibunya yang meninggal pada 3 jul. Wassalam.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive