Sunday, 6 January 2013

PERSEKOLAHAN TAHUN 2013

            Tahun 2013, masih ada 2 anak bersekolah. Seorang akan ambil exam SPM dan seorang lagi UPSR. Setelah 1 bulan setengah cuti sekolah dan semua persiapan pertukaran telah dibuat sebelum 17 Dis 12 dan anak-anak telah diberi penemapatan sekolah seperti dimohon daripada Pej Pendidikan Tkt 9 di Wisma Selborn. SPM di sekolah Menengah Padang Tembak dan UPSR di sekolah Kebangsaan Kem Kementah. Tangga l2 Jan 13 persekolah bermula hanya abangnya yang melapur manakala Emee hanya pada 7 Jan 13 disebabkan cuti sakit di syaki demam denggi. Persiapan buku dan yuran juga dibuat dan hanya menunggu kelas tambahan tuition.

AKTIVITI 2013

                Tahun 2013, sebagai DS banyak juga masa boleh digunakan bersama keluarga, sehingga 6 Jan 13 bunyi telefon tidak ada langsung. Bebas panggilan pertamanya, no hp baru, keduanya tidak perkara yang hendak dilaporkan sebab tanggungjawab hanya kepada kolej dan student pun belum lapor sepenuhnya. 3hb CP lapor dan aku sibuk menyadiakan arahan pentadbiran Majis Bacaan Yassin dan Tahlil sempenan pembukaan kursus pada 11 Jan 13. Majlis dipersetujui pada 10 Jan 13 jam 1245. Tiada apa-apa aktiviti, cuma pada 4 jan ke MPAT membeli badge mpat daripada pej Ajutan.
                Hari Jumaat macam biasa selepas solat Jumaat dirumah dan sebelah malam ke C4 beli keperluan dan sepasang kasut XYes RM 50.00 dan barangan dapur RM 82.15. Petang air paip dah ontang kenalah mengangkut air dari tingkat bawah. Hari Sabtu selepas sarapan kami ke SB jam 1200 untuk melawat Ain dan Alya sehingga jam 1800. Malam kami makan ikan bakar di Pantai Jeram. Menunya ikan tudung periok bakar, ikan kerapu masak stim halia, sotong goreng tepung, udang goreng butter dan ketam masak bercili. Menu ok tapi masakan kurang menyegat, udang goreng butter hanya berlitup goerng butter, ketam bersos chili, ikan sejuk kerana hampir 1 jam 15 minit makanan diterima. Kami ermalam di JDSS 16. Awal pagi 6 Jan 13 selepas bersarapan aku dan adik Emee ke Kolam Pancing Sealion. Ok bayaran deposit RM 100 selepas memancing sekor pun tidak menegena. Aku beli seekor ikan jenahak RM 40.00 hampir 2.6 kg untuk dibawa balik. Petang jam 1800 balik ke Cheras dan seterusnya ke Restoren Masakan Arab kami berenam pekenan Lamb mandi, assorted grill dan air manggo orange. Jam 1030 aku dah belayar tanpa memepedulikan AJL 12. Wassalam
 

Thursday, 3 January 2013

AZAM 2013

Setiap tahun pasti ada azam yang dibuat bagi memastikan arah tuju yang boleh dijadikan panduan dan sasaran. Azam ini juga dapat memberi ruang lingkup untuk merencana, meneyediakan bajet, garis, langkah-langkah PDCA sertau pemantauan dengan pelbagai kaedah yang terbaik. Tanpa azam pastinya tiada matlamat dan hidup pasti kosong dan hanya menunggu takdir. Pelabagai ruang dan jenis azam baik untuk peribadi, kerjaya, kerohanian, keluarga, kewangan dll. Semuanya boleh ditulis, dicatat dan boleh dipantau sebilang masa. Ada meletakan azam di dalam khayalan dan bila diakhir tahun tidak tahu yang mana satu azam yang dirancang, yang manan dicapai dan yang tidak dicapai.
   2013, pastinya satu azam ditambah dengan kehadiran cucu pertama, kerjaya, peribadi, kewangan akan dijadikan pelbagai AZAM. Ianya akan direkod dan menjadi satu azam untuk direkod dan direalisasikan. Wassalam

Tuesday, 1 January 2013

KENANGAN DI HARI KELAHIRAN CUCU PERTAMA

       Hotel Sri Bernam menjadi tempat kami suami isteri berehat selepas seharian melawat anak dan menanti kelahiran cucu pertama di HTAJ. Kami memilih hotel sebab lebih dekat untuk melawat keesokan harinya walaupun dijemput menginap di rumah besan. Kami juga memerlukan rehat yang panjang kerana dari KL jam 4 petang terus ke SB dan jam 615 petang setibanya di hospital Ain dimasukan ke wad bersalin. Selain dari itu kami baru balik ke KL pada 25 Dis jam 1900 dan singgah di Klang dan sampai balik KL jam 1 pagi. Pagi 26 Dis aku kepejabat dan menyelesaikan urusan pejabat dan bank.
        Selepas seronok melayani insan pertama lahir ke dunia kami ke Sri Bernam, Hotel baru dibuka sebulan lalu masih baru dan berbau segar dan pastinya bersih. Selepas mandi, solat Isyak aku bersiap untuk tidur manakala isteri melayani dan membaca SMS tahniah mendapat cucu pertama. Beberapa mesej menarik dibaca kepada aku dengan pelbagai rentak bunyinya. sekali-kali terdengar bunyi hentakan kuat di ruang kaki lima bilik. Isteri bertanya sesuatu, sambil berbaring aku menjawab mungkin orang baru balik sebab aku terdengar suara mandarin/China disusuli telapak kaki dan daun pintu ditutup/dibuka. Semasa aku hampir terlelap aku terkejut dengan hentaman bertalu-talu di pintu bilik 313, aku bingkas bangun ke pintu mencari cermin kecil dipintu tetapi tiada. Sambil ketukan makin rancak aku menegur siapa tu, suara lelaki menjawab pegawai penguatkuasa. Tak berapa jelas aku juga risau hendak buka tetapi setelah memikirkan laluan ke kaki lima bilik memerlukan kod rahsia mesti ada urusan penting pegawai penguatkuasa dibenarkan masuk. Berkain pelikat tanpa baju aku membuka pintu, 4 susuk lembaga manusia memperkenalkan diri dari JAIS dan seorang wanita bertudung tetapi berada di kanan bilik jadi taklah dapat memerhati aku dengan berkait pelikat tanpa baju. Manakala isteri di katil berbual dengan anak mengenai cucunya yang masih menangis.   
       Naik angin juga sebab tidur diganggu, dah tu minta surat nikah walaupun dimaklumkan di dalam bilik adalah isteri.Dalam kepala tak terlintas pun hal sebegini akan ditanya. Tak pernah sepanjang aku berkahwin dan menginap dihotel diserbu sebegitu rupa. Ok lah saya tak bawa surat nikah--tapi dah kahwin 30 tahun yang di dalam itu isteri saya... seorang lagi minta juga surat nikah. Saya kata nanti saya ambil bukti nyata, gambar cucu dalam hp yang baru diambil di HTAJ. Sambil itu, saya juga memaklumkan besan saya orang sini, namanya Cik Gu Latif mungkin awak kenal? Lantas aku ke dalam mengambil hp Sony walkman dan menunjukan gambar cucu yang baru lahir. Aku juga bertanya perlu IC lagi ke? sambil aku membebel --- saya dah 30 tahun kahwin inilah kali pertama kena serbu, dah tu kali pertama dapat cucu tidur hotel baru........ Alhamdullillah semuanya selesai, Sempat aku memaklumkan cara dibuat kurang manis mengetuk pintu dengan kuat boleh menyebabkan pelbagai tanggapan orang, begitu juga menggangu tetamu lain. Alangkah lebih baik di ketuk perlahan, beri salam atau telefon bilik ke bilik sebelum ketuk pintu. Kan lebih mesra dan kalau orang buat salah tak boleh lari dah sebab pintu satu. Kenapa dah buat operasi bertahun-tahun tiada ada kaedah yang boleh menjaga maruah bangsa dan agama terutamya pada bangsa dan agama lain. Kalau cara berhemah mungkin ramai yang nak buat jahat takut dan malu pada diri sendiri.  CCTV juga boleh diguna pakai sebelum dibuat serbuan, soal jawab dengan penjaga resepsi tentang penghuni juga boleh dibuat. Sebagai contoh kami memaklumkan kami perlu bilik kerana kerana masih melawat anak di HTAJ, anak baru bersalin dan baru melahirkan anak perempuan. Dah tu kami pula bukannya muda lagi, atau lagak dan personaliti yang miang/bergetah lagi??
Mungkin kami nampak macam orang sebegitu, atau prosidur nak serbu kena terus serang bilik, ketuk supaya pesalah ditangkap terekedu? atau takut orang bersalah panik, lari terjun tingkap jika di maklumkan Pegawai JAIS. Kalau begitu lebih baik suruh pasang jaring/jala di laluan keluar masuk agar tidak ada yang bolos. Walaupun atas nama tugas tapi biarlah ianya berhemah- Saya suka you suka. Orang bayar bilik nak rehat bukan nak diganggu, jika nak ganggu biarlah dengan pelbagai kaedah siasatan awal sebelum dibuat serbuan. Bukan serbu dulu baru siasat. Macam=macam ada. Selesai isteri tanya kenapa tak minta dekat dia, surat nikah ada dalam purse. Saya kata mana saya tahu, kad nikah. Saya keluar kad nikah selama ni untuk buat salinan fotokopi sebab anak nak masuk sekolah setahun sekali atau nak buat tuntutan pindah. Itulah kenangan yang akan diingat sampai ke hujung hayat. Malam esoknya kami tukar bilik lain pulak 318 dan maklum kepada reception , kalau Penguatkuasa JAIS datang kembali, Sila maklumkan dibilik adalah orang yang sama kena serbu.          
            Malam itu, tiada ketukan tetapi aku menggigil kesejukan walaupun suhu badan panas ke 38C, sakit sendi.. dibuat pemeriksaan darah keesokanya bood pallet  dan di syaki denggi beb...Tak jadi bermalam di rumah besan menemani cucu... balik ke KL. Di SB sempat juga tukar absorber kereta walaupun masa singkat. Anak bersalin, dapat cucu, tukar absorber, kena serbu, demam menjadi penutup tahun 2012. Bermulanya penutup tahun 2012 dengan sambutan hari Lahir 52 tahun genap pada 23 Dis, Ulangtahun perkahwinan 25 Dis, dapat cucu pertama 26 Dis, demam 27 Dis-31Dis. 31 Dis Hass dan Emee pulak demam disyaki denggi, Malam ambang tahun baru macam setiap tahun dirumah aje;;;;;. 1.1.13 Sanee dan Illah demam. Balik ke Klang ----------kemas rumah-----balik KL

cucu pertama-NUR ALYA MAISARAH

gambar pertama 26 Dis jam 2245 di HTAJ Sabak Bernam

Gambar hari Keempat

          Allhamdullillah Alya selamat dilahirkan di HTAJ sabak Bernam jam 2115. Yang menunggu kelahiran Ayahnya, 2 Atok dan 2 Nenek. Jam 2145 kali pertama kami dijemput melihat wajah sebenar Alya selepas dibersihkan. Aku sempat menyampaikan surah alfatihah dan takbir ketelinga Alya. Matanya bersinar, terbuka luas dan rambut spike. Pusingan leher kekiri dan kanan serta matanya memerhati kami yang mnegerumuni katil kecilnya. Hampir 15 minit kami berpeluang mengusap pipinya yang mulus dan membelek tanda kelahiran. Kenangan gambar-gambar dirakam dihantar kepada saudara mara buat tuntunan aakan kelahiran Alya Nur Maisarah. Syukur dan penuh ketakjuban bayi yang dikandungan 9 bulan 10 hari selamat dan mengikut fitrahNya. Kenikamatan dan keseronakan ini sewaktu mendapat anak dan cucu amat berbeza, hanya yang menjadi atuk dan nenek sahaja yang dapat mengambarkanya. Semoga Alya menjadi insan yang solehah. Wassaalam

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive