Hotel Sri Bernam menjadi tempat kami suami isteri berehat selepas seharian melawat anak dan menanti kelahiran cucu pertama di HTAJ. Kami memilih hotel sebab lebih dekat untuk melawat keesokan harinya walaupun dijemput menginap di rumah besan. Kami juga memerlukan rehat yang panjang kerana dari KL jam 4 petang terus ke SB dan jam 615 petang setibanya di hospital Ain dimasukan ke wad bersalin. Selain dari itu kami baru balik ke KL pada 25 Dis jam 1900 dan singgah di Klang dan sampai balik KL jam 1 pagi. Pagi 26 Dis aku kepejabat dan menyelesaikan urusan pejabat dan bank.
Selepas seronok melayani insan pertama lahir ke dunia kami ke Sri Bernam, Hotel baru dibuka sebulan lalu masih baru dan berbau segar dan pastinya bersih. Selepas mandi, solat Isyak aku bersiap untuk tidur manakala isteri melayani dan membaca SMS tahniah mendapat cucu pertama. Beberapa mesej menarik dibaca kepada aku dengan pelbagai rentak bunyinya. sekali-kali terdengar bunyi hentakan kuat di ruang kaki lima bilik. Isteri bertanya sesuatu, sambil berbaring aku menjawab mungkin orang baru balik sebab aku terdengar suara mandarin/China disusuli telapak kaki dan daun pintu ditutup/dibuka. Semasa aku hampir terlelap aku terkejut dengan hentaman bertalu-talu di pintu bilik 313, aku bingkas bangun ke pintu mencari cermin kecil dipintu tetapi tiada. Sambil ketukan makin rancak aku menegur siapa tu, suara lelaki menjawab pegawai penguatkuasa. Tak berapa jelas aku juga risau hendak buka tetapi setelah memikirkan laluan ke kaki lima bilik memerlukan kod rahsia mesti ada urusan penting pegawai penguatkuasa dibenarkan masuk. Berkain pelikat tanpa baju aku membuka pintu, 4 susuk lembaga manusia memperkenalkan diri dari JAIS dan seorang wanita bertudung tetapi berada di kanan bilik jadi taklah dapat memerhati aku dengan berkait pelikat tanpa baju. Manakala isteri di katil berbual dengan anak mengenai cucunya yang masih menangis.
Naik angin juga sebab tidur diganggu, dah tu minta surat nikah walaupun dimaklumkan di dalam bilik adalah isteri.Dalam kepala tak terlintas pun hal sebegini akan ditanya. Tak pernah sepanjang aku berkahwin dan menginap dihotel diserbu sebegitu rupa. Ok lah saya tak bawa surat nikah--tapi dah kahwin 30 tahun yang di dalam itu isteri saya... seorang lagi minta juga surat nikah. Saya kata nanti saya ambil bukti nyata, gambar cucu dalam hp yang baru diambil di HTAJ. Sambil itu, saya juga memaklumkan besan saya orang sini, namanya Cik Gu Latif mungkin awak kenal? Lantas aku ke dalam mengambil hp Sony walkman dan menunjukan gambar cucu yang baru lahir. Aku juga bertanya perlu IC lagi ke? sambil aku membebel --- saya dah 30 tahun kahwin inilah kali pertama kena serbu, dah tu kali pertama dapat cucu tidur hotel baru........ Alhamdullillah semuanya selesai, Sempat aku memaklumkan cara dibuat kurang manis mengetuk pintu dengan kuat boleh menyebabkan pelbagai tanggapan orang, begitu juga menggangu tetamu lain. Alangkah lebih baik di ketuk perlahan, beri salam atau telefon bilik ke bilik sebelum ketuk pintu. Kan lebih mesra dan kalau orang buat salah tak boleh lari dah sebab pintu satu. Kenapa dah buat operasi bertahun-tahun tiada ada kaedah yang boleh menjaga maruah bangsa dan agama terutamya pada bangsa dan agama lain. Kalau cara berhemah mungkin ramai yang nak buat jahat takut dan malu pada diri sendiri. CCTV juga boleh diguna pakai sebelum dibuat serbuan, soal jawab dengan penjaga resepsi tentang penghuni juga boleh dibuat. Sebagai contoh kami memaklumkan kami perlu bilik kerana kerana masih melawat anak di HTAJ, anak baru bersalin dan baru melahirkan anak perempuan. Dah tu kami pula bukannya muda lagi, atau lagak dan personaliti yang miang/bergetah lagi??
Mungkin kami nampak macam orang sebegitu, atau prosidur nak serbu kena terus serang bilik, ketuk supaya pesalah ditangkap terekedu? atau takut orang bersalah panik, lari terjun tingkap jika di maklumkan Pegawai JAIS. Kalau begitu lebih baik suruh pasang jaring/jala di laluan keluar masuk agar tidak ada yang bolos. Walaupun atas nama tugas tapi biarlah ianya berhemah- Saya suka you suka. Orang bayar bilik nak rehat bukan nak diganggu, jika nak ganggu biarlah dengan pelbagai kaedah siasatan awal sebelum dibuat serbuan. Bukan serbu dulu baru siasat. Macam=macam ada. Selesai isteri tanya kenapa tak minta dekat dia, surat nikah ada dalam purse. Saya kata mana saya tahu, kad nikah. Saya keluar kad nikah selama ni untuk buat salinan fotokopi sebab anak nak masuk sekolah setahun sekali atau nak buat tuntutan pindah. Itulah kenangan yang akan diingat sampai ke hujung hayat. Malam esoknya kami tukar bilik lain pulak 318 dan maklum kepada reception , kalau Penguatkuasa JAIS datang kembali, Sila maklumkan dibilik adalah orang yang sama kena serbu.
Malam itu, tiada ketukan tetapi aku menggigil kesejukan walaupun suhu badan panas ke 38C, sakit sendi.. dibuat pemeriksaan darah keesokanya bood pallet dan di syaki denggi beb...Tak jadi bermalam di rumah besan menemani cucu... balik ke KL. Di SB sempat juga tukar absorber kereta walaupun masa singkat. Anak bersalin, dapat cucu, tukar absorber, kena serbu, demam menjadi penutup tahun 2012. Bermulanya penutup tahun 2012 dengan sambutan hari Lahir 52 tahun genap pada 23 Dis, Ulangtahun perkahwinan 25 Dis, dapat cucu pertama 26 Dis, demam 27 Dis-31Dis. 31 Dis Hass dan Emee pulak demam disyaki denggi, Malam ambang tahun baru macam setiap tahun dirumah aje;;;;;. 1.1.13 Sanee dan Illah demam. Balik ke Klang ----------kemas rumah-----balik KL
Malam itu, tiada ketukan tetapi aku menggigil kesejukan walaupun suhu badan panas ke 38C, sakit sendi.. dibuat pemeriksaan darah keesokanya bood pallet dan di syaki denggi beb...Tak jadi bermalam di rumah besan menemani cucu... balik ke KL. Di SB sempat juga tukar absorber kereta walaupun masa singkat. Anak bersalin, dapat cucu, tukar absorber, kena serbu, demam menjadi penutup tahun 2012. Bermulanya penutup tahun 2012 dengan sambutan hari Lahir 52 tahun genap pada 23 Dis, Ulangtahun perkahwinan 25 Dis, dapat cucu pertama 26 Dis, demam 27 Dis-31Dis. 31 Dis Hass dan Emee pulak demam disyaki denggi, Malam ambang tahun baru macam setiap tahun dirumah aje;;;;;. 1.1.13 Sanee dan Illah demam. Balik ke Klang ----------kemas rumah-----balik KL
No comments:
Post a Comment