Tahun 2013, sebagai DS banyak juga masa boleh digunakan bersama keluarga, sehingga 6 Jan 13 bunyi telefon tidak ada langsung. Bebas panggilan pertamanya, no hp baru, keduanya tidak perkara yang hendak dilaporkan sebab tanggungjawab hanya kepada kolej dan student pun belum lapor sepenuhnya. 3hb CP lapor dan aku sibuk menyadiakan arahan pentadbiran Majis Bacaan Yassin dan Tahlil sempenan pembukaan kursus pada 11 Jan 13. Majlis dipersetujui pada 10 Jan 13 jam 1245. Tiada apa-apa aktiviti, cuma pada 4 jan ke MPAT membeli badge mpat daripada pej Ajutan.
Hari Jumaat macam biasa selepas solat Jumaat dirumah dan sebelah malam ke C4 beli keperluan dan sepasang kasut XYes RM 50.00 dan barangan dapur RM 82.15. Petang air paip dah ontang kenalah mengangkut air dari tingkat bawah. Hari Sabtu selepas sarapan kami ke SB jam 1200 untuk melawat Ain dan Alya sehingga jam 1800. Malam kami makan ikan bakar di Pantai Jeram. Menunya ikan tudung periok bakar, ikan kerapu masak stim halia, sotong goreng tepung, udang goreng butter dan ketam masak bercili. Menu ok tapi masakan kurang menyegat, udang goreng butter hanya berlitup goerng butter, ketam bersos chili, ikan sejuk kerana hampir 1 jam 15 minit makanan diterima. Kami ermalam di JDSS 16. Awal pagi 6 Jan 13 selepas bersarapan aku dan adik Emee ke Kolam Pancing Sealion. Ok bayaran deposit RM 100 selepas memancing sekor pun tidak menegena. Aku beli seekor ikan jenahak RM 40.00 hampir 2.6 kg untuk dibawa balik. Petang jam 1800 balik ke Cheras dan seterusnya ke Restoren Masakan Arab kami berenam pekenan Lamb mandi, assorted grill dan air manggo orange. Jam 1030 aku dah belayar tanpa memepedulikan AJL 12. Wassalam
No comments:
Post a Comment