1434H tahun yang paling mengembirakan kerana Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya. Ini semuanya disebabkan umur semakin meningkat ke senja dan kesempatan yang ada serta ruang kerja yang lebih teratur. Kali ini tiada lagi melawat dan membeli jaudah di pasar Ramadhan, tiada makan diluar kecuali semasa3 hari 4 malam di Bangkok. Terawih penuh dan juga solat sunat mengikut program di tempat kerja dan di surau Luqman Al Hakim. Namun ganjaran dan pahala tidak dapat di hitung kerana semua ghaib dan kerja Allah. Azam tahun seterusnya akan di kekalkan dan ditambah sebaik-baiknya. Solat Jumat di Bangkok menjadi sejarah kerana waktu tersebut berada dan melawat Watt Siam dan juga pameran sejarah Thai. Namun zikir dan tasbih mengiring setiap kali mata memandang keunikan dan ketinggian seni tangan manusia. Jauh disudut hati masih tertanya-tanya adakah dosa sedangkan kami dalam musafir dan tiada kuasa menukar program yang disusunatur. pengajaranya agar tahun mendatang jika dirancang lawatan sewaktu dengan hendak dihindarkan. Suasana dan keadaan dipersekitaranya yang terdedah dengan makanan, sosial dan budaya yang amat berbeza. Suasana di tempat yang tiada tempat ibadah/surau terpaksa memakasa kami mencari ruang untuk solat. Semasa melawat di kementerian ruang tempat/bilik menunggu, bilik kecil digunakan bagi Solat Jamak dan Qasar. Berbuka puasa dengan air mineral, buah sementara menjamah makanan Tom yum digerai/restoren Muslim sejauh 20 min perjalanan. Kadangkala jika diperhalusi pinggan sudu garpu sewktunya semuanya tidak boleh diguna dan kena bawa sendiri dan jika betul-betul kenalah makan sayuran dan buah-buahan. Ayam, daging tidak disentuh semasa dihidangkan di ECo hotel hanya oat, susu, telor dan roti menjadi juadah sahur. Sewaktu berjalan dilorong beli belah gerai, stall bercampur makanan dan pakaian dan Khinzir semestinya memenuhi ruang dan asap, bau kadangkala memualkan tetapi setelah 3 hari sudah mali dan tidak sebaunya. Inilah gambaran seketika bagaimana pula yang sebulan, stahun dan bertahun jika tiada usrah, hadir majlis ilmu akan terus bergelumang dengan syubahah dan secara tidak sedar. Namun apa yang menilai dan menghukum hanya Allah hendakNya. Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
No comments:
Post a Comment