Kenapa Obama datang
|
·
12:30PM Sep 30 2013
|
|
Tanah Melayu adalah negara bekas tanah jajahan British. Semenjak
zaman Raffles, Lord Minto hingga ke zaman Haji Mubin Sheppard, rujukan politik,
ekonomi dan budaya tanah Melayu ialah Britain. Anak-anak didik British
berkeliaran. Ketika membesar mereka dididik di Malay College. Yang bijak
dihantar ke Kanada, New Zealand, Australia atau ke Old Mother England. Mereka
diberi biasiswa Colombo Plan. Kemudian menjadi pegawai Malayan civil Service
(MCS) , manakala guru-guru di Tanah Melayu dilatih di Kirby England.
Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu dengan bijih dan getah telah menjadi penyumbang utama ekonomi Britain. Pada satu ketika yang lama dahulu hampir 60 peratus ekonomi Britain datang dari Tanah Melayu. Justeru, tidak salah kalau kita mengatakan bahawa kota London itu dibuat hasil rompakan harta kekayaan Tanah Melayu.
Sejarah Tanah Melayu berubah sesudah Perang Dunia Kedua. Perang dunia telah memuflis kuasa imperial Britain. Kantong duit Baginda Queen diburukkan lagi dengan serangan pukul mati dari Parti Komunis Malaya yang melancarkan gerakan bersenjata menentang penjajah British.
Akhirnya kuasa imperial Anglo terpaksa mengakui bahawa Britain bukan lagi kuasa imperialis dunia yang mutlak. Realpolitik sesudah Perang Dunia Kedua telah mewujud dua kuasa besar - kuasa imperialis Amerika dan blok sosialis Soviet Union.
Mengakui realpolitik ini, maka Britain telah mengeluarkan dasar ‘mengundur dari Timur Suez'. Ertinya Britain akan menutup semua pangkalan tentera di sebelah Timur. Kem Terendak di Melaka, pangkalan tentera terbesar Britain di Tanah Melayu akhirnya ditutup. Pangkalan udara RAF di Changi Singapura juga tutup kedai. Australia - negara budak suruhan Baginda Queen juga menutup ‘kedai kapal terbang' di Butterworth.
Untuk anak-anak muda - jangan tidak tahu bahawa Universiti Sain yang wujud hari ini didirikan di atas bekas tapak pangkalan tentera British. Justeru letaknya di atas bukit yang strategik. Dari bukit ini tentera British boleh menjaga dan mengawal kapal dagangan British yang keluar masuk di pelabuhan Tanjung.
Pengunduran tentera kolonial British ini menjadikan barua dan budak suruhan British di Asia Tenggara gelabah dan takut. Apabila British meninggalkan Tanah Melayu kepada United Malays National Organisation - parti Ketuanan Melayu ini sedar bahawa tanpa bantuan ketenteraan British mustahil mereka dapat berkuasa. Untuk terus menjaga kepentingan ekonomi penjajah British - Tanah Melayu yang dikatakan ‘merdeka' telah menjadi anggota Komanwel hingga ke hari ini.
Dalam masa yang sama nasionalisme Dayak dan Iban di Borneo telah mula merebak. Indonesia di bawah nasionalis Bung Karno - yang anti-imperialis - telah menjadi rujukan bukan sahaja di Tanah Melayu malah di negara-negara tanah jajahan. Angkat senjata melawan penjajah menajadi trend politik di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Di serata dunia anak tanah jajahan angkat senjata melawan penjajah.
Seperti Parti Komunis Malaya - Parti Komunis Sarawak dengan PARAKU - Pasukan Rakyat Kalimantan Utara - mula melancarkan perang gerila untuk menyatukan Sabah, Sarawak dan Berunai dalam sebuah negara yang akan dipanggil Kalimantan Utara. Keadaan ini menjadikan British takut lalu projek Malaysia dikatakan ditetaskan pada tahun 1963. Projek Malaysia ini bertujuan untuk memastikan kepentingan ekonomi Britain terjaga.
Kuasa imperialis dengan licik telah menipu dan memaksa warga Sabah dan Sarawak mendirikan apa yang dipanggil gagasan Malaysia. Hakikatnya, dalam realpolitik Sabah dan Sarawak berbeza sekali.
Perang gerila PARAKU di Sarawak dan serangan gerila dari Tentera Pembebasan Rakyat Malaya memperlihatkan bahawa barua dan budak suruhan tinggalan British dalam keadaan terancam. Keselamatan mereka tidak mungkin terjamin. Dalam masa yang sama rakyat Vietnam di bawah pimpinan Ho Chi Minh telah berjaya mengalahkan kuasa kolonial Perancis. Gerila-gerila dari Parti Komunis Filipina, Burma dan Thailand sedang melancar perang pembebasan.
Tahun-tahun 70-an memperlihat kuasa imperialisme British cuba memperkukuh kedudukan dari menjunam terus. Dalam suasana Perang Dingin ini inilah Perjanjian Ketenteraan Lima Negara dimeteri pada tahun 1971. Ini sebelum British mengundur terus dari Asia Tenggara. Perjanjian antara Britain, Australia, New Zealkand, Malaysia dan Singapura ini bertujuan untuk menjaga kepentingan British di Asia Tenggara. Juga perjanjian ini untuk mententeramkan budak-budak suruhan British yang masih lagi menghadapi serangan bersenjata dari Parti Komunis.
Perjanjian Pertahanan Lima Negara ini menunjukkan bahawa Malaysia termasuk Brunei masih tertakluk ke dalam bakul kepentingan ekonomi Britain. Brunai yang tidak jadi bersama Malaysia adalah contoh terbaik di mana Sultan Berunai hanya dapat diselamatkan dari kebangkitan rakyat dengan bantuan soldadu upahan Ghurkha yang dibawa oleh Britain.
Kuasa imperialis Amerika sedar akan pengaruh dan kepentingan ekonomi British ke atas negara bekas tanah jajahan ini. Justeru Amerika tidak menggangu gugat pengaruh Britain. Amerika hanya memasukkan jarum CIA untuk melakukan rampasan kuasa di Indonesia pada tahun 1965. Bung Karno dijatuhkan dan dinaikkan Haji Muhamad Suharto untuk menjadi boneka Amerika.
Seperti Geng 24 dan Geng 30 - Amerika dan Britain juga ada perjanjian samseng yang tidak bertulis. Dua kuasa imperial ini tidak akan ‘menceroboh' kawasan masing-masing. Mereka bekerjasama untuk membantu dalam hal rompak merompak negara Dunia Ketiga.
Kali pertama Amerika cuba mengembangkan sayap ke Malaysia pada tahun 1966. Ini ketika Perang Dingin dan Perang Vietnam sedang hebat berjalan. Presiden Johnson telah datang secara rasmi melawat Malaysia. Tujuan Presiden Johnson ialah untuk meminta Tunku menghantar tentera dan soldadu Malaysia bersama membantu Amerika dalam Perang Vietnam.
Presiden Johnson yang mengambil alih dari pembunuhan Kenendy sedang terdesak oleh Perang Vietnam. Politik dalaman Amerika sedang berkecamuk. Anak-anak muda di kampus-kampus telah bangun berdemo menentang Perang Vietnam. Warga Kulit Hitam menjadi radikal dengan Black Panther. Anak muda kelas pertengahan Amerika telah menubuhkan Weatherman - gerakan gerila bawah tanah - menentang kaum kapitalis tempatan.
Anak-anak muda Amerikan secara terbuka telah membakar Kad Wajib Tentera. Mereka tidak mahu dipaksa menjadi soldadu untuk mati di Vietnam. Ramai yang melarikan diri ke Kanada dan ke serata pelosok dunia. Gerakan anti-perang mengampuh ke seluruh dunia - dari London, Paris, Amsterdam ke Melbourne ke Tokyo. Di Vietnam sendiri jumlah soldadu Amerika yang gugur terus bertambah. Teknologi termoden dan tercanggih dalam dunia telah gagal mengalahkan Viet Cong.
Dalam suasa inilah Jonhnson sampai ke Kuala Lumpur. Presiden Amerika membuat kesilapan besar. Ketika ini Parti Buruh dan Parti Rakyat telah menyusun demo besar-besaran untuk ‘menyambut Johnson'. Ke mana sahaja Presiden Johanson melawat kaum nasionalis, kaum sosialis dan kaum kiri telah turun berdemo. Bentrokkan berlaku di Kuala Lumpur dan di Seremban ketika Johnson datang ke Labu untuk melawat Felda Sendayan.
Melihat suasana kebangkitan rakyat ini menjadikan Tunku menjadi kecut. Tunku terpaksa menolak permintaan Johnson. Langkah ini untuk mengelakkan dari berlaku pemberontakan dalam negeri dan kemungkinan tentangan hebat dalam parti United Malays National Organisation sendiri. Tunku pasti telah membaca suasana dalaman parti kerana tiga tahun sesudah lawatan Johnson ‘rampasan kuasa' berlalu. Tunku ditendang keluar.
Presiden Johnson dalam siri lawatan ke Asia Tengggara hanya berjaya mendapat sokongan junta tentera di Thailand dan Pilipina. Junta tentera boneka Amerika ini bersetuju untuk menghantar anak-anak muda mereka mati di Vietnam.
Kuasa imperial Amerika menyedari bahawa jika pengaruh politik Britisih akan terus merudum di Malaysia. Berkemungkinan seorang pemimpin yang tidak pro-Barat dan tidak pro-imperialis akan lahir. Apabila Mahathir Muhamad yang mengambil garis politik Pandang Ke Timur dan Buy British Last, ini menjadikan kuasa imperial Anglo-Amerika berwaspada.
Dengan licik kuasa imperialis Amerika telah menduga Mahathir. Mahathir yang beretorik sebagai pemimpin Dunia Ketiga yang anti-Barat sebenarkan hanya hanya sebutir kelapa - hitam di luar tapi putih di dalam. Ini terbukti apabila desas desus mula muncul tentang bagaimana secara rahsia satu Perjanjian dengan Amerika telah ditanda tangani pada tahun 1984. Apa yang dijanjikan antara Mahathir dengan Setiausaha Pertahan Casper Weinberger wallahu'alam bisawab.
Secara senyap-senyap Amerika telah memerangkap negara-negara bekas tanah jajahan Bristish ini ke dalam apa yang dipanggil APEC. Kemudian memaksa negara-negara APEC ini mengikat FTA - Free Trade Aggrement - Perjanjian Dagangan Bebas.
Tidak cukup dengan Perjanjian Dagangan Bebas - kuasa imperialis Amerika juga sedang merancang untuk memaksa negara-negara di pesisiran Laut Teduh untuk menanda tangani apa yang dipanggil Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik - TPPA.
Justeru pada 11 Oktober hadapan Presiden Obama akan menjadi presiden ke dua dari Amerika yang datang melawat secara resmi ke Malaysia. Pasti Obama tidak akan pergi ke Felda LBJ atau melawat Jenga seperti Presiden Lyndon Baines Johnson. Keadaan telah berubah. Apa sebenarnya rancangan dalam kepala Barack Hussein Obama apabila Rumah Putih merancang untuk datang ke Kuala Lumpur?
Pasti bukan datang untuk makan nasi himpit atau menjamah ikan patin masak tempoyak di Temerloh. Pasti juga bukan datang untuk melawat Zoo Negara. Justeru apa yang diimpikan oleh kuasa imperial ini?

No comments:
Post a Comment