Persiapan majlis HRK bermula pada petang Khamis lagi apabila sesi Syarahan Korban selepas Maghrib dan disusuli Jamuan makan malam berlaukkan ayam masak kicap, pucuk maman jeruk,sayur campur dan ikan kering dimasak oleh Biro Wanita SLH DPTOJ. Keesokan hari Jumaat Mak, Dik Tan dan keluarga sampai dirumah sebab esok nak ke KIPSAS melawat Huda dan bermalam di rumah Ain.
Persiapan untuk merasai suasana Ibadah Haji dimulai dengan Qiamulail jam 4 pagi dengan solat Tahajud, Tasbih, Taubat, Hajat dan witir. Selepas jam 7 pagi dengan Al-Matuharat.
Pagi sabtu kami ke TTK Semenyih bagi majlis Pertunangan Fatiya/Najib dengan belanja !))), mk #)) dan seutas rantai, pertama jadi jurucakap/wakil walaupun dahulu dua kali berpengalaman anak sendiri. kami bergegas balik dan sampai di rumah setelah selesai solat di R&R Bkt Dokong.
Pagi Ahad ke klang menghadiri Majlis kenduri di Rumah Arwah Hamid NL, sebelum itu ke Tco membeli keperluan sahur di surau dan seterusnya ke Nsk. Jumpa BJ Latiff semasa bertugas di Kch. Samapi dirumah Magrib dan isteri membuat persiapan untuk sahur. Jam 1 pagi wife siap masakan A.M.Kcap, sayur Bayam/labu sup, ikan masin dan telur asin serta nasi 4 kg. Jam 3 bangun untuk membuat persiapan dan setrusnya dibawa ke surau jam 4 pagi. Qiamulail dibawa oleh Tafhiz Ust Syukri dan selesai jam 0515 dan sohor, alhamdullillah semua cukup dengan anggaran seramai 45 jemaah hadir. Hari ke 9 Zulhijah jam 1500 jemaah berkumpul bergotong-royong memasak 2 ekor kambing aqiqah dengan menu kari kambing dan biro wanita memasak sayur kobis, ikan sepat kering dan sambal belacan/ulaman untuk majlis berbuka puasa. majlis bermula dengan berbuka puasa dengan kueh talam, dan pot luck dibawa jemaah. Selepas solat Maghrib disudahi takbir makan malam disediakan. Kari kambing Chef Turk -Tofrawih laris dan seperiuk disimpan untuk jamuan pagi raya. Jam 8 pagi di awal pagi raya 25 btg lemang, rendang ayam 4 ekor serta serunding ayam +daging sekilo dibawa ke surau untuk jamuan selepas solat raya. Selepas solat sajian disediakan serta pelbagai jaudah seperti laksa, mee udang, nasi dagang, badak berendam, ketupat palas, nasi himpit, kek, kueh talam, buah duku langsat, anggur mencukupi bagi jemaah yang hadir. Jam 1000 jemaah berkumpul bagi majlis penyembelihan korban 10 ekor lembu dan seekor kambing. manakala sekumpulan memasak kari lembu, sup tulang, daging masak kunyit dan selepas solat zohor semua daging siap disiapkan dan juga jamuan makan tengahhari disediakan. tahniah kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis korban tahun 1435 H. wassalam
No comments:
Post a Comment