Tuesday, 22 December 2015



rumah tinggal KSS 168


UMUR BONUS 55TANGGAL 23 DIS

Alhamdullillah masih berdenyut jantung, mata masih bercahaya, nafas masih berdengus, kaki dan tangan masih bergerak, umur menjangkau 55 dalam bebrapa jam lagi. Syukuran kerana dikerniakan nyawa yang masih ada dalam islam, beribadah dan menunaikan hak dan kewajipan sebagai muslim. Walaupun sedikit ilmu cita-cita sebagai muslm yang baik tetap tersemat. Pelbagai rintangan dan halangan akan dihadapi kerana Allah tahu akan kemampuan umatnya. Doa yang dimakbul adalah nikmat manakala doa yang belum makbul disimpan dan hanya menanti saat dan waktunya diterima. Sentiasa berdoa dan menjaga adab doa agar setiap permintaan ditunaikan walupun sekejap, lama atau tak kunjung tiba ianya tertulis diakhirat kelak.
   Semua rukun Islam  telah dilaksanakan dan hanya menambahbaik dan berusaha dengan sebaiknya sebelum dipanggil malaikat maut Izrail... adakah semuanya ibadat diterima, ditulis dan bakal dihisab nanti? kita hanya berusaha dan hanya diketahui dihari kiamat semasa dibicaarkan di Padang Masyhar Allahuakbar, subhanallah dan ucapan serta sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang diamalkan akan diberi syaffat hendaknya. 
       Berusahalah, beribadat tanpa jemu tanpa balasan kerana yang mengira adalah hak Allah. Jangan jemu dan alpa kerana semuanya ditakdirkan dan terus berusaha terbaik membantu insan yang serba kekurangan. Lihat sekeliling yang dekat, saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk di bantu, dibimbing, dinasihati dan berdoa agar semuanya di dalam rahmat Allah hendakNya.----Apalagi yang dimahukan harta bergunung, ilmu melaut tidak akan kemana kalau hidup dengan maksiat, munafik dan syirik. Berusaha semampu dan beribadat seperti akan mati sebentar lagi. Jika dipanjangkan umur ianya hendaklah bersyukur agar dapat memohon ampun dan berdoa, berinfak, mengajar, membantu yang tidak mampu. Sentiasa berdoa agar terus di dalam hidayah Allah dan ditetapkan iman sehingga nafas`terakhir...
  

Monday, 21 December 2015

kenangan tahun 2013 di Saraawak semasa cuti tahun ke Gua Niah, Miri

Friday, 18 December 2015

MAJLIS GRADUASI KPSM 44/2015

49 minggu KPSM berjalan dan 9 Dis 15 merupakantarikh akhir CP berada di MTAT. Kursu bermula pada 7 Jan 15. Tahun 2015 banyak acara tidak dapat hadir disebabkan tahun 2015 banyak penglibatan luar dan kesihatan yang tidak mengizinkan. Berbulanya dengan seminar di Hawaai, kecederaan lutut ACL dan menunaikan fardhu haji. Tahun 2015 juga beberapa acara di dalam jadual latihan terpaksa dipinda disebabkan kekurangan bajet dan penglibatan pihak atasan yang tidak dapat dielalkkan. malam 9 adalah malam gruadasi. Mesyuarat kajian semula KPSM adalah penutup bagi KPSM 44/2015 dan menanti kurus tahun 2016 KPSM45/2016 yang akan melapor pada 4 Jan 16. 

Sunday, 22 November 2015

HUJJAZ 2015, DEEPAVALI, FINAL EVENT BAKAT, LOG RELAY MAFSC & RETREAT at PPM

ALHAMDULLILLAH, setelah hampir 3 minggu sekembalinya ke tanahair, TAHAtelah menganjur program HUJJAZ di seluruh negara bagi menghimpunkan bekas jamaah untuk berkumpul dan saling bertemu bagi mengimbau kenangan di tanah suci Makkah dan Madinah. Memndangkan siri ini dilaksanakan mengikut kawasan dan negeri ramai kenalan di didalam Maktab dan KT tidak bersama. Ramai memilih untuk hadir mengikut kawasan kediaman . Kami dipilih di Masjid Shah Alam dan Masjid Negara KL. Majlis diadakan di KL pada 14 Nov 15. program bermula jam 0830 berkumpul dan hampir jam 1000 baru prog berjalan. Jam1100 program Forum Perdana dengan Panel Mufti W.P dan T.Mufti N 9 sehingga jam 1200. Majils diakhiri dengan solat Zohor. sehari sebelum pada 13 Nob malamnya adalah event Deepavali celeb, Di hari yang sama 14 Nob jam 1400 di MTATmelibatkan Final Event Bakat MAFSC 44/2015. Dan keesokan harinya adalah Log Relay. Pada 15 Nob kami ke Kluang Johor bagi menghadiri majlis walimatuurus anak saudara di Taman Menanti Kluang. Pada 16 Nob paginya terlibat di dalam log relay MAFSC 44/2015 dan berakhir dengan tragedi Kdr Faizal bin Hamzah kembali ke Rahmatullah selepas 3 jam acara tamat. kami bertolah menguruskan jenazah di Meru Ipoh dari jam 1800 dan kembali ke KL jam 4 pagi pada 17 Nob 15.



Lecture Talk by En Suhaimi X BTN (out of topic) 

UTM  Mosque



Layout Retreat Meeting at PPM


D Electra 3 Piece 

BBQ at PPM Poolside

Layout by MAMPAN Caterer 16 Dec 15

ROOM LIST

Monday, 2 November 2015

GAMBAR KENANGAN DI MAKKAH 14 SEP - 15 OKT15

D Kelana Jaya Tabong haji 14 Sep 15 jam 0600

Dalam Flt ke Jeddah KT 60

kren terbalik di Makkah pada 12 Sep sebelum kami ke Makkah

Mauk Pintu Bani Subaiyyah

Lalauan keluar sebelah kren terbalik

Hdpn Kaabah 

Sai  Safa ke  Marwah

Tkt 1Baitullah

Rehat kejap di escaltor Marwah sebelum solat Asar

hadapan Mataf 

Pintu masuk Marwah

Bilik 815


Selapas tawaf sunat Mataf tkt 1 

Di bukit Safa tkt bawah

Tkt bawah Safa

Dalam bas ke Arafah

Sunday, 1 November 2015

MINGGU KE 6 DI MAKKAH dan BERAKHIR DI MADINAH

Alhamdullillah setelah hampir 6 minggu di Makkah, kami mengerjakan umrah kali ke 4 sebelum meninggalkan Makkah pada 15 Okt ke Madinah. Minggu tersebut kami banyak ke masjidil haram dan menunaikan tawaf sunnat dan juga qiamulail. ada waktunya kami ke safwa Bldg bagi makan malam dan berbuka puasa pada hari Isnin dan Khamis. persiapan ke madinah dibuat dan semua nagasi dibawa turun ke lobi Qsar Janadariyah sebelum jam 12 malam pada 14 Okt 15. Seawal pagi khamis selepas solat Zohor kami telaj menyelesaiakn tawaf Widak dan kembali kehotel dan terus bergerak ke madinah jam 1600. Perjalanan sejauh 440km dengan bas dan samapai di Madinah jam 1030 mlm.
      Keesokannya selepas solat suboh di Masjid nabawi kami di bawa menzirah makam rasullullah, saidina Abu Bakar dan Saidina Omar serta penerangan mengenai sejarah Madinah. Seperti biasanya jemaah Malaysia akan menguruskan ibadah masing-masing dan disebabkan ada ruangan untu muslimah, kami masing-masing pergi bersemdirian dan hanya bertemu diwaktu makan tengahari atau malam. yang lain masing-masing dengan routine ibadah masing-masing. Suasan di Madinah lebih tenang dan tidak terasa perit matahari disebabkan dekat dan pintu masuk yang luas tanpa sekatan. Tidak kedaapatan jemaah Iran, Bosnia dan China kemungkinan di atas faktor perbezaan mazhab atau mereka sampai lebih awal di Madinah. Selepas menziarahi masjid Quba, pasar Kurma dan bukit Uhud kami terus beribadah di masjid Nabawi disamping membeli ole-ole untuk kenangan.
     Barang-barang untuk balik ke malaysia telah dibawa ke airport pada 22  Okt dan selebihnya bagasi tangan dibawa menaiki pesawat pada 24 Okt jam 1630. lapangan terbang Madinah baru dibuka dan perjalana ke tempat Imigrisen hampir 1 km. Alhamdullillah, kami selamat mendarat di Malaysia jam 0740 pagi

Friday, 16 October 2015

Minggu k 4 MAKKAH

Alhamdullillah, 3 minggu d Makkah daat mengadakan Umrah ke 3 & 4 pada Hari Ahad dan Selasa. Puasa Isnin danawal Muharram sebelum bertolak ke  Madinah pada 15 Okt. Pada 14 Okt bagasi dibawa kelobi dan TawafWida pada 151130. Jam1630 bergerak ke Madinah. Spai di Mafinah mlm jam 1130.  Pagi 16 Okt, solat suboh di Masjid Nabawi dan Ziarah makam Rasullullah jam 0700~-0900. Solat jumaat jam 1207. ....

Friday, 2 October 2015

Minggu ke 3 d MAKKAH

Minggu pertama dlmhaki Ifrad membatas rukun dan wajib haji, kesihatan baik dan detik minggu kedua wukuf d Arafah mabit Mudzalifah dan seterus 3 mlm di Mina. Allhamdullilah semua dapat dilalui dgn mudah. Sekembalinya drp Mina, dan sekesai umarah wajib  selsema, kahak dan batuk mula dtg.Sejak semalam 30 Sep terasa batuk pedih di bahagian kiri dada, dan ari ni bertambah dengan demam, perit tekak dan sakit bhg abdomen bila batuk. Bergegas ke klinik TAHA Tkt 1. Diperiksa diberi ubat titis mata, selesema/batuk dan antibiotik. Selepas minumubat Alhamdullilah rasa lega dan masuh di dalam pening dan sembat. Esok 3 Okt Ziarah Jeddah, makam Hawa, medam aisas hukuman pancong dan berihram di mikat untuk umrah sunat.

Monday, 28 September 2015

PERJALANAN HAJI 1425

Alhamdullillah, setelah umur 54 tahun 9 bulan 16 hari aku dan isteri menjadi tetamu Allah. Niat dan usaha utk menunaikan rukun islam ke 5 tertunai apabila Penerbangan KT 60 berlepas dari KLIA Tml B. Setelah 7 jam, niat miqat diudara sebelum sampai Qunul Manazil.
MH 8720 mendarat di Lapangan terbang JEDDAH. Setelah solat Zohor kami melalui pemeriksaan imigresin. Setelah 1 jam kami berkumul di luar parkir bas utk terus ke hotel di Makkah. Kami diberikan bas no 1. Sistem sama sekali berubah, tiada pengiring, hanya pmd arab. Kami juga di pesan jln beri tip/sedekah kpd pmd. Tetapi disebaliknya, pmd bas buat selambanya mohon
sedekah, dgn karenah memperlahankan bas setelah dibuat kutipan barulah perjalanaan lancar. Kami sampai jam 0930 mlm sejak 530 ptg. Setelah mengambil kami ke tkt 12 biik 11 dan isteri 12 Qasr Janadariah. Rakan bilik Setia Guru, Abg Yacob bt caves dan Jalal Telekom.
Aktiviti dlmihram ifrad terhad, 22 sep kami wukuf d Arafah dan selepas Magrib Mabit di Mudzalifah dan berajhir di Mina utk lontar 3Jamaat.Cabaran mental dan fizikal. Manakla di mina lebih kpd fizikal dan kesabaran dserta tolenrasi yg tinggi. ...


Haji Ifrad 2015. Alhamduh selesai wukuf dan lontar jamrah pada 24

Sunday, 13 September 2015

PERSIAPAN HAJI

ALhamdulllillah, hari ini sudah tinggal11 jam sebelum bertolak ke Kelana Jaya TAHA, selepas solat suboh akan mendaftar masuk dan seterusnya ke KLIA untuk penerbang ke JEDDAH. kami berdua telah menyiapkan keperluan sewajarnya dan semua dimasukan ke dalam bagasi untuk ke KELANAJAYA. Kebiasaan kalau ke luar negara atau cuti panjang tidaklah seperti menunaikan haji, segala persiapan perlu kerana keadaan disana semuanya perlu seringkas dan disebabkan pertama kali perlulah lebih berhati-hati. 
pelbagai cerita dan juga kelas diikuti namunianya akan menjadi kenyataan bila tiba disana dan melalui sendiri dengan izin Allah. InshaAllah ruang ada akan dimanfaat sepenunhnya. Allahubakar, Labaikallah humalabaik, labaikallahsarikkallah baik, innalhamda walniatmata lakawanmu lasarikkallah. terbang pada 141045H Sept 15 dan balik pada 250740H Okt 15.

Tuesday, 25 August 2015

PANGGILAN HAJI TAHUN 2015/1436 HIJRAH

Alhamdulllah peringkat pertama melangkah ke Rukun Islam kelima telah diterima apabila dipilih oleh KAGAT ATM. Taklimat telah disampaikan di MKAW pada 4 Ogos. Aku juga bergegas ke Pejabata Tabung Haji bagi memenuhi akauan 15XXX. penegluaran dan penjualan SSP 10XXX bagi TAHA dan juga bekalan anak-anak tinggal dibelakang. Pengeluaran juga bagi pembayaran visa sebanyak RM 1260 seorang yang akan diuruskan oleh KAGAT dengan Kedutaan Arab Saudi. Pengambilan gambar untuk visa dan passport isteri. Sesi penerangan telah disampaikan dan setelah menerima visa dan TAHA akan memberikan No penerbangan dan tindkan seterusnya. Hari ini ambil darah bagi pemeriksaan erubatan dan jika dipilih akan mengambil suntikan wajib di hospital yan g dibenarkan.Dijangka penerbangan antara 10 ke 15 Sep 15 kerana penerbangan akhir pada 16 Sep. Wukuf pada 23 Sept dan hari Tasriq pada 24, 25, 26 dan 27 Sep. Kami dijangka balik ke Malaysia pada 26 Okt 15.

Saturday, 8 August 2015

EX KAJIMATAN 2015 - ISSUED AND CHALLENGES IN SECURITY AND DEVELOPMENT AT KEDAH BORDER

         The visit commenced fm 3 to 6 Aug 15, Gp 1 visited and conducted research at Kedah Border. The prog and brief was conducted by UPEN, KDA and GLC-BB on the 4 Aug, 5 Aug brief by ICQ Bkt Kayu Hitam,  6 and 30 Border Bde at 5th Border Regt. On the 1st day we arrived and stayed at Grand Alora Hotel Alor Star. The next day visited Wisma Negeri and briefed by En Ammar on Kedah Sy and devt, En Romli fm PKNK and En Zaaba fm Bina Darulaman. In the evening session visited  fed Buiding and briefed by En Sharul fm NSC and LK Fazil fm MTBCO. The 3rd day the gp visited ICQ Bukit Kayu Hitam and briefed by Immigration, Custom, RMP and ASU/UPP than in the afternoon at 5th Border Regt. The 2nd day concluded at the Zone Free Trade Shopping Complex. The last day the gp conducted the ground research at Padang Besar before departed back to MAFSC KL.

Saturday, 1 August 2015

BATU DALAM GALL BLADDER-BATU HEMPEDU

Pengesanan batu dalam hempedu diketahui pada tahun 2005 selepas membuat pemeriksaan SOP di HAT Lumut. Semasa kali pertama dibuat ultra sound, hanya sebiji batu dikesan dan tahun 2006 di dapati sebiji lagi di bahagian belakang batu pertama. Dr maklumkan jika tiada sakit atau simpton pedih bulu hati dan juga di bahagian kanan bawah diaphgram tidak perlu risau. Saiz batu lebih kurang 0.5 ke 0.8 cm.  Batu ini berkemungkinan drp kalestrol sejak dikesan penyakit darah tinggi pada tahun 1998. Dr bekalkan ubat dan fruittisle -jenama Legalon 140mg ntuk hati berlemak. Tiada masalah batukarang di buah pinggang. Kadangkala simtom angin, sendawa berterusan dan lenguh bahagian belakang serta pedih bahagian kanan perut dekat bahagian diaphgram. Ianya akan hilang setelah diurut dan disapu minyak urut dan telan paracetamol. Kali terakhir semasa pemeriksaan SOP pada 15 Jul selepas dibuat ujian ultra sound masih terdapat batu tersebut dan saiz masih ditahap yang sama. Dr memaklumkan tidak perlu dibuat pembedahan. Aku juga memaklumkan akan mencuba petua yg dibuat oleh perubatan tradisional/islam untuk membuang batu karang di hempedu, buah pinggang.
      Sebelum itu, pada bulan Jan 15 sekembalinya dari Hawaii aku mula mengambil lemon citrus kuning sebagai diet mingguan dan membeli bekas di HIG (RMxx) bagi memeram lemon untuk diminum sepanjang hari. Aku juga, di bulan Ramadhan mengunakan buah tamar yang dimasukkan di dalam bekas untuk membuang toksin/toksid di dalam badan. 
        Selepas hari raya aku membeli sekotak buah epal hijau (150biji=RM 75.00) bagi membuang batu hempedu. Aku mula makan epal setiap hari sebanyak 5/6 sehari, hari kedua aku ke rumah di K...g mengambil mesin fruit blender untuk memproses 6 biji sehari dan diminum selama 4 hari, di hari kelima dan keenam aku membeli jus epal hijau sebagai megantikan fresh epal. Gaabungan air perahan dan makan buah epal diamalkan bagi melembutkan batu hempedu. Hari keenam aku ke kedai farmasi bagi membeli garam EPSOM-Magnesium sulfate. Garam ini di bacuh  sebanyak dengan 1 camca besar dengan segelas air suam dan diminum pada jam 6 ptg dan bancuhan kali kedua jam 8 malam. Sebelum itu kena puasa dari tengahari dan jangan makan malam. Sebelum tidur jam 1000 malam masukan perahan 3 biji air lemon citrus dengan minyak zaiton/minyak bijan (setengah gelas lemon dan setengah minyak zaiton). Campuran ini disebatikan dan diminum sebelum tidur. Masam dan berminyak, aku tidak ada masalah dengan campuran tersebut, tetapi terasa ngilu digigi kerana masam air lemon dan lekitnya minyak zaiton. Terasa angin dibahagian perut dan risau juga kerana minum air garam EPSOM sebab dikotak ditulis hanya untuk luaran bagi mengobati kekejangan kaki (rendam air dengan air garam).
             Keesokanya bangun pagi terasa simtom berangin dibahagian perut dan semasa membuang najis, najis terapong dan terasa lekit minyak dibahagian dubur semasa beristinjak. Melalui pembacaan dimaklumkan batu-batu lembut dikeluarkan bersama najis.Ini disebakan tindak balas bermula daripada fungsi epal bertindak melembutkan batu karang, faktor garam meluaskan saluran di dalam hempedu dan juga pembuluh/duct dari hempedu ke bahagian usus/perut. Faktor lemon pula menghancurkan batu dan minyak zaiton sebagai penolak dan pelincir batu yang hancur ke perut. Selepas membuang najis akan terasa selesa di bahagian perut. Kesan dan akibatnya belum dipastikan dan akan diketahui apabila membuat scan pada SOP akan datang. Selepas ini akan terus mengunakan ramuan ini sebagai detox membuang toksik diorgan dalaman. Selepas bulan Ramadhan aku juga mengunakan adunan minyak zaiton, madu, cuka tamar dan minyak habatus sauda untuk mengurangkan kolestrol diselang seli dengan ubat Dr. Sejak pengambilan ramuan tersebut paras kolestrol turun kepada bacaan 3-3.8. Alhamdullillah ianya akan diamalkan sebagai makanan tambahan kerana buah/minyak zaitun, habatus sauda adalah disebut dalam Al Quran. InshaAllah semoga ianya akan memberi kebaikan dan seterusnya mensyukuri agar sentiasa sihat bagi menunaikan perintah Allah. Wasaaalam. 

Saturday, 25 July 2015

23 Jul 15 - ICE watch, Aufa n SCR

ICE watch bought on 23 Jul 15 at Mitsui KLIA for 2 -  RM 209.00 + 209.00  after 70% discount


Happy with her Audi Aufa 23 night

SCR lunch with wife n Emee at Great  Eastern mall 23 Jul after sending Illah to Airport

Thursday, 23 July 2015

KENANGAN BULAN JUL 15



kHATAM aLQURAN mcsc 44/2015 9 jUL 15








mENGUPIS, MENGURNAIS ZAHIN n AUFA

AUDI AUFA RM 29XXXX 22 JUL 15

MITSUI PARKLAND KLIA 23 JUL 15 JAM 11

HARI RAYA 2015 18 JULAI 2015

Cadangan balik raya selepas subuh tetapi dipercepatkan kerana Razman tumpang balik. Jam 0830 drp KL ke ken Rimba pdg Jawa dan ke DAblelink Sentosa. Kami sama di Sedaka jam 0430 dan selepas sarapan kami berjunpa ibu di Desa kamela dan seterusnya sembahyang Rya di Bt 9 KSS. Solat Jumaat di Bagan Pinang. Lepas solat kami tidor selepas berjaga malam dalam perjalanan balik kampong. Balik Kl pada raya ketiga selepas bertandang ke Beseri. Alhmadullillah kami selamat sampai ke KL pada petang jam 1700 seletelah hampir 7 jam perjalanan.Hari raya KE 5 aku bertugas dan sebelah malam kami berkumpul mengambil gambar kenangan sekeluarga.
Durian Ni Sai belanja

Audi Aufa Tok Umi bagi birthday in advance 22 Jul 15

sibuk sikecik tlg pack rempeyek balik Sandakan

At KLIA hantar balik Sandakan


Gambar kenangan di Blk 9-1-3 KPTOJ







KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive