Friday, 11 June 2021

TEMUJANJI VAKSINASI 11 JUN 2021 & DOS KE DUA 02 JULAI 2021- DEWAN SUKAN PANDAMARAN KLANG

ALHAMDULLILLAH YANG DINANTIKAN TELAH TIBA 02 JUL 2021..Selepas menjawab pengesahan kehadiran temujanji ke 2 pada 02 Jul 2021...saat dinanti berjalan seperti dirancang. Selepas solat ganti Solat Jumaat akibat PKP/solat dirumah..semua persipan dokumentasi dan air minum dimasukan ke dalam bag. Pada awal pagi sempat juga mengemas jaring pintu yang sudah berhabuk bagi menghabiskan masa menunggu jam 1500 ptg. Setibanya jam 1445, daftar masuk dan setelah menunggu giliran no 0818, nama dipanggil ke kaunter pengesahan oleh doktor. memandangkan nama isteri diletakan dibawah suami hanya satu no giliran sahaja. Selesai pengesahan oleh Dr kami ke bilik suntikan vaksin COMIRNATY KELUARAN Spizer. Untuk rekod batch no FA5715 untuk dos pertama, dan FE2083, untuk isteri juga sama. selesai dos ke 2 jam 1531. Setelah menunggu diruang kemaskini data selama 15 minit, no giliran untuk penegsahan dipanggil. Semas membuat semakan e digital...sijil untuk spouse tiada, dibuat berulangkali namun masih tiada sijil e-digital isteri. Staf mencadangkan selepas 3 hari datang semula jika masih tiada perubahan pada e sijil isteri. Sejarah ke 2 esok 3 Jul 2021 Derah Klang juga dikenakan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan).........









 Syukur...pendaftaran dibuat 25 Mei dan belum diterima temujanji walaupun dimaklumkan melalui e-Mail di sebabkan ramai yg telah mendaftar dan keutamaan kpd OKU dan warga emas yg bermasalah. Alhamdullilah hari ini telah dipercepatkan melalui KK PANDAMARAN. Jam 1330 terima panggilan dan minta hadir segera dan sementara membuat persiapan isteri juga mendapat panggilan jam 1350. Hari Jumaat, selepas solat Zohor (Solat Jumaat hanya 6 orang) jam 1428 sampai di Dewan. Selepas menunggu hampir 15 minit, dipanggil kekauter borang, lengkapkan borang dan disemak oleh :Myvoc-APM, Rela dan sukarelawan. Selepas borang dilengkap dan disemak, menunggu kemasukan ke ruang bagi kaunter semakan oleh Dr bagi masalah kesihatan dan ubat ubatan yg diambil serta pengesahan IC dan rekod MySejahtera. Semuanya berjalan lancar hampir 10 minit dan terus ke Bilik Injeksi, sekali lagi borang dan pengenalan diri disemak, duduk, sapu antiseptik dibahu kiri, jab, plaster dan siap. Tak sampai 5 minit dan terus ke kaunter akhir bagi ruang pemerhatian dan dokumentasi kad Vaksin borang setuju terimaan Vaksin, lebih kurang 15 minit dan akhir sekali foto snap sebagai bukti, siap jam 1535  Terima kasih... dipermudahkan urusan tak perlu beratur, bersesak dan yg paling penting jarak dari rumah dekat hanya 6.1 KM. Pifzer dan next jab on Jul 2 , (3) three weeks after 1st japppppp. Sofar dah jam 0630 masih tiada ada Perubahan.

Telah update My Sejahtera..dimana tarikh telah diberikan dan perlu tekan bersetuju..Ok untuk hadir pada tarikh dan masa ditetapkan. What next....Alhamdullillah

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive