Friday, 17 May 2013

CERAMAH BULANAN SURAU

Allhamdullillah, semalam 17 Mei 13, acara cerama bulanan bertajuk Jom Ke Masjid/Surau telah berjalan seperti dirancang. Rancangan memwar-warkan penghuni KTOJ dan warga Perumahan DTHO melalui banner, flyers dan media Screen mendapat sambutan seperti ditetapkan. Penyediaan sajian untuk 500 tetamu mencukupi dan makanan juga memuaskan. bungkusan berisi nasi minyak, ayam goreng, dalca dan acar habis diagihkan. seperti jangkaan setiap ruang dalam suaru penuh dan diluar dipasangkan sebuah screen besar bagi yang tidak dapat masuk dan juga kepada AJK yang menyiapkan keperluan logistik, sajian dan gerai jualan. Gerai kecil minyak wangi-wangian, kitab, pakaian tutup kepala dan poster menambah keceriaan majlis. Suasana mula meriah sebelum waktu magrib apabila kelihatan tetamu datang solat maghrib dan semakin bertambah selesai solat magrib. Penceramah terkenal Ustaz Haslin Bollywood memulakan kuliah dengan loghat KL, Kedah dan Urdunya semakin menceriakan suasana dan ditambah dengan perkataan berkaitan dengan ketenteraan (pangkat, cara dan perwatakan tentera dan juga rujukan Lahad Datu). Pada malam tersebut tiada ada yang tertidur kecuali bayi manakala kanak-kanak juga turut terpaku ditempat masing-masing. Diakhir majlis selepas solat Isyak, jamuan juga bertambah kelam kabut dengan menjamu juadah serta berpusu-pusu digerai jualan. Acara sebegini sememangnya memerlukan kewangan  dan juga kerjasama jemaah terutamanya memastikan peralatan, kawasan dibersihkan. Pemerhatian: 

            Dari sudut kebersihan perlu diajarkan anak-anak dan ibu-bapa membuang sisa makanan dan bekas makanan pakai buang ke dalam tong sampah.

           Manakala ada makanan yang dibazirkan atau ditinggalkan sisa ditikar, meja dan juga dikoridor surau. ada juga yang membuang sampah dikawasan taman dan jalan-jalan.

           Tenaga kerja diakhir majlis didapati tiada anak-anak muda yang secara sukarela membantu mengemas dan membasuh peralatan.

            Cadangan: Anak-anak muda perlu dlibatkan diperingkat awal perancangan dan diberi tugas seperti membersih surau, tempat sajian dll kerja berkaitan. Sumbangan kewangan juga perlu diperuntukan kepada mana-mana anak muda yang melaksanakan tugas dari awal hingga akhir.

               Diwar-warkan jemaah turut  menderma sama ada wang, makanan atau minuman.    

              

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive