Selepas balik dari Tawau-2 Nov. semalaman aku sakit perut, memulas dan sehari suntuk keluar masuk bilik air. Kembung dan lega setelah keluar semburan pendek dan panjang. Selepas itu, esoknya semua kembali normal. Ubatnya minyak zaitun, khal tamar dan juga minyak habtus sauda. Mungkin juga menu sepanjang di tawau banyak makan buah, salad dan juga air sejuk. Begitu juga sekembalinya dari PD-dalam perjalanan sudah rasa kembung perut dan sekembalinya dirumah perut memulas dari petang hingga ke pagi. Semalaman sudah lebih 7 kali keluar masuk bilik air tapi taklah pedih rectum macam cuci servis perut. Last sekali telan habatus sauda, khal dan juga vigin olive oil. Keronkong juga terasa berangin dan meloya, selepas perut disapu minyak afiat semakin memanjang sendawa dan disusuli dengan semburan pendek dan agin memanjang. tak berani nak buang angin jika terasa gelodak kecuali selepas melepas di mangkuk tandas.
terasa juga perut semakin menegmpis dan selera makan juga semakin bertambah tetapi tidak banyak dijamah lepas tu cepat lapar. sudah 2 minggu kejadian sama berulang, kena tengok minggu ni pula kalau masih sama kena buat sesuatu agar tidak terjadi rutin mingguan dan membantutkan ibadah di surau. bayangkan kalau tidak keluar mungkin wap membusuk ke otak atau kelauar melalui lubang hidung dan mulut alangkah harubiru. Syukur dengan nikmat Allah dan memberi peringatan dan menjadi iktibar.
No comments:
Post a Comment