Thursday, 22 August 2013

SATU ANALISIS POLITIKUS DALAM POLITIK SEMASA

Dari posting asal Aspanalias.
Ramai pemimpin, penulis, penganalisa politik dan pelbagai lagi pertubuhan sehari dua ini bercakap mengenai kegagalan Najib dalam 100 hari pertama sejak memenangi pilihan raya lalu. PAS menyebut isu harga barangan yang melambung naik, tahap keselamatan membimbangkan dan hutang negara yang kini sudah mencapai tahap 68 peratus daripada KDNK negara, jika diambil kira hutang tanggungan ‘off-budget agencies’ negara.
Memang benar. Jika dipandang dari satu sudut negara kita daripada segi teknikalnya adalah sebuah negara yang di ambang kebankrapan. Sama ada ada pihak yang membenci pandangan ini, tidaklah menjadi hal kepada saya dan sesiapa yang sama seperti saya. Setelah memenangi pilihan raya sekali lagi pada 5 Mei lalu, Najib diintai segala perkembangan yang berlaku dalam 100 hari pertama pentadbiran beliau selepas mendapat mandat baru, walaupun dengan mandat lebih kecil.
Bagi saya adalah tidak adil untuk mengadili Najib hanya dalam 100 hari sahaja. Mana mungkin Najib boleh membuat dan menunjukkan prestasi dalam 100 hari. Najib diberikan beberapa tahun untuk menunjukkan kecekapannya mentadbir negara, tetapi tidak ada apa yang boleh dibanggakan selain berbelanja wang rakyat dengan begitu ‘lavish’ sekali.
Bagi pandangan saya jika di berikan masa 100 bulan atau 100 tahun sekali pun, keadaan negara kita akan bertambah buruk. Ia bukan kerana negara kita miskin atau negara kita sebuah negara yang buruk. Ia disebabkan pimpinan negara yang buruk dan kelakuan dan sikap kerajaan yang buruk serta kerana sikap ahli Umno yang selalu memberikan sokonagn kepada manusia bersikap buruk untuk menjadikan negara kita sebuah negara buruk.
Apabila semua ahli Umno selama ini memilih pimpinan yang mempunyai niat dan matlamat buruk maka buruklah hasilnya. Tetapi kebanyakan antara ahli dan pimpinan Umno tidak tahu mana satu baik dan mana yang buruk. Pimpinan Umno hari ini bukannya tidak mahu berbuat baik. Mereka kepingin sangat untuk melakukan kebaikan untuk rakyat. Masalah yang mereka hadapi, mereka tidak tahu mana buruk, mana baik.
Kenapa perkara seperti ini berlaku? Jawapannya ialah kerana kebanyakan pemimpin yang naik tangga kepimpinan itu naik melalui jalan buruk dan kotor. Kebanyakan pemimpin menaiki tangga kepimpinan Umno tergolong daripada mereka yang menumpukan tenaga dan pemikiran untuk menjadi ‘social climbers’ semata-mata, bukan untuk menawarkan tenaga dan usaha mereka untuk memimpin negara dan rakyat ke arah kemajuan.
Apabila parti sarat dengan ‘social climbers’, parti itu akan dipenuhi dengan mereka yang melakukan cara apa sekali pun untuk menjadi pemimpin, waima melalui pembayaran undi dan pembelian perasaan yang memilih. Itu sebabnya kita melihat dalam Umno terlihat pemimpin yang menawarkan diri kebanyakannya mereka yang tidak berkeyakinan untuk menang tanpa membeli undi. Maka terbentuklah budaya perwakilan atau ‘warlords’ dalam Umno yang diyakini boleh membawa undi menjadi perwakilan ‘premium’ dan mendapat jumlah wang banyak. Kesempatan dalam pemilihan ini diperguna perwakilan untuk mencari punca ‘rezeki’ melalui pemimpin bercita-cita tinggi tetapi tidak mempunyai kepimpinan.
Budaya ini adalah salah satu penyebab kenapa 100 hari pertama Najib selepas pilihan raya tidak berlaku apa-apa yang beliau janjikan kepada rakyat. Najib, pertamanya sudah tidak mampu untuk berfikir dengan tenang lagi kerana kedudukannya dalam Umno sebagai Presiden pun bukannya stabil sangat. Najib sedar yang di belakang beliau sudah ada gerakan untuk menjatuhkan beliau.
Ada pemimpin besar sama ada yang bersara dan belum bersara sedang berkempen dalam perjumpaan tertutup untuk mempengaruhi kedudukan Najib. Dalam pada itu ada desas desus mengatakan Najib mengambil langkah untuk menyambung nyawa politiknya dengan berunding dengan musuh dan seteru nombor satu beliau, Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan perpaduan. Anwar pun sama, tidak berbunyi pun suaranya akhir-akhir ini dan tidak seperti sebelum pilihan raya lalu.
Jika perkara yang dispekulasikan ini benar, belum tahu lagi siapa yang mengelentung dan siapa yang kena kelentung. Anwar dikatakan akan menjadi Timbalan Perdana Menteri satu dan yang Timbalan sekarang akan menjadi Timbalan kedua. Entahkan benar atau tidak berita ini tidak pula saya dapat pastikan. Itu sebabnya sama ada seseorang itu pemimpin besar BN atau Pakatan, mereka sama sahaja. Apabila mendapat peluang mereka akan lakukan dan mereka yang berpecah-pecah di bawah ini adalah cerita remeh bagi mereka.
Umno sekarang ditambah pula dengan didikan baru oleh Dr Mahathir seperti yang saya sebut dalam posting lalu. Umno itu benar parti yang tidak baik pada pandangan Dr Mahathir kerana rasuah dan salah laku pimpinan yang nyata. Tetapi orang Melayu mesti juga menyokong Umno. Orang Melayu khususnya ahli Umno sangat keliru sekarang ini.
Satu pihak ada agama yang dibawa oleh Nabi Mohamad supaya memerangi rasuah dan salah laku kepimpinan. Di sebelah sini pula ada pemimpin seperti Dr Mahathir menyeru ahli Umno jangan kisah dengan rasuah asalkan Umno itu kekal berkuasa untuk menjamin keselamatan rakyat dan orang Melayu. Kalau mengikut seruan Dr Mahathir orang Melayu walau ditindas oleh Umno, mereka (orang Melayu) mesti sokong Umno. Parti itu sahaja yang boleh menjamin masa depan mereka, kata Mahathir.
Justeru orang Melayu sengaja dikelirukan oleh pimpinan supaya tidak berdaya memilih dengan betul untuk kepentingan mereka yang berkuasa dan hampir dengan kuasa. Tidak ada sesiapa lagi yang mampu berbuat apa-apa untuk menghidupkan kembali maruah orang Melayu.
Nabi Muhammad kata buat begini, Mahathir Mohamad pula kata buat begitu. Rakyat keliru dan terus dikelirukan. Pemutusnya buatlah apa yang masing-masing suka, tepuk dada tanyalah selera.
Pilihlah satu antara dua ajaran dan seruan yang ada di hadapan mereka. Mereka boleh memilih Nabi Muhamad (saw) atau Mahathir Mohamad (Tun). Saya seorang yang jahil segala-galanya tetapi saya memilih untuk berusaha mengikut seruan Muhamad (saw).
Seorang yang beragama dan bertuhan akan akur bahawa tiada pilihan selain dari memilih seruan dan anjuran Muhamad (saw). – aspanaliasnet.blogspot.com
- themalaysianinsider.com


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=81922:pilih-antara-seruan-nabi-muhamad-saw-atau-mahathir-mohamad-tun&Itemid=2#ixzz2chtfa37P
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Saturday, 17 August 2013

SAMBUTAN HARI RAYA -RUMAH TERBUKA DAN JUGA KONSEP SAMBUTAN

Pandangan dan Persepsi aje.... Saban tahun bila menjelang Syawal, ramai akan mengadakan ruma terbuka meraikan tetamu, ada yang berkonsepkan santai di rumah, di dewan, di Hotel dan malahan ditaman-taman. Ada hanya untuk sanak saudara untuk berkumpul, jemputan jiran, rakan sepejabat, kenalan dan juga kelab. Tradisi meziarahi ke rumah-rumah semakin berkurangan disebabkan pelbagai faktor. Kalau dikampung kebiasaannya mengunjungi yang lebih tua didahulukan kemudian rumah sepupu, jiran tentangga. Waktu itu semuanya adalah saudara mara dan sekarang dikampung sudah bercampur dimana jiran juga bukan saudara mara lagi. Ini disebabkan tanah yang dipusakai turut dimiliki oleh orang luar. Pelbagai sebab termasuklah desakan ekonomi, perpecahan antara keluarga, tanah semakin kecil dan juga pewaris yang menerima bahagian telah berhijrah atau menetap diluar daerah. Lebih malang lagi ada yang tidak mau menjual tanah pusaka yang diwarisi kepada kaum kerabat kerana masalah kecil hati, berpatah arang atau inginkan keuntungan berlebihan. Ada juga yang ada wang tidak mahu berbalah kerana takut masalah ini bertambah membesarkan luka tanpa parut sesama keluarga. Dalam masa ini ada juga tanah dijual kepada broker tanah untuk dijadikan taman perumahan dan mendapat keuntungan lebih besar dan boleh membeli tanah dikawasan berjauhan dengan lebih murah.
      Sekarang suasana berhari raya dikampung semakin tidak meriah apabila ramai keluarga telah mula menglangkaui sempadan dan semakin ramai memilih tempat tinggal berdasarkan keinginan masing-masing. Yang berwang dan berstatus membeli banglo dikawasan eklusif, yang mendapat ruang meneroka tanah berstatus TOL dan mendapat anugerah tanah juga tidak terkecuali. Yang bekerja dan berpencen juga mula menetap ditaman-taman ataupun kalau balik kampung bina rumah sebagai persinggahan dimusin perayaan atau cuti dan diwaktu biasa sebagai homestay atau rumah sewaan. Ini menyebabkan ada yang balik kampung disebabkan ada ibubapa lagi, abang Long, Kak Long dan mana yang boleh menumpang keluarga semasa balik kampung. Ramai yang balik, hanya sehari dua atau pada hari raya sahaja jika berdekatan atau berjauhan. Ada yang ada wang dan hendak keselesaan ramai menyewa hotel, homestay untuk menyambut hariraya dikampung. Keluarga yang balik pun tidak sepenuhnya ada yang balik berdua, berempat kerana anak-anak juga bekerja dihari raya ataupun balik kerumah sebelah keluarga suami atau isteri. Trend ini akan semakin melebar di masa akan datang kerana ramai kumpulan atasan dan pertengahan mula membina keluarga nuklues/kelompok masing-masing dan ibu bapa sudah tiada dan rumah kak keluarga terdekat juga tidak mampu menampung keluarga bertandang lama. Mereka juga berhari raya dirumah anak-anak diluar daerah. Mungkin dimasa akan datang 2030 ramai menyambut hari raya di kawasan percutian, yang berduit ke Mekah, atau bercuti diluar negara dan tiada lagi tradisi yang akan diwarisi. Perubahan ini akan berlaku jika tidak diambil endah/pusing/tahu ole ibubapa generasi sekarang.
       Rumah terbuka juga menjadi trend sekarang hanya yang dijemput sahaja datang, kalau tidak dijemput ramai tidak datang keran semua tahu bajet jamuan disediakan bagi jumlah yang dijemput. tambahan pula semuanya menganggap rumah terbuka seperti kenduri yang hanya khas buat jemputan. Jiran sebelah  ruma kadangkala jika tidak dimaklum atau ajak-ajak ayam, pasti senyap di dalam rumah atau buat program bertandang keluar. Ada yang membuat persepsi ruma terbuka hanya yang berkenaan sahaja. Jika dilihat rumah terbuka VIP dibuat pada hari raya pertama dimana ramai tidak berkesempatan datang disebabkan balik kampung, beraya bersama keluarga, jadi penuhlah rumah VIP dengan kumpalan rakan kenalan yang tidak dapat balik kampung disebabkan bos buat open house hari raya atau kaki bodek/berkepentingan sanggup batal program hari raya pertama bersama keluarga terdekat. Konsep bermaaf-maafan sesama muslim dipagi raya atau selepas raya tidak dapat dilaksanakan kerana yang datang rakan kenalan yang tidak berpuasa. Apa salahnya jika ada kemampuan dan berpakat mengadakan jamuan dimasjid/surau selepas 3 hariraya atau sebaiknya selepas puasa hari 6 syawal, agar ramai boleh hadir dan bermaaf-maafan sebagai tuntutan sebenarnya. Jamuan besar-besaran dengan mengumpulkan jemaah mengunakan khidmat sajian halal dari mula dari baan mentah setahun sekali semakin mengeratkan talisilaturaim dn ekonomi islam. Konsep ini mungkin sukar tetapi jika yang ada kuasa boleh memulakanya kerana kuasa wang terutamanya duit kerajaan boleh memilih lokasi yang terbaik dan hari terbaik untuk semua umat termasuk bukan islam. Wasalam -part 1

Wednesday, 14 August 2013

BIRTHDAY BOY oGOS

          12 dan 21 Ogos hari lahir Has dan Sai, dah masuk 17 thn dan 23 thn. Semalam majlis diadakan di rumah jam 1000 mlm dihadiri abang dan adik ipar sekeluarga. Kek SR real Choc RM !@!.&) menjadi hidangan utama. Anak buah diberikan wang raya%seorang dan Sai beri duit raya kepada sepupu dan juga kepada Mak sdra. Menu disediakan nasi tomata, ayam masak merah dan dalca, laksa utara, ketupat palas diberi ibu dan kueh raya. Air oren, botol dan buah tembikai kuning. Malam tu Angah, sharul dan Putri (anak Sol) turut diraikan sebab birthday jatu pada bulan Ogos.
         sebelum itu, pada tengahari kak Sham dan anak serta cucu datang berhari raya. Petang jam 1600 LT K Sani, yati dan 2 anak dari Sgmat turut hadir. Semalam juga buat marketing untuk keperluan seminggu dan barang di PT juga menunjukan peningkatan. Nampak sikit tapi harganya mencecah RM @!%.00. Bulan 10 2 lagi Eme dan Kak Long 10/10 dan18/10, bulan 12 pulak 6/12/14/12/23/12/26/12/dan 29/12. Bulan 2 hanya 16/2 illa.

Tuesday, 13 August 2013

SAMSUNG ganti HITACHI

       Tahun 2013, peti ais 2 pintu dibeli di PN Swrk KESUMA semasa bertugas di sana. Masa itu tidak bawa peti ais 1 pintu dibeli tahun 1985 selepas kahwin dari PN juga Tunai. Kedua-duanya dah rosak satu dah berjasa hampir 16 tahun jenama National dan sebelum 27 Ramadhan Samsung dah  jadi samseng dan rosak mottor pulak. Diambil oleh Tukang Repair dan disemak rosak motor dan kalau diganti harganya RM 500.00. Jadi keputusan lepas Raya baru nak fikir ganti atau repair. Balik raya 13 ogos dibuat keputusan diganti baru kerana dah 10 tahun berjasa dah tu pindah Kch, Changlun, KL, Penang dan balik KL kalau repair banyak perlu diganti dan risiko (TEB). Last night window shopping kat JJ keramat dan akhirnya beli Kat kedai U&Me Elect SW depan AliMaju. Kosnya RM!&%).00 dari harga asal RM@$((.00. Jenama Hitachi dan depanya Glass warna hitam, jadi kat dapur sambil buka peti ais boleh pandang muka. Produk Model R-ZG490EM GBK No serial 2130600114 SMNo 01053233. Ongkosnya kena keluar ASB sebab duit tak masuk dalam Bajet 2013 dah tu baki Gaji cukup untuk sehingga akhir bulan. Ini tak dijangka, kenalah keluar Saving dan malangnya hampir 1 jam menunggu untuk keluar di PNBHQ----J TAR.Jumlah tak jangka ini termasuk repair aircond WMJ $(@@ = RM #$# + !&%)_ @)+++. ZZZZZZ. Doa-Doa murah rezeki dan Harap masuk tahun ini lebih sikit Insyaallah. Wasalam.

Monday, 12 August 2013

MOHON DOA MUDAH DAN DI PERMUDAHKAN

       Walaupun pendek doa ini boleh digunakan diakhir doa-doa selepas solat atau apap jua permohonanan kepada Allah subhanahuwataala. InsyaAllah dengan niat dan pekerjaan yang baik yang endak dilakukan akan mendapat kejayaan. Kita juga hendak dimakbul sebagaimana dikehendaki  tetapi jika diberi mudah menjadi ianya satu kesyukuran dan nikmat dan sentiasa reda. Manusia hanya boleh merancang dan Allah juga yang menentukan mengikut Qada dan Qadarnya. Dengan Doa memohon pekerjaaan untuk dipermudahkan InyaAllah ianya akan termakbul hendakNya.
      Rancangan balik kampung dirancang selepas solat Subuh sehari sebelum berhari raya, ini bagi memastikan solat tarawih dilengkapkan satu bulan. Seawal jam 0630 di rancang tetapi anya jam 1000 pagi dapat meneruskan perjalanan. Sewaktu bergerak penyaman udara terasa sesak nafas dan kurang sejuk, lantas singgah di Kedai Servis Proton. setelah dibuat pemeriksaan singkat didapati motor kipas tidak berkerja dan perlu diganti begitu juga gas aircond berkurangan. setelah menunggu hampir 2 jam barulah kami dapat meneruskan perjalanan dan melepasi Tol JD jam 1230 tengahari. Dek menunggu lama dan panas mentari aku mengantuk dan terpaksa berhenti di R&R Bertam dan minta isteri mengambil alih sehingga ke R&R SP. Aku meneruskan perjalanan dan kami solat Asar dan Jamak di R&R S/Red Hill.  Keadaan jalan raya tidak sibuk kerana ramai telah balik awal sebab cti sekolah jatuh pada 25 Puasa dan hari Isnin dimaklumkan hampir 2 juta kenderaan telah bergerak keluar daripada KL. Kami tiba di SP/Desert jalan sesak dan berbaris panjang kerana kemalangan Alphard melanggar divider dan kami tiba jam 1830. Hari pertama berbuka dengan ibu dengan berlaukan tomyam,ayam percik dan murtabak. Malamnya kami mebersihkan rumah untuk menginap 4 malam 3 hari. Jam 830 kami bersoalt Hari Raya di Bt 9 KSS dan melawat kubur Ayah dan tok. kami meneruskan perjalanan ke KSS mengziarahi Wa Ismail/Leha, rumah A. Lee, Teh M dan Mak Su/Chu. Jumpa sepupu yang balik daripada KL. Sempat juga mengambil buah cempedak hasil tanaman arwah ditepi parit dimana satu dulu kami dibesarkan. Rumah semakin uzur dan kawasan semak samun. Aku masih belum merancang bila nak balik mengusahakan sesuatu di atas lot yang dibahagikan kepada kami adik beradik.Sekembalinya kami singga dirumah adik di Desa K dan balik ke Lrg surau T. Petang Pak Su Lee sekeluarga, Pak Cik Kee, Pak Ngah sebelah Tok Left, adik dan anak serta cucunya datang berhari raya dan dijamu dengan laksa utara. malam dilabu dan lampu dipadam jam 0100 pagi. Infak RM !^))
              Esok Raya k@ aku berpuasa sebab hari pertama perut kekenyangan dan bangun jam )$)) bersahur/T/Tsbh/T/H jam 0600 solat subuh. Jam 1100 bangun ke Tesco membeli belah keperluan bagi melayan tetamu /Bison dari Paris Berseri. Spagetti dan juga bahan keperluan mencecah RM @@%. Petang Solat Jumaat di M.T dengan Eme dan Has, Khutbah dengan mengingati JemaAH meneruskan Madrasah Ramadhan sehinggga bila-bila menyentuh judi, pembaziran dan juga infak/sedekah kepada anak-anak yatim, ibu tunggal. Jam !^^ Cik Gu Rahman dan keluarga sampai dijemput Has di Petronas T. Malamnya pula adik,datang dan sajian spagetti dihidangkan. Malam dilabuhkan tirai jam )!)). Esoknya puasa ke dua dan banyak berehat dan badan keletihan, tidak kemana  akhirnya jam 1230 kami sampai di Big Field dan habis RM^). Kami singgah di Berseri sehingga jam !&#) balik ke Sedaka untuk berbuka puasa. Keletihan isteri memandu sampai ke Petronas spg Tesco Mergong. Melalui jln KK, Batas pipe- sesak di Tffc lt KKangKong dan sampai diumah Kakak jam 2015. Selepas solat Magrib dan jamak/qasar pekena nasi berlauk kerabu pucuk mengkudu, timun dan goreng cempedak. Jam 0845 meyaksikan Barcelona belasah Young Malaysian Tiger 3-1. Sampai dirumah jam @#00. Esoknya ke Ramly NK RM $^.^) jumpa Mej B Hashim semas di Kroh tahun 94. Selepas solat zohor jam 1430 ke AS kedai G Jooi ambil gambar AMK pada 23 Jan 13, RM 100.00 termasuk sekeping gambar size A4 RM !)). Ke Wed market beli serunding, asam, dan kuih karas (RM%).)) serta bakul buluh untuk kenduri anak (RM>$* x700 biji). Singgah di Mydin beli kain Palikat/batik untuk hadiah RM @^).)) + RM !)).)). Balik kami ke rumah adik makan nasi ayam Tat open hse malam kemas barang dan mengemas balik ke DPTOJ sebab Has ke seminar SPM. Awal Jam 0700 kami bergerak melalui Tol AS -jalan lancar singgah 3 kali untuk lunjur kaki tak mengantuk dan sampai Rawang kami ambil keputusan guna jalan lama ke Rawang-Selayang-Jl TAR- Semarak,  sebab jalan ke Sg Buluh Duta sesak, keputusan kami ambil tepat kami sampai jam 1230. Tol RM 100.00 + minyak RM 70.00 dan wang ke Mum RM!)).)). singgah makan nasi Briyani RM ^#>)). Ini semuanya doa mudah, banyak istifar, zikir dalam perjalanan InsyAllah selamat dan lancar dan mudah sampai ke destinasi. *_ ////????

Saturday, 10 August 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

      1434H tahun yang paling mengembirakan kerana Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya. Ini semuanya disebabkan umur semakin meningkat ke senja dan kesempatan yang ada serta ruang kerja yang lebih teratur. Kali ini tiada lagi melawat dan membeli jaudah di pasar Ramadhan, tiada makan diluar kecuali semasa3 hari 4 malam di Bangkok. Terawih penuh dan juga solat sunat mengikut program di tempat kerja dan di surau Luqman Al Hakim. Namun ganjaran dan pahala tidak dapat di hitung kerana semua ghaib dan kerja Allah. Azam tahun seterusnya akan di kekalkan dan ditambah sebaik-baiknya. Solat Jumat di Bangkok menjadi sejarah kerana waktu tersebut berada dan melawat Watt Siam dan juga pameran sejarah Thai. Namun zikir dan tasbih mengiring setiap kali mata memandang keunikan dan ketinggian seni tangan manusia. Jauh disudut hati masih tertanya-tanya adakah dosa sedangkan kami dalam musafir dan tiada kuasa menukar program yang disusunatur. pengajaranya agar tahun mendatang jika dirancang lawatan sewaktu dengan hendak dihindarkan. Suasana dan keadaan dipersekitaranya yang terdedah dengan makanan, sosial dan budaya yang amat berbeza. Suasana di tempat yang tiada tempat ibadah/surau terpaksa memakasa kami mencari ruang untuk solat. Semasa melawat di kementerian ruang tempat/bilik menunggu, bilik kecil digunakan bagi Solat Jamak dan Qasar. Berbuka puasa dengan air mineral, buah sementara menjamah makanan Tom yum digerai/restoren Muslim sejauh 20 min perjalanan. Kadangkala jika diperhalusi pinggan sudu garpu sewktunya semuanya tidak boleh diguna dan kena bawa sendiri dan jika betul-betul kenalah makan sayuran dan buah-buahan. Ayam, daging tidak disentuh semasa dihidangkan di ECo hotel hanya oat, susu, telor dan roti menjadi juadah sahur. Sewaktu berjalan dilorong beli belah gerai, stall bercampur makanan dan pakaian dan Khinzir semestinya memenuhi ruang dan asap, bau kadangkala memualkan tetapi setelah 3 hari sudah mali dan tidak sebaunya. Inilah gambaran seketika bagaimana  pula yang sebulan, stahun dan bertahun jika tiada usrah, hadir majlis ilmu akan terus bergelumang dengan syubahah dan secara tidak sedar. Namun apa yang menilai dan menghukum hanya Allah hendakNya. Wassalam

Friday, 9 August 2013

HARI RAYA 1434H

Pagi 7 Ogos 13, sempat menghabiskan surah terakhir. Selepas solat subuh, menegemas barang dan jam 1000 bergerak ke arah utara. Sampai di simpang semarak, alat pendingin udara kenderaan  kurang sejuk kami singgah di Siang Hin auto untuk pemeriksaan Didapati kipas tangki air tidak berfungsi, setelah dibuat pemeriksaan dan dikenal pasti motor kipas tangki air rosak jadi kena ganti baru, kesemua kosnya bernilai RM 334.00 termasuk upah dan radiator cap. Jadual 1000 pagi bergerak terpaksa ditunda dan perjalanan diteruskan jam 1220 daripada Semarak ke AS. Jalan di Hgwy lancar dan kami singgah di R&R Semanggol dan sampai didestinasi jam 1800.

LAST DAY IN BANGKOK

19 jUL13, 13 day fasting, we checked out 0830, depart to the Watt Siam nearby the Mindef. We visited the Old Watt and proceed to Exhibition Hall. here we witnessed the whole Thailand culture and folklore until 1400. We stop for the shopping spree at the Mega shopping complex before checked In at Sawarabumi Airport. i finished 1400 baht for Long Chain hand bag for my wife. We arrived at KLIA at 2230 and arrived home by 0100.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive