Friday, 31 May 2013

KUTIP WANG SILING DAN BATU KECIK


Tuan Ibrahim Tuan Man,
31 Mei 2013

TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan, dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.


P/s: Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Senyum.

Monday, 27 May 2013

MENDENGAR GURUH DI LANGIT, BUNGA TIDAK DISIRAM


TEMPAYAN ATAU ORANG UTARA PANGGIL GURI/GORI. Ianya digunakan bagi menakung air atau orang China guna untuk buat toyu, jeruk buah, sayur kalau orang india simpan todi. kalau Jenerasi 70an ke bawah yang tinggal di kampung sememangnya tahu dan pernah menggunakannya. Cerita sdra Subky Latif sememangnya penuh dengan cerita lama yang diperbaharui. Wassalam

Subky Latif, 27 Mei 13 harakah Daily



Kira-kira dua minggu, sejak lepas pilihan  raya 5 Mei, Kuala Lumpur hari-hari panas terik. Rumput naik kuning. Tetapi sebelah petang, biasanya lepas Asar cuaca mendung, berguruh lalu kadang-kadang hujan lebat.Sudah hampir seminggu, petang mendung dan berguruh, tetapi di tempat saya tidak hujan.Sepanjang tengah hari, air paip bukan lagi suam,  lebih  dari suam. Siapa mandi macam mandi air panas.  Berapa lama panas itu? Bergantung panjang mana paip  di permukaan bumi. Kalau panjang paip, lama juga panasnya. Kalau pendek, kira setengah minit panasnya.

Sepanjang minggu ini, bila melihat cuaca redup dan mendengar pula guruh di langit, bunga pun tidak disiram dengan andaian hujan akan  turun. Jika bunga disiram juga, apa kata hujan tak jadi? Tidakkah membazir air paip itu sekali pun di Selangor air percuma.Dulu orang kata, mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Ia satu perumpamaan. Harapkan berita baik yang nak datang, atau dengar janji pilihan raya yang menarik, maka yang ada tidak dipeduli lagi. Seperti kejadian berlaku pada bapa saya. Ada orang memberi beberapa biji buah durian. Cadangnya lepas Asar kami akan makan durian itu. Tiba-tiba datang pengembara menyampaikan salam dari seorang anggota keluarga dari jauh dan kata pengembara itu pengirim salam itu mengirim durian. Durian itu ada dalam lori yang ditinggalkan di bandar.

Bapa  saya pun kata kepada kami, ’Makanlah durian yang ada itu.’ Bapa nanti ada ganti duiran yang banyak. Rupanya durian itu tidak ada. Pengembara itu sendiri hilang. Perumpamaan yang terjadi pada bapa itu adalah ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.Tetapi asasnya ada. Setiap rumah dulu ada tempayan untuk menakung air. Di dapur ada tempayan untuk air memasak dan membasuh pinggan. Di tepi tangga ada tempayan buat tetamu yang tak berkasut membasuh kaki sebelum naik ke  rumah. Saya masih ingat ramai anggota masyarakat tak berkasut. Biasa bagi penghuni rumah turun ke tanah tak pakai kasut. Bila hendak naik ke rumah semula, mereka basuh  kaki dengan air di tempayan yang selalu berisi. Tetapi sekarang sesudah setiap  rumah ada bekalan air bersih,  tempayan sudah tidak ada lagi. Orang pun tidak peka hendak menakung air lagi. Apabila bekalan air terganggu, air untuk basuh kencing pun tak ada.

Mungkin genarasi baru ada yang tidak tahu lagi apa bendanya tempayan. Sudah tiada lagi rumah yang menyimpan tempayan. Pembuat tempayan sudah beralih membuat pasu bungga. Ada pasu bungga yang  sebesar tempayan untuk menemam pokok hiasan yang besar. Orang sekarang semuanya berkasut.  Kanak-kanak pun tak tahu berkaki  ayam bermain di luar rumah. Maka budaya basuh kaki sebelum masuk rumah sudah berakhir. Maka tempayan tidak diperlukan lagi. Maka masing-masing tidak lagi sibok mengosongkan tempayan bila mendengar guruh dan apabila cuaca mendung. Mereka mengosongkan tempayan bagi menggantikan air yang lama yang tidak lagi bersih bagi diganti dengan air yang lebih bersih. Orang yang hendak keluar ketika cuaca mendung, mungkin perlu membawa payung. Biasanya orang Kuala Lumpur setiap pagi dan petang menyiram bunga di luar rumah. Ia kegiatan mesra alam dan mencari peluh lepas balik pejabat. Saya pun sama. Petang saja, saya pun menyiram bunga. Apabila melihat cuaca mendung, dan mendengar pula guruh berbunyi,  saya pun tidak menyiram bunga. Hujan tak jadi turun. Petang esok pula baru hendak menyiram bunga. Apa yang terjadi? Layu semua pokok bunga.

Dulu orang mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Di  zaman yang sudah berubah ini, mendengar guruh di langit, bunga tidak disiram. 

Sunday, 26 May 2013

ANALISIS SELEPAS PRU 13- dipetik dan disimpan oleh pemilik blogspot untuk kajian dan pembelajaran

Operasi Selamatkan Ajibgor — Mohd Ariff Sabri
MAY 26, 2013
26 MEI — Tindakan yang diambil oleh kerajaan Najib bertujuan menyelamatkan dirinya.  Ini termasuklah (1) Mencari gaduh dengan bangsa lain terutama nya dengan bangsa Cina, (2) menakutkan tokoh pembangkang dengan penangkapan dan menggunakan polis — semua ini mesti dilihat dalam konteks menyelamatkan Najib yang lembik dan tidak tegas.Tidak ada perkara baru yang dikatakan oleh Zahid Hamidi bila dia kata polis akan bertindak bebas dari gangguan ahli politik. Sepatutnya itulah cara nya sejak dahulu lagi. Biarkan penjawat awam melakukan kerja mereka. Zahid cakap macamlah kita budak2 bodoh. Kalau Zahid cakap kepada budak kecik dan orang buta huruf, tak mengapalah. Zahid lupa bahawa tahap pemikiran kita pun sama seperti tahap pemikiran Zahid yang ada PhD itu.Semua penangkapan orang politik mesti mendapat perakuan dari menteri dalam negeri. Kedua, Zahid tidak sebut bahawa polis hanya boleh bertindak mengikut peruntukan undang undang. Polis pun tak boleh buat ikut suka hati. Ini bukan dunia ke3 dimana polis guna kayu cotar membelasah rakyat sendiri. Dalam negara ini, kita bertindak mengukut peruntukan undang2. Tidak perlu Zahid berceramah dan bersyarah kepada kita, apa polis boleh dan tidak boleh buat.
Tidak syak lagi langkah2 kejantanan Najib  adalah bayangan strateji yang dirancang oleh bilik perang Najib. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib seorang yang lembik dan tidak tegas. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib kurang bersemangat Melayu. Ajib Gor mesti diselamatkan. Yakni, Najib mesti dikekalkan sebagai presiden Umno dengan cara apa pun. Jika tidak, masa depan pendukung utama bilik perang Najib seperti JJ dan Alies Nor akan muram dan gelap. Bukan itu sahaja, masa depan semua yang bergantung kepada Najib akan muram. Oleh yang demikian, Najib mesti di gambarkan sebagai Melayu lebih dari Melayu lain dan kerajaan Najib melalui macai Najib seperti Zahid Hamidi mesti kelihatan sebagai kerajaan yang tegas dan yang bukan main main.
Langkah pertama ialah menyalahkan orang Cina kerana prestasi Umno yang tidak baik. Memang benar, Umno menambah kerusi parlimen nya, tapi gagal meningkatkan sokongan orang Melayu kepada parti tersebut. Umno berjaya mendapat 88 kerusi. Tapi kerusi itu semua kecil2 belaka hasil dari persempadanan yang menguntungkan Umno.  Dalam PRU13 ini, Umno mendapat sekitar 3.0 juta undi dari orang Melayu. 3 juta untuk 88 kerusi. Erti dalam satu kerusi, jumlah pengundi Melayu secara purata hanya 34,000 orang. PKR dan PAS antara mereka mendapat 3.88 juta undi Melayu. Mereka mendapat 51 kerusi. Bererti dalam suatu kawasan, jumlah pengundi Melayu untuk gabungan PAS dan PKR secara purata ialah 76 ribu orang Melayu.
Umno menambah banyak kerusi kerana kawasan mereka kecil. PAS dan PKR mendapat sokongan yang lebih besar daripada orang Melayu berbanding Umno. Apa jadi? Ahli Umno sahaja jumlah mereka 3.2 juta. Adakah Umno hanya mendapat undi dari ahli mereka sahaja? Jika ya — maka Umno mewakili ahli nya sahaja dan bukan rakyat Melayu. Orang Umno mesti membaca menembusi kelentong Najib. Najib mesti disalahkan kerana pencapaian terburuk Umno. Sebab dia janji semua dibawah langit. BR1M pertama RM2 billion. BR1M kedua dia belanja RM3.5 billion.
Dalam masa 2 tahun Najib memBR1Mkan rakyat dengan RM5.5billion. berapa ramai penerima BR1M? tahun pertama operasi, seramai 4 juta orang. Tambahan RM1.5billion pada tahun ke2 BR1M beroperasi, bererti pertambahan seramai 3 juta penerima BR1M baru. Jumlah penerima BR1M selama 2 tahun beroperasi ialah 7 juta orang. Najib rasuah 7juta orang, tapi hanya dapat 3 juta undi orang Melayu? Sedangkan kita tahu 95 peratus penerima BR1M ialah orang Melayu yakni sekitar 6.65 juta. Makna nya, walaupun dirasuah sebanyak RM500 seorang, Najib tidak berjaya mendapat sokongan orang Melayu.
Itu dari sudt BR1M. jika Umno hanya dapat 3.0 juta undi Melayu, berapa ramai orang Melayu yang tidak mengundi Umno dan berapa ramai yang mengundi PR. Antara PKR dan PAS mereka mendapat 3.88 juta undi. Jika 80 peratus pengundi mereka ialah orang Melayu, PAS dan PKR mendapat 3.1 juta pengundi Melayu. Ini berti gabungan PKR dan PAS mendapat seramai atau lebih pengundi Melayu seperti Umno. DAP mendapat 1.74 juta undi. Katalah dari angka tersebut, 10 peratus atau 170,000 pengundi adalah orang Melayu. Ertinya, PR secara keseluruhan mendapat 3.28 juta pengundi Melayu.
Keputusan nya: Umno=3.0 juta pengundi Melayu; PR= 3.28 juta pengundi Melayu.
Walaupun belanja berbilion, walaupun berpropaganda siang dan malam, walaupun berjuta placards I love PM diedarkan, Najib gagal. Jadi berhentilah Najib dari memekik dan memekak 1Malaysia dan Transformasi Malaysia.
Berhentilah dari berlakun kerana PRU13 sudah tamat dan Najib gagal.
— sakmongkol.blogspot.com 
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.


MAFSC GOLF MONTHLY MEDAL -MAY 23

Nilai Golf spring and country Club was selected to be the venue for the 5th monthly medal. The flight list was released on 21 May 13 and the Tee Off as early as at 0800hr. Flight 1G to be tee off at 0911 but we managed to jumped the ques due to late arrival of other flight players. Flt 1G players headed by DS 17, Maj Rajid Brunei, Maj Iskandar and Maj Zulkifli. During this game I managed to secure 2 Pars, 5 bogeys and 8 double bogeys and the rest 3 holes with double pars or more. During the games I came to know them more. Wassalam, rest for Magrib prayer 1721 at Surau Luqman Al Hakim

MCSC 42/2013 -FOOTBALL TOURNAMENT

Jitra A and Jitra B lost all the games with 1-0, 4-1, 6-0, 6-0 to Kampar and Muar team. The games was robust and few players injured therefore, we decide to throw the white towel to avoid more injuries and plan for Futsal match in Jun. Anyway, the team captain also fails to consolidate the best players and Jitra don't have the defender and the strikers.The available and most talented players had the old injuries and could not played well. Jitra in one advantage with one hockey champion trophy and look forward at least one more games to emerge as the champion div. The next game Futsal, the team captain must select the best players to represent Jitra Tiger and Jitra Club. The team to be select in early Jun and train as early as possible especially in endurance and fitness. Good luck Jitrian.

Friday, 17 May 2013

MAY-JUN-JUL-AUG 13

PRU 13-INPUT - PROSES- OUTPUT.BN Vs PR win 133-89/popular vote 46/54.

JUN -SOUTH VISIT (SINGAPORE -ASAHAN)

JUL - COMPARATIVE STUFY VISIT WHERE? ASEAN?

AUG - RAYA, COURSE BREAK AND EXAM SEM 2

SEP SEM 3- SINGLE AND JOINT WARFARE

OCT-EXERCISE , COMPA

NOV- VISIT, DALAUT, HADR, MOOTW

DEC- ADMIN, GRADUATION, RETREAT/PLAN 2014






SISTEM SARAAN TRANSFORMASI

Taklimat SST pada 16 Mei 13 di MTAT - Dewan Hikmat. Kebanyakan perkataan dimasukkan dengan perkataan tranformasi, slogan 1 Malaysia. Begitu juga gaji baru di namakan SST (Sistem Saraan Transformasi). Semakan ini adalah selepas SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam) yang ditarik balik disaat akhir setelah banyak wang hangus akibat daripada taklimat yang disampaikan tetapi tidak kesampaian. Daripada taklimat yang disampaikan rumusan dibuat seperti berikut:
Gaji anggota peringkat bawah mesti sekurang-kurangnya SPM atau setaraf dan hingga ke peringkat diploma layak mendapat kenaikan melebihi anggota yang tidak ada SPM atau bawah daripada SPM. Bagi pegawai ianya mesti mempunyai Ijazah dan kenaikan diberikan pada awal Jan 13. Pada bulan Jul 13 akan diberikan satu kenaikan gaji dan seterusnya kenaikan pada Jan 14 dan disusuli Jan 15. Kajian semula akan dilaksanakan pada tahun 2016.
        Dulu elaun Kadet 375/400/450 tahun 1980-1982. Gaji Lt M hanya RM 700.00 dan sekarang setelah hampir 33 tahun meningkat 7xxx.84. Dicampur dengan Elaun Keraian RM 550, Insentif ATM RM 200.00 dan COLA RM 150.00. keseluruhan meningkat ke RM8xxx.84 setiap bulan dan gaji maksima
RM 8671.9 5 dan jika ditambah elaun lain RM 9571.95 tahun 2018. Pencen kot? Kalau jadi kenyataan pencen 60% dapatlah RM 5203.17 . Syukuran Jaziran. Wasalam. Barang naik, darah naik, sakit datang??? semua perlu sabar dan berhemah. Banyak sedekah dan amal jariah. Zakat pendapatan wajib dibayar ikut kadar ditetapkan. Wassalam

SYDN 2-SEMESTER 2

13 MAY 13 - New synd rotation for DS and CP remain in their synd and Div. The first day as usual DS request and directing Synd leader to prep the necessary document and information for better understanding and good communication. At the same time DS also to complete Semester 1 CP report and to submit before 16 May 13. In synd 2, all male (11 CP) with  3 OCP (Oman, Sudan and Bangladesh). New CP are Azahari, Syril, Zahirin, Arjunadi, Charles, Azhan, Fairul, Rafidee, Syafieq, Maafadel and Abdullah. As usual the synd DS disposal with Al Fatihah, motivation, Daily/weekly/monthly programme, morning prayer information and reminders on assignment and problems.
               15 May 13, call synd 4 on personal data clarification and early info on CP achievement, performance and overall result. I am taking opportunity to thanks them on their cooperation and support during 1st term. Thank you to CP Shaifudin (lC), Afza, hadey, Liza, jamal, Johari, Azam, Azhar, Gilbert (Lebanon), Van (Vietnam) and Sam (India).This semester (every Monday 1400-1600), I am the Coordinator/SME on subject DRM 3102 Media and Information Management (MIM) under the Lecturer Lt Kol Sazali bin Sukardi (retired). He retired  from Army on 2009 and work with Cyber Security of Malaysia as Vice President. Semester 2 to be more challenging and extra work such as long lectures, exercise and supervising CP on Compa. Life to goes on, plan to successive and don't plan to fails. Always positive, plan ahead, proactive, doa and tawwakal. InsyaAllah everything in good oreder as God willing, Wassalam.

CERAMAH BULANAN SURAU

Allhamdullillah, semalam 17 Mei 13, acara cerama bulanan bertajuk Jom Ke Masjid/Surau telah berjalan seperti dirancang. Rancangan memwar-warkan penghuni KTOJ dan warga Perumahan DTHO melalui banner, flyers dan media Screen mendapat sambutan seperti ditetapkan. Penyediaan sajian untuk 500 tetamu mencukupi dan makanan juga memuaskan. bungkusan berisi nasi minyak, ayam goreng, dalca dan acar habis diagihkan. seperti jangkaan setiap ruang dalam suaru penuh dan diluar dipasangkan sebuah screen besar bagi yang tidak dapat masuk dan juga kepada AJK yang menyiapkan keperluan logistik, sajian dan gerai jualan. Gerai kecil minyak wangi-wangian, kitab, pakaian tutup kepala dan poster menambah keceriaan majlis. Suasana mula meriah sebelum waktu magrib apabila kelihatan tetamu datang solat maghrib dan semakin bertambah selesai solat magrib. Penceramah terkenal Ustaz Haslin Bollywood memulakan kuliah dengan loghat KL, Kedah dan Urdunya semakin menceriakan suasana dan ditambah dengan perkataan berkaitan dengan ketenteraan (pangkat, cara dan perwatakan tentera dan juga rujukan Lahad Datu). Pada malam tersebut tiada ada yang tertidur kecuali bayi manakala kanak-kanak juga turut terpaku ditempat masing-masing. Diakhir majlis selepas solat Isyak, jamuan juga bertambah kelam kabut dengan menjamu juadah serta berpusu-pusu digerai jualan. Acara sebegini sememangnya memerlukan kewangan  dan juga kerjasama jemaah terutamanya memastikan peralatan, kawasan dibersihkan. Pemerhatian: 

            Dari sudut kebersihan perlu diajarkan anak-anak dan ibu-bapa membuang sisa makanan dan bekas makanan pakai buang ke dalam tong sampah.

           Manakala ada makanan yang dibazirkan atau ditinggalkan sisa ditikar, meja dan juga dikoridor surau. ada juga yang membuang sampah dikawasan taman dan jalan-jalan.

           Tenaga kerja diakhir majlis didapati tiada anak-anak muda yang secara sukarela membantu mengemas dan membasuh peralatan.

            Cadangan: Anak-anak muda perlu dlibatkan diperingkat awal perancangan dan diberi tugas seperti membersih surau, tempat sajian dll kerja berkaitan. Sumbangan kewangan juga perlu diperuntukan kepada mana-mana anak muda yang melaksanakan tugas dari awal hingga akhir.

               Diwar-warkan jemaah turut  menderma sama ada wang, makanan atau minuman.    

              

SEMESTER 2 -NDUM EDSS

May 7 to 11, CP at examination hall for final exam in term 1. They supposed to sit on exam on 27 Apr - 2 May but was postponed due to PRU 13 which planned on 5 May 13. The new semester begin from 7 may 13 to 30 Aug 13. This semester CP to have 6 subjects as follows: 1. DUS 2052: LOAC 2. DIS 0112: MDO 3. DRM 3102 : MIM, DIS 0143 : MCL DIS 0113 : MTP AND DIS 3143 : MPARS. on Non-Academic activities the college will continue happy hours, inter Div football competition, tahlil, social night and programme as shedule in 2013 yearly programme. Two main issued and lesson learned such as FB posting and Happy hours. DS also to prep semester 1 report and attend listed seminar.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive