Selepas majlis merisik 2011, persiapan sedikit demi sedikit telah dimulakan. Bunga pahar, baju pengantin, baju melayu, baju kurong, baju kebaya telah siap ditempah. Isteri pula sibuk dengan bunga stokin, bunga dip, bekas door gives, kain cadar, kain langsir, bekas hantaran dan aksesori telah dibeli. Tempahan kad dan pelamin telah dibuat. Begitu juga rancangan dan menu makan juga turut dibincangkan cuma belum dibuat keputusan muktamad. Hari ini setelah 3 kali proof reading kad jemputan telah dipersetujui (30 Jan 12) dan dijangka siap pada 14 Feb 12. Kad akan mula diedarkan pada 19 Mac 12 mengikut protokol list. Tempat untuk majlis kenduri juga diluluskan oleh P5 pad 3 Mac 12. Minggu ini adalah persiapan bagi persiapan perkara penting iaitu borang nikah untuk kelulusan pada 8 Feb 12 temuduga dengan pegawai akad nikah, 9 Feb hingga 18 Feb 12 bagi mesyuarat persiapan, bajet dan lain-lain event yang perlu diselesaikan. Jurufoto dan bilik transit tetamu dari sebelah pengantin, saudara dan juga rakan perlu diambil kira.
Persiapan dari awal Mac hingga 20 Mac 12 akan lebih mencabar sebab semuanya akan mengambilkira bajet dan maklumbalas kehadiran. Masalah persiapan dan juga ketidak kesefahaman dan salah faham akan menjadi perkara utama jika tidak disenaraikan dari awal dan direkodkan. Doa agar semua persiapan berjalan lancar dan dipermudahkan. Wassalam.
No comments:
Post a Comment