Operasi Selamatkan Ajibgor — Mohd Ariff Sabri
MAY 26, 2013
26
MEI — Tindakan yang diambil oleh kerajaan Najib bertujuan menyelamatkan
dirinya. Ini termasuklah (1) Mencari gaduh dengan bangsa lain terutama
nya dengan bangsa Cina, (2) menakutkan tokoh pembangkang dengan penangkapan dan
menggunakan polis — semua ini mesti dilihat dalam konteks menyelamatkan Najib
yang lembik dan tidak tegas.Tidak
ada perkara baru yang dikatakan oleh Zahid Hamidi bila dia kata polis akan
bertindak bebas dari gangguan ahli politik. Sepatutnya itulah cara nya sejak
dahulu lagi. Biarkan penjawat awam melakukan kerja mereka. Zahid cakap macamlah
kita budak2 bodoh. Kalau Zahid cakap kepada budak kecik dan orang buta huruf,
tak mengapalah. Zahid lupa bahawa tahap pemikiran kita pun sama seperti tahap
pemikiran Zahid yang ada PhD itu.Semua
penangkapan orang politik mesti mendapat perakuan dari menteri dalam negeri.
Kedua, Zahid tidak sebut bahawa polis hanya boleh bertindak mengikut peruntukan
undang undang. Polis pun tak boleh buat ikut suka hati. Ini bukan dunia ke3
dimana polis guna kayu cotar membelasah rakyat sendiri. Dalam negara ini, kita
bertindak mengukut peruntukan undang2. Tidak perlu Zahid berceramah dan
bersyarah kepada kita, apa polis boleh dan tidak boleh buat.
Tidak
syak lagi langkah2 kejantanan Najib adalah bayangan strateji yang
dirancang oleh bilik perang Najib. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan
Najib seorang yang lembik dan tidak tegas. Imej Najib mesti diselamatkan dari
tanggapan Najib kurang bersemangat Melayu. Ajib Gor mesti diselamatkan. Yakni,
Najib mesti dikekalkan sebagai presiden Umno dengan cara apa pun. Jika tidak,
masa depan pendukung utama bilik perang Najib seperti JJ dan Alies Nor akan
muram dan gelap. Bukan itu sahaja, masa depan semua yang bergantung kepada
Najib akan muram. Oleh
yang demikian, Najib mesti di gambarkan sebagai Melayu lebih dari Melayu lain
dan kerajaan Najib melalui macai Najib seperti Zahid Hamidi mesti kelihatan
sebagai kerajaan yang tegas dan yang bukan main main.
Langkah
pertama ialah menyalahkan orang Cina kerana prestasi Umno yang tidak baik.
Memang benar, Umno menambah kerusi parlimen nya, tapi gagal meningkatkan
sokongan orang Melayu kepada parti tersebut. Umno berjaya mendapat 88 kerusi.
Tapi kerusi itu semua kecil2 belaka hasil dari persempadanan yang menguntungkan
Umno. Dalam PRU13 ini, Umno mendapat sekitar 3.0 juta undi dari orang
Melayu. 3 juta untuk 88 kerusi. Erti dalam satu kerusi, jumlah pengundi Melayu
secara purata hanya 34,000 orang. PKR
dan PAS antara mereka mendapat 3.88 juta undi Melayu. Mereka mendapat 51 kerusi.
Bererti dalam suatu kawasan, jumlah pengundi Melayu untuk gabungan PAS dan PKR
secara purata ialah 76 ribu orang Melayu.
Umno
menambah banyak kerusi kerana kawasan mereka kecil. PAS dan PKR mendapat
sokongan yang lebih besar daripada orang Melayu berbanding Umno. Apa
jadi? Ahli Umno sahaja jumlah mereka 3.2 juta. Adakah Umno hanya mendapat undi
dari ahli mereka sahaja? Jika ya — maka Umno mewakili ahli nya sahaja dan bukan
rakyat Melayu. Orang
Umno mesti membaca menembusi kelentong Najib. Najib mesti disalahkan kerana
pencapaian terburuk Umno. Sebab dia janji semua dibawah langit. BR1M pertama
RM2 billion. BR1M kedua dia belanja RM3.5 billion.
Dalam
masa 2 tahun Najib memBR1Mkan rakyat dengan RM5.5billion. berapa ramai penerima
BR1M? tahun pertama operasi, seramai 4 juta orang. Tambahan RM1.5billion pada
tahun ke2 BR1M beroperasi, bererti pertambahan seramai 3 juta penerima BR1M
baru. Jumlah penerima BR1M selama 2 tahun beroperasi ialah 7 juta orang. Najib
rasuah 7juta orang, tapi hanya dapat 3 juta undi orang Melayu? Sedangkan kita
tahu 95 peratus penerima BR1M ialah orang Melayu yakni sekitar 6.65 juta. Makna
nya, walaupun dirasuah sebanyak RM500 seorang, Najib tidak berjaya mendapat
sokongan orang Melayu.
Itu
dari sudt BR1M. jika Umno hanya dapat 3.0 juta undi Melayu, berapa ramai orang
Melayu yang tidak mengundi Umno dan berapa ramai yang mengundi PR. Antara PKR
dan PAS mereka mendapat 3.88 juta undi. Jika 80 peratus pengundi mereka ialah
orang Melayu, PAS dan PKR mendapat 3.1 juta pengundi Melayu. Ini berti gabungan
PKR dan PAS mendapat seramai atau lebih pengundi Melayu seperti Umno. DAP
mendapat 1.74 juta undi. Katalah dari angka tersebut, 10 peratus atau 170,000
pengundi adalah orang Melayu. Ertinya, PR secara keseluruhan mendapat 3.28 juta
pengundi Melayu.
Keputusan
nya: Umno=3.0 juta pengundi Melayu; PR= 3.28 juta pengundi Melayu.
Walaupun
belanja berbilion, walaupun berpropaganda siang dan malam, walaupun berjuta
placards I love PM diedarkan, Najib gagal. Jadi berhentilah Najib dari memekik
dan memekak 1Malaysia dan Transformasi Malaysia.
Berhentilah
dari berlakun kerana PRU13 sudah tamat dan Najib gagal.
—
sakmongkol.blogspot.com
* Ini
adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The
Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment