Wednesday, 28 March 2012

MAJLIS WALIMATULURUS 23 MAC DAN 24 MAC 12

              Alhamdullilah, majlis telah selamat dijalankan dengan lancar seperti dirancang. Persiapan dimulakan sejak 12 Mac membincangkan konsep dan keperluan sajian, peralatan menghidang serta bajet. Keperluan anggota memasak, fitik dan bantuan daripada pasukan. Pelantikan AJK serta bidang tugas diperincikan. kad undangan telah mula diedarkan mulai 01 Mac 12 sehinga hari terakhir 19 Mac 12. malangnya ada bebarapa kad-kad yang akan diagihkan tersangkut ditengah jalan, dan kad kedua dimajukan setelah tambahan 100 kad lagi dicitak. Hari selasa 20 Mac 12, barang-barang pukal mula dibeli. Agihan keperluan kewangan mula diagihkan kepada yang terlibat. Bajet sepanjang majlis khusus untuk kenduri bagi ketiga acara mencecah ribuan ringgit (bacaan Yassin dan Doa Selamat $)), akad nikah !$)), Lauk pengantin $)), BBQ #))) dan jamuan kenduri pada 24 Mac 12 &))).  Bayaran lain yang dibeli runcit seperti ikan kering, bilis, goodies gula juga mencecah !))).
         Hari Selasa ke AS ambil mak, sebelum itu ke PC beli bahan goodies akar nyior, ikan kering dan bilis serta bekas. K epekan Wed AS beli serunding daging !@) 2 kg, kueh dodol, halwa maskat, kueh loyang buat besan. Ke rainbow beli bag for goodies dan balik ke AT jemput ibu. petang ke sedka ambil karpet dan lawat kakak balik umrah dan juga halwa buah sedekah dari kakak dan abang Din. Sedekah !))) sebagai belanja kenduri. Jumpa KZnal dan SSM untuk  uruskan Pokadot 1600biji dan Mineral Wtr  pada jam 1430 $%).  Jam 1100 malam sampai PP. Selepas rehat awal pagi 22 pagi bertambah sibuk dengan barang mula dibawa kerumah dengan ramai datang membantu, tengahari bayar RM !))) kepada Kak Kiah dan juga beli beberapa peralatan. petang jam 1600 jumpa semua wakil terlibat untuk perbicangan terakhir. Semua hadir dan melaporkan persiapan dan masalah. alhamdullilah semuanya selesai. Persiapan untuk makan malam 23 Mac dibuat dengan memberi persetujuan terutamnya pelamin, ruang makan BBQ, dewan, ruang resepsi, goodies dan juga laluan. Jam 0700 malam balik ke rumah untuk melihat persipan akhir majlis 23 petang. persiapan dirumah juga meriah dengan adik beradik mula tiba dari KL dan AS. Rakan dan jiran terutamnya Kak Jun, Yan, Rose, Susan, TOT, Safizan, khairul dan bayak lagi. Pada pagi juga teria berita anggota MSS SP meninggal, kena hubungi PKP dan MG untuk mengetahui kedudukannya, bantuan KM MSS SP diminta bagi menyelesaikan masalah. pada masa yang sama SSR di MSS PP juga memaklumkan masalah  Semua berkumpul bagi memberi bantuan. Rumah ditkt 5 juga sudah dipenuhi dengan barang-barang untuk majlis 23 dan juga persiapaan goodies untuk 24/3. Isteri PWS dan PWK membantu emak menyediakan makan tengahari lauk ikan talang kering nenas, sayur, ikan goreng. TOT and thegang menyiapkan lampu, manakala persiapan mini pelamin dan ruang akad nikah juga disapakan. Awal pagi ke rumah tetamu 2MD meninjau persiapan sambil meminta MTO membuat semakan terakhir. Persiapan bilik dan jam ke WP melihat persiapan dan pemasangan pelamin pada jam 1100 mlm.
           Awal23/3 pagi, Awal pagi hidangan pulut dengan ikan bilis, ikan belanak/tamban goreng dan pekasam hancur menjadi sarapan pagi.  Membuat semakan kepada minuman pagi di ruamah tetamu, jam 0900 pagi ke WP membuat semakan terakhir persiapan dewan dan juga melihat gubahan bunga, persiapan BBQ dan pelamin. Selepas Jumaat, tetamu mula berkumpul, persiapan makan roti arab, bihun juga disiapakan. kehadiran Tok Kadi jam 1500 selepas sahaja rombongan penganti lelaki sampai. sebelum itu, kelam kabut bunga hidup baru sampai dan berada ditempat tepat sebelum tetamu sampai. Aku terpaksa minta Tok Kadi beri masa untuk menyelesaikan keperluan hantaran dengan wakil pengantin. Aku juga terpaksa memulakan kata-kata aluan tanpa jurucakap LKRoslan setelah persetujuan dicapai, TOK Kadi Tuan HJ Ahmad Fuad dijempt masuk dan jurucakap mula mengambil alih, aku mewakilkan Tok Kadi untuk acara akad nikah, yang lucunya apabila menjemput adik Tan dan Youb keduanya tida kad pengenalan tinggal di GR, jadi Li dan Sane jadi saksi. acra akad nikah berjalan lancar dengan sekali lafaz. Sekali lagi acara membatal air sembahyang aku terpaksa membawa TK keluar dan masuk balik bagi jamuan ringan. Semuanya Alhamdullilah selesai sebelum jam 1600. Jam 1800 aku ke WP jumpa K Zza dan K NT untuk MC majlis, seterusnya meninjau persiapan terakhir. layout kerusi, laluan masuk serta meletak pulut kuning di meja tetamu. Aku bergegas balik jam 1900 dan selesai solat Magrib jalan ke WP sesak dan aku sampai jam 2015 sedangkan majlis tetamu jam 2030 berjalan. Diatas kesesakan jalan,  majlis ditunda ke 2045 selepas azan isyak dan juga menunggu GOC. Tetamu mengambil kedudukan dan pengantin masuk tepat jam 2045 didahuli FGirls (Damia dan Eka). MC dan muzik kompang dengan lalui pengantin ke pelamin, dijemput renjis dengan pihak lelaki, KS dan perempuan dan ucapan terima kasih. Jam 2100 makan malam bermula dengan Kambing panggang, ayam bakar, ikan panggang, koew tew dan mee goreng. Semua tetamu menjamu selera dan GOC dan DS tiba dan bergegsa ke anjung disebabkan kurang sihat. Band 2nd gen drp 2 MD mengirigi jamuan makan malam sehingga jam 2230. Majlis tamat jam 2300. Setibanya dirumah makan malam kerana tak sempat dan seterusnya mengisi goodies untuk VIP dan juga keperluan keesokanya jam 0200pagi baru masuk tidur.
        Jam 6 pagi sudah bersiap sedia untuk tugasan pada 24/3. . Jam 0640 pagi ke WP melihat dan memantau persiapan akhir, semua bahan goodies, canddies corner, kueh corner, ice carving, meja pengantin, hiasan bunga berada seperti ditetapkan. Jam 1130 menukar pakaian dan dalam masa yang sama tetamu drp Kelang sampai denga sebuah bas, dan menjadi tetamu pertama membuka hidangan dome. tetamu mula sampai dan bertambah ramai jam 1300 hingga 1430. Pengantin masuk dewan jam 1345 dengan didahului FG (shasa, damai dan Eka dan adik Emee). Majlis renjis oleh MG Azizan dan DR. Majlis makan beramai, potong kek diteruskan dihadapan ice carving. Menu pengantin dimulakan dengan sotong sumbat pulut percik, nasi briani, udang butter, ikan siakap goreng, ayam bawang, daging masak hitam nyior mumbang dan diakhiri dengan dessert serbat.
     Ramai saudara dari KL, Melaka, Lumut, pantai Remis, KSS, AS dapat hadir....maaf tidak dapat disenaraikan satu persatu. Lutut mula lengguh, dan suara mula serak. Esoknya 25/3 dan 26/3 mula terasa kesannya....Alhamdullillah semua dapat diselelsaikan penghantaran barang, mengemas sehingga 27/3. Dulu masa kahwin cuti hanya 7 hari tapi anak kahwin dapat 10 hari cuti. Yang manisnya abang Miswan dan Kak Nah dari Kpg baru hadir walaupun pada awalnya tidak dapat atas faktor kesihatan aku tetap berbangga keran tahun 1984 rmah abg Miswan di Jln Raja Muda Musa menjadi rumah tumpangan semasa akad nikah di BTR.
    

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive