Saturday, 9 November 2013

10 MUHAARAM 1435H-DPTOJ

Setiap tahun pasti 10 Muharaam akan kembali, jika tidak dipelajari pasti kita tidak tahu hari-hari yang berlakunya beberapa keistimewaan dan keberkatan serta amalan sunnah yang boleh memberi ganjaran dan manafaat. Sebetulnya setiap hari ada keistemewaanya tetapi ada beberapa hari yang melebihi keistimewaan jika kita berusaha mencari dan mengamalkannya melebihi hari-hari biasa agar mendapat laba/keuntungan yang berlebihan. begitu juga setiap manusia pasti mengintai dan mencari hari, waktu untuk mendapat kelebihan yang jahil pasti mengira hari cabutan da ma cai, toto dan hari cabutan untuk mendapat jacpot atau jumlah judi terbesar. Bagi yang tahu dan mengamalkan sunnah sntiasa mencari dan menanti habuan yang lebih dari Allah hendaknya. 10 Muharaam ada banyak kelebihan kerana banyak kejadian/mukjizat bagi ummat islam untuk direnungi dan mengakui keesaan Allah serta digalakan puasa 2 hari pad 9 dan 10 Muharaam atau 9-10 Muharaam.Di akhir tahun Masehi pelbagai aktiviti dianjurkan bagi kemasukan tahun baru ada bersifat hiburan, santai dan ada juga mengadakan kulaih agama dan disambut secara sederhana. Ada yang menghabiskan wang dengan pertunjukan kebudayaan sebelum menjelang detik 12 malam danditamatkan denganpertunjukan bunga api dan ada yang sebilangan sampai ke pagi menyambut ikut nafsu dan kepercayan anutan masing-masing. 
        Sewajar umat Islam mencari kelebihan dan menjayakan kehadiran 10 Muharam dengan aktiviti seperti bersedekah, mengadakan majlis jamuan berbuka puasa, amaljariah dan berpuasa. Pihak berwajib juga perlu menghebahkan dan melaksanakan aktiviti kerohanian melebihi hari lain supaya menjadi kebiasaan dan bersama-sama ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Seperlunya sekolah mengalakan anak-anak muslim berpuasa dan menganjurkan aktiviti yang lebih bermanfaat dunia dan akhirat seperti bergotong royong membantu orang miskin, kurang upaya meraikan anak-anak yatim piatu dan memberi makan kepada yang memerlukan. Tekad dan azam perlu disemat agar jatuhnya 9 dan 10 Muharaam untuk berpuasa dan bersedekah. Wassalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive