Flight pertama mengandungi PKP, PS 1 dan PS 2 Urus Setia, Flight ketiga M Azizan, K Idris dan S. Zul. Pada pagi itu pemainan berjalan dengan penuh berhati-hati kerana semua pemain adalah orang baru kecualilah orang lama. Selesai permainan kami makan tengahari di Club house. Kelab ini berada di DFZ area dan perlu melalui CIQ Bukit Kayu Hitam dan kelab terletak berhampiran sempadan Malaysia Thailand bandar berhampiran Malaysia ialah Changlun dan di sebelah Thailand Danok. Jika dilihat Pekan Danok lebih maju dan memiliki bangunan hotel bertaraf 4 bintang dengan deretan kedai perniagaan beras, buah-buahan dan juga kelab-kelab hiburan. Ekonomi Danok bergantung dengan kemasukan Rakyat Malaysia dan Singapura, manakala kemasukan barangan Thailand ke Land Port Hub di FTZ Bukit Kayu Hitam sebelum dihantar ke Malaysia dan Singapura. Terdapat juga penduduk Thailand yang masuk ke Malaysia berdagang barangan makanan sehingga ke P.Pinang dan ramai juga yang bekerja disektor perladangan seperti di ladang getah dan kelapa sawit. Pergerakan mereka ini juga sudah lama bertapak kerana ramai dari mereka mempunyai pertalian saudara dengan rakyat Malaysia dan juga boleh berbahasa Malaysia. Dari aspek lain pula penduduk Malaysia di kawasan sempadan dapat membeli buah-buahan dengan harga murah dan sepanjang tahun. Thailand terkenal maju di bidang pertanian.
Monday, 21 January 2008
BLACK FOREST GOLF AND COUNTRY CLUB
Flight pertama mengandungi PKP, PS 1 dan PS 2 Urus Setia, Flight ketiga M Azizan, K Idris dan S. Zul. Pada pagi itu pemainan berjalan dengan penuh berhati-hati kerana semua pemain adalah orang baru kecualilah orang lama. Selesai permainan kami makan tengahari di Club house. Kelab ini berada di DFZ area dan perlu melalui CIQ Bukit Kayu Hitam dan kelab terletak berhampiran sempadan Malaysia Thailand bandar berhampiran Malaysia ialah Changlun dan di sebelah Thailand Danok. Jika dilihat Pekan Danok lebih maju dan memiliki bangunan hotel bertaraf 4 bintang dengan deretan kedai perniagaan beras, buah-buahan dan juga kelab-kelab hiburan. Ekonomi Danok bergantung dengan kemasukan Rakyat Malaysia dan Singapura, manakala kemasukan barangan Thailand ke Land Port Hub di FTZ Bukit Kayu Hitam sebelum dihantar ke Malaysia dan Singapura. Terdapat juga penduduk Thailand yang masuk ke Malaysia berdagang barangan makanan sehingga ke P.Pinang dan ramai juga yang bekerja disektor perladangan seperti di ladang getah dan kelapa sawit. Pergerakan mereka ini juga sudah lama bertapak kerana ramai dari mereka mempunyai pertalian saudara dengan rakyat Malaysia dan juga boleh berbahasa Malaysia. Dari aspek lain pula penduduk Malaysia di kawasan sempadan dapat membeli buah-buahan dengan harga murah dan sepanjang tahun. Thailand terkenal maju di bidang pertanian.
Saturday, 19 January 2008
MOHTAR ALBUKHARY
Personaliti: Prinsip kongsi rezeki dorong kejayaan
Oleh Hasliza Hassan
"Saya sudah dapat lebih, apa lagi yang saya hendak. Jadi apabila Allah beri, kita perlu gunakan nikmat itu untuk faedah orang ramai" Syed Mokhtar Albukhary Syed Nor Albukhary. |
PROFIL
NAMA: Syed Mokhtar Albukhary Syed Nor AlBukhary
LAHIR: 1951
ASAL: Alor Star, Kedah
ISTERI: Puan Seri Sharifah Zarah Albukhary
ANAK: Empat (dua lelaki dan dua perempuan)
PEMBABITAN PERNIAGAAN
· 1971: Memulakan perniagaan daging di Alor Star, Kedah.
· 1973: Menceburi perniagaan pengangkutan.
· 1974: Membeli kedai pertama di Jalan Telok Wan Jah, Alor Star.
· 1975: Mengasaskan Shah Enterprise dan memohon lesen Lembaga Padi dan Beras Negara.
· 1976: Memulakan operasi di Jalan Telok Wan Jah.
· 1977: Menubuhkan syarikat pertama di luar Kedah - Bukhary (KL) Sdn Bhd.
· 1978: Menyertai delegasi Pernas ke Pesta
· 1990: Memulakan perniagaan beras di Johor.
· 1996: Menubuhkan Yayasan Albukhary.
KELAS BUSINESS NEGOTIATION
Di dalam persiapan bagi subject akan datang kami diberikan assigment untuk dibentangkan dalam pertemuan ke enam dan ketujuh pada bulan Mei dan juga beberapa case studies dan perbincangan ilmiah di dalam setiap sesi pertemuan. Keseluruhanny Dr Yazam mempunyai pengalaman yang luas di dalam HR dan mampu menyampaikan presentation sebagai Lecturer yang menarik penuntut berinteraksi dan menumpukan perhatian di dalam kelas. Wasalam
Thursday, 17 January 2008
PROJEK HOMESTAY DAN INDUSTRI KAMPONG
Pada 15 Jan 2008 aku menemani anak kedua dan rakannya membuat tinjauan dan perbincangan terakhir projek KORIKULUM Siswa Niaga di kampung Raga Yan Kedah. Projek ini adalah sebagai projek luaran bagi mendapat pemerhatian dan pengalaman projek Home Stay dan Industri hiliran di kampung-kampung dan luarbandar. Dari Sintok jam 1430, kami bergerak ke Yan dan perjalanan mengambil masa hampir 1 jam dengan jarak hampir 80 km melalui jalan tepi pantai. Di Yan kami ke Pejabat Daerah Yan dan seterunya berjumpa Koordinator Ketua JKK Kg Raga En Fissol dan mereka telah membuat perbincangan bagi keperluan lawatan. Selepas itu kami ke Kg Raga untuk membuat tinjauan kawasan dan kami singgah di Homestay Al Hidayah milik Cikgu Rodzi, kami juga bertukar fikiran mengenai projek homestay kendalian beliau dan mendapat maklumat mengenai lawatan pada 18 hingga 19 Jan 2008. Beliau memaklumkan projek ini dikendalikan oleh Ketua JKK Kg dan inya akan diatur susun mengikut keperluan dan objektif projek Siswa. Kumpulan mereka akan melawat Projek Kilang Citautara di Pumpong, seterusnya tiba di kampung Raga pada petangnya dan mengikuti program diatur dengan penginapan di rumah ibu/bapa angkat, keesokan selepas makan tengahari mereka bertolak balik dan singgah di Home n ILab diJitra melawat kilang komponen eletronik.
Berbalik kepada projek Homestay Kg Raga, jika ingin membuat lawatan/program ianya digalakan dibuat semasa musim buah-buahan kerana suasana kampung di Kaki Gunung Jerai yang nyaman dan banyak pokok buah-buahahn seperti durian, rambutan dll. Secara peribadinya projek ini boleh memberi pendapatan kedua selain dari kerja utama penduduk kampung, persoalannya adakah projek ini dapat diuruskan dengan professional kerana kebanyak tempat yang dijadikan projek semakin kurang diberi perhatian oleh penduduk disebabkan masalah kekurangan tenaga muda yang berminat dan juga kemahiran membuat makanan tradisonal dan juga kraftangan. Banyak anak-anak muda berhijrah kebandar kerana mendapat gaji yang lebih atau belajar disekolah, kolej atau universiti. Ramai juga naka muda dan surirumah keluar bekerja di kilang atau pejabat bandar berhampiran dan yang tinggal hanyalah warga emas dan surirumah yang setia menjaga kampung dan kurang berkemampuan mengendalikan projek yang lebih besar risikonya. Didapati juga projek ini hanya gah diperingkat awal dan semakin menurun kualitinya disebabkan masalah pengurusan dan juga dana/bantuan kerajaan. Wasaalam.
Wednesday, 16 January 2008
KANCIL KAX
Kancil in sekarang telah mencapai hampir 15,000km, jadi kami telah menggunakan kenderaan ini hampir5 bulan dan semalam bateri pula 'kong' dan ianya berbaloi kerana bateri 'Century' digunakan sejak 23 Mei 2005. Bateri sekarang juga naik harga bagi kenderaan kancil harganya RM 140.00 dan di "trade in" sebanyak RM 10.00. Sehingga kini kenderaan ini baru di "servis" minyak hitam RM 5.00 itupun upah "labor charge" manakala minyak injin pula dari stok simpanan. Peristiwa semalam adalah kemuncak bateri kong sebab sebelum sebelum ini kenderaan susah dihidupkan dan sekali bunyi siren pendek, remote juga agak sukar dibuka. Pagi semalam semasa hantar Emee dan Hasriee kabus tebal walaupun jam 0715 pagi dan selepas hantar kesekolah kami ke gerai bersarapan pagi, setelah selesai sarapan kami ke kereta dan didapati lampu tidak dipadamkan dan tidak dapat dihidupkan. Dan tidak syak lagi bateri pasti kong, dan pagi tu terbarai RM 130.00. Bateri juga naik harga hampir 45 peratus dari tahun 2007. Pengajarannya kalau tanda tanda
Monday, 14 January 2008
KERJA SAMBILAN SEMENTARA MENUNGGU KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Kebanyakan kedai-kedai, restoren, ladang, rumah, pembinaan dan pasar raya mengaji pekerja Indonesia, Mynmar, Bangladesh, Pakistan dan Thailand. Rakyat tempatan tidak sanggup bekerja memandangkan upah tidak setanding dengan pekerjaan yang dilaksanakan. Tambahan pula akibat dari kemajuan dan perubahan minda anak-anak muda lebih senang menggangur dan ibubapa tidak kisah kalau anak tidak bekerja kerana masih mampu menyara anak-anak. Persoalanya ramai ibubapa tidak sanggup melihat anak-anak bekerja teruk dan akan jatuh taraf/air muka kalau anak-anak kerja kontrak, buruh, atau kuli. Alangkah baiknya anak-anak ini disuruh bekerja agar dapat menaikan semangat untuk berdaya saing dan mengenal kepentingan ilmu pendidikan baik secara formal atau tidak formal. Kalau bekerja dibidang perniagaan mungkin menanam minat mereka untuk membuka perniagaan di masa hadapan, jika melibatkan pertanian boleh menjadi peniaga atau pemborong. Pengalaman yang diperolehi nanti mungkin membuka mata dan semangat untuk maju. Kalau dilihat ramai jutawan bangsa Tionghua (Mendiang Goh Tong, Boon Siew, , Yap Ah Loy) dahulunya bekerja sendiri atau jadi kuli tetapi disebabkan pengalaman dinegara asal mereka nampak begitu banyak lubuk emas di Malaya yang belum diterokai. Mereka bersatu di bawah Persatuan Agama, Keturunan, Dewan Perniagaan, Kesihatan (Tai Chi, Qing Gong) bagi mendapatkan dana dan bantuan nasihat. Kalau dilihat begitu banyak persatuan ini mempunyai pejabat dan rumah kedai di bandar-bandar, mungkin juga disebabkan survival dan minoriti mereka terpaksa mengambil inisiatif sedemikian? atau kalau ingin maju mesti ada networking? Biar apapun kalau kita belajar tentang perniagaan yang pastinya networking (rangkaian), khidmat nasihat dan bantuan modal adalah paling penting.
Kita semua perlu berubah dan masa sekarang adalah langkah pertama untuk menyuntik semangat berdikari dan kita juga jangan lupa memastikan mereka melangkah dengan betul dengan memberi rangsangan dan nasihat. Pegangan agama dan solat perlu juga ditekankan agar mereka tidak terus lupa tanggungjawab dan menjadi pekerja yang cemerlang dan dihormati, InsyaAllah dengan teras agama dan moral yang baik, majikan bukan Islam pasti hormat kepada orang Islam. Jika dilihat dan ditinjau pandangan dari orang bukan Islam kita hanya cakap tidak serupa bikin, berapa ramai orang melayu dikatakan malas, tidak boleh percaya, penipu, penagih dan pencuri? Disebabkan segelintir anak bangsa yang malas dan penyakit di atas, pandangan dan persepsi buruk terhadap orang islam/Melayu ini masih menebal di kalangan bukan Islam.
Oleh itu, biarlah mereka berdikari dan kita memberi sokongan untuk mereka terus bertanggungjawab. Zaman dahulu peluang sebegini mungkin tidak banyak dan lebih kepada membantu ibubapa diladang, kebun atau menjaga adik dirumah. Peluang untuk makan gaji semakin sukar dan kalau dilihat ramai yang berjaya hidup mewah jika terlibat di dalam perniagaan walaupun cabarannya amat besar. Ada juga yang membuat dua dan tiga pekerjaan sekaligus, seperti bekerja sebagai buruh dan disebelah petang berniaga dan juga bertani, walaupun sibuk tetapi masih sempat mendidik anak-anak hingga berjaya. Oleh itu, kita perlu melangkah dan sentiiasa berfikiran positif asalkan usaha itu halal dan bermanfaat didunia dan di akhirat. Syabas buat Cik C Mart dan Lang Guardian, usaha itu tangga kejayaan dan perlu dikuatkan dengan keimanan, solat itu tiang agama. Wassalam
CERITA MASA KADET
Semasa masuk ke RMC Cadet Wing, aku tiada kenalan kecuali rakan semasa lulus No 1 Board di P.Pinang iaitu Sdr Nasir, Joseph, Md Din sama satu kompeni (Abdul Rahman), dan Mathaven (dah berhenti) adalah rakan yang dikenali, yang lain adalah asing bagi kami. Ini pula pertama kali (umur 19 tahun) aku menjejak kaki di KL Sg Besi. Sebelum bertolak aku membuat persiapan awal dengan bantuan ayah dan ibu, walaupun ibu tidak berapa setuju, beliau membuat persiapan dengan menyediakan bekalan makanan, aku masih ingat tali leher berwarna coklat dipinjam dari Pak Long Azizan depan rumah. Mana pernah pakai tali leher jadi kenalah buat latihan tapi tak juga pandai-pandai. Kami dikehendaki memakai baju warna putih, seluar hitam dan kasut/stokin hitam. Dari Alor Star aku mendapat kelayakan tempat duduk di Kelas Kedua, Semasa tiba di Stesen Keretaapi Kuala Lumpur (lama) kami dikumpulkan di satu sudut dengan notis Pegawai Kadet dilekatkan di ruang legar KTM. Pengalaman pertama juga menaiki trak 3 tan M benz dan aku tak pasti kemana dibawa sehingga lah kami sampai ke pintu pagar RMC, semua kepala terkijal-kijal melihat lanskap menarik seperti istana dengan pemandangan menarik berlatarbekang Bkt Besi dan Sand Dune. Dalam trak ada yang bercerita tentang kebengisan senior, jurulatih dan Mat Jo, mungkin mereka ini dapat maklumat dari rakan atau saudara-mara yang pernah belajar di RMC atau Kadet wing. Kami juga dapat maklumat ada yang datang naik bas, teksi kena turun diBalai Pengawal dan kena berjalan kaki ke Cadet Wing
Setibanya di RMC jam 10 pagi, kami dikumpulkan di Dewan Templar, dan diberikan taklimat oleh Jurulatih dan senior, rupa-rupanya kami adalah kumpulan orang awam yang terpilih manakala sebahagian lagi nampak 'confident' pula dari AFAAT dan Boys wing. Kami juga tak tahu dalam kelompok kami, ada 5 Kadet wanita pertama (Norisham, Norkhiah, Rozita, Azaliah and Fadzellette). Budak kampong seperti aku dan rakan-rakan lain masih terpinga-pinga dan sentiasa mematuhi arahan dengan penuh ikhlas dan tepat pada masanya. Selesai melapor, mengambil katil, tilam dan keperluan kami diasingkan mengikut kompeni dan dibawa kebilik penginapan 3 tingkat. Abdul Rahman Kompeni ditingkat satu, Alam Shah di tingkat dua dan Syed Putra di tingkat 3. Malam itu kami diberi taklimat dan keesokan harinya diberikan uniform tentera dan juga diukur pakaian dengan Tukang Jahit Mak Yu dan Mansoor tailor. Kasut wellington juga dibuat mengikut saiz kaki oleh Cobler. Aku rasakan seperti nak cabut balik sebab semuanya diurus sendiri dan mesti ikut perintah dan kalau lewat kena marah, lepas itu semakin lama semakin kuat hukuman dari tekan tubi pakai penumbuk, forward roll, lompat katak, pusing heli, starlight dan macam-macam punishment. Sepak, lempang, ketuk dah macam biasa. Nak lari balik tidak tahu arah tuju, lagi pula malu nak balik sebab alang-alang menyeluk pekasam biar ke pangkal lengan. Selepas jam 1800, senior pula ambil alih menjaga kami, kalau silap aje kena change parade, tornado, star light, kit inspection, cuci corridor. Masa makan juga kami kena tertib, makan mesti bersudu dan napkin, semua masakan dihidang oleh pelayan di dewan makan, pengalaman semasa makan kami kena halau keluar dari dewan sebab bunyi bising bercakap, sudu jatuh dan ada yang kena makan dibawah meja. Ada yang kena lari satu pusingan padang kawad jika ada kesalahan individu seperti pakaian tak betul, baju tak bergosok, datang lewat dll. Kadangkala kami kena makan tak sampai satu minit lepas tu kena berlari pulak. Semua ini kami lalui dengan tabah dan lama kelamaan kami memahami tentang disiplin, patuh arahan, hidup rejimental dan semangat setiakawan. Sikap saling membantu, menegur, memeriksa sesama kami sebelum diperiksa oleh senior atau jurulatih. kami juga baru memahami kalau jurulatih banyak membuat teguran kepada senior disebabkan kesalahan junior, senior akan dimarahi kerana gagal mengajar junior.
Selama satu tahun kami diawasi dan dibimbing oleh senior dan jurulatih. Kenangan padang pawai juga mengingatkan aku kepada cara berkawad, aku yang tak pernah diajar berkawad terpaksa mengikuti latihan tambahan dan kena ambil 2 kali ujian kawad. Hari minggu semua kawan yang lulus boleh relax, kami yang kawad kanan, kanan, kiri-kiri kena buat latihan tambahan. Sebelah malam kami selepas 'prep hours' kena cuci mess, meriam dan juga lobby sehingga jam 11 malam dengan pakaian seluar 'PT blue' bodoh dan baju hijau T berlubang/net dan pakai kasut putih dikiwi hitam. Pakaian fitik ini kena pakai hampir 3 bulan sebelum kami dibenarkan memakai baju T putih, seluar pendek putih dan berkasut putih. Sebulan aku tidak tahu hari bulan dan dunia luar, sehinggakan kami dipaksa oleh senior dan jurulatih menghantar surat ke kampung, senior akan pastikan kami tulis dan dipos oleh senior kepada keluarga kami. Setiap dari kami kena ada gambar ibu bapa dan girlfriend di dalam bilik, kalau tiada keana buat laporan bertulis, jadi gambar girlfriend aku gunakan gambar Maksu dan kakak semasa melawat Singapura Tahun 1978.
Pakaian makan malam dan prep kami dikehendaki memakai baju kelabu berjalur, seluar hitam dan kasut kerja. Pakaian ini juga dipakai bila keluar outing ke bandar dihujung minggu. Bayangkan kepala botak (bergunting pendek No 1), berkilat, bertali leher berkumpulan dan ada juga yang kena tangkap dengan senior sebab tukar pakaian diluar kem dan sekembalinya kami kena punishment dengan battle order. Kadangkala setiap malam, tetapi yang pastinya malam minggu kami kena "roll call" baris malam dan sampai jam 2 ke 3 pagi kena "change parade", masuk longkang, panjat tangga kadet wing dan adakalanya berjalan dalam longkang menyusup ke tempat merempuh halangan. Semua latihan dan deraan ini membuat kami lasak dan sentiasa melaksanakan dengan penuh tekanan tetapi lama kelamaan kami sudah pandai curi tulang. Ada rakan-rakan yang terselamat dengan helah MC, "attend", buat-buat pengsan, histeria dll cara agar dapat mengurangkan tekanan. Selama setahun, senior melatih, mendera kami dan saat senior tauliahlah menjadikan kami semua memahami erti tanggungjawab, accountability, role model kerana tahun berikutnya kami akan jadi senior. Senior TJT 20 hanya 23 orang sahaja, jadi kami dapat juga mengilat kerana jumlah kami paling ramai hampir 70 orang. Kami apabila menjadi senior, hanya 26 junior melapor, jadi hanya appointment kadet melibatkan diri melayan mereka, lagi pula pada tahun 1983 senior tidak dibenarkan lagi "ragging" menggangu junior kadet dan jika ditangkap akan dibuang dan dilucutkan dari latihan Pegawai Kadet.
Ini membuatkan junior kadet dan kadet tahun1983 ke atas kurang mesra dengan senior dan kurang semangat setiakawan. Sekarang kaedah ragging digantikan dengan program induksi, suaikenal dan tiada "body contact" seperti zaman tahun dahulunya. Kami juga kurang mendapat ragging dari senior (dilakukan secara diam dan tidak mencederakan) semasa memasuki perkhidmatan disebabkan campurtangan politik, dasar ATM yang lebih bersifat mendidik menggunakan kaedah mentoring, guidaince, kaunseling dan ianya beredar mengikut zaman. Dahulu sukan bola sepak, ragbi, merentas desa dan hoki adalah sukan wajib. Kalau dahulu ragging yang "sadists" adalah lebih kepada latihan membentuk kekuatan mental, saikologi, fitness dan keberanian untuk melawan komunis yang terkenal kejamnya. Bayangkanlah semasa meronda atau memburu komunis, rakan kena tembak, boby trap menyebabkan kehilangan nyawa dan anggota badan, kalau pegawai tidak diajar dan diberi keberanian adakah mampu mereka menjadi pegawai yang berani dan tenang?. Semasa dalam latihan diajar apabila ditawan musuh walaupun diugut bunuh, didera, dikelar hanya maklumat mengenai nama dan no tenetera sahaja dimaklumkan lain-lain maklumat diibaratkan biar pecah diperut jangan pecah dimulut, atau dalam masa latihan diajar dengan kata-kata semangat biar bermandi peluh jangan bermandi darah. Secara tidak langsung latihan yang berterusan, bebanan dan deraan semasa latihan memberi kekuatan dan membentuk peribadi seorang pegawai mengikut acuan yang ditetapkan. Bersambung........
Saturday, 12 January 2008
KEBAKARAN DI PEKAN CHANGLOON
Yang lebih menarik kebanyakan kereta bomba ini adalah dari pasukan Bomba Sukarela dan hampir keseluruhan mereka adalah bangsa Tionghua, jelas kesedaran tinggi mereka di dalam menanggotai badan sukarela, mungkin disebabkan kedudukuan ekonomi dan juga mereka perlu menjaga harta benda (ekonomi) sebelum menanti Pasukan Bomba yang jauh dibandar-bandar besar. Kebaikan ini mungkin juga dapat membantu pihak lain tidak kira bangsa dan agama. Dilihat juga pekedai berhampiran dan orang ramai membantu memancutkan nozzle bomba ke arah kebakaran.
Inilah pengalaman pertama melihat kebaran besar bangunan. Berbalik ditempat kebakaran didapati hose air bomba berselirat disekeliling bangunan dan setiap anggota bomba cekap memadam kebakaran dengan bantuan orang awam. Air diperolehi dari pili bomba dan juga sungai dan longkang besar disekeliling bangunan. Semasa sampai, api telah hampir padam dan telah pun memusnahkan hampir 12 daripada kedai yang tinggal hanya dikedai tepi kiri dan kanan dan apai masih marak di 2 buah kedai dimana punca kebakaran disyaki berlaku. Kedai runcit dipercayai menyimpan stok minyak masak masih menyala walaupun pancutan air dituju kearahnya, jadi pihak bomba hanya menyembur air disekeliling kawasan agar tidak merebak ketempat lain. Di sekeliling kawasan didapati pancutan air dari hose air bocor macam pesta "Songkran" Thailand dan diselebungi asap dan sinar matahari petang. Aku juga berpusing membuat pemerhatian tempat kebakaran dan tiada ada barangan yang dapat diselamatkan cuma beberapa tong gas dan peralatan dari klinik keluarga. Kedai yang terbakar ialah kedai runcit Ramesh dan Kumar, Perabong Hong, Kedai eletrik, kedai makan cina, kedai ubat cina dan stor getah skrap. Kedai kosong ditepi dan kelinik keluarga hanya terbakar dibahagian dinding. Di dalam kesibukan orang membantu dan memerhati kebaran ada juga insiden peragut, jadi ramai yang berhampiran dengan insiden mengejar sipencuri, jadi bertambahlah khabar angin dan cerita tentang sipencuri, begitu juga ada ramai wartawan tidak bergaji memaklumkan tentang punca kebakaran, masa kejadian dan berbagai lagi cerita. Hampir jam 1900 aku bergegas balik dan dilihat jalan ke arah Alor Star sesak teruk, dan aku perlu bergerak balik ikut jalan Sintok lama UUM dan buat pusingan balik highway UUM/Perlis masuk ke Titi Kerbau danberpatah balik ke Pekan Changloon, perjalanan 2 kilometer menjadi 8 kilometer. Semasa balik aku dapati jalan dari Bkt kayu Hitam sesak teruk. Pada malamnya kami ke UUM makan Roti Naan dan Tandoori dan jam 1000 malam kami kembali ketempat kejadian dan masih ramai orang datang meninjau tempat kebakaran dan didapati tinggal 3 buah kereta bomba masih memadam sisa kebakaran yang masih menyala dikedai runcit samada stok minyak masak atau barangan plastik, getah. Ramai yang datang dari jauh Pekan Jitra, Kodiang, Arau setelah mendapat berita dari jiran dan juga berita jam 8 malam.
Istilah api bila kecil jadi kawan bila beasar jadi lawan amat bertepatan kerana kebakara yang besar memusnahkan kedai sekelip mata dan tiada yang selamat, tapi kalau kecil boleh menerangi hidup, memasak makanan yang enak dll bagi manfaat manusia. Bayangkalah api diakhirat yang menanti manusia di atas balasan jahat/dosa walaupun kecil tapi ianya amat menyeksakan.
Wassalam
Sunday, 6 January 2008
JUMPA SKOT LAMA
Hampir satu jam di Tkt 4 PSB kami ke COB, kami ke pejabat Kapt (B) Mestakin yang sekarang jadi Pensyarah di Fakulti Perniagaan (Logistic and Tpt Planning). Zaman berubah, skot semasa YO KP dan YO Tactic di Kota Belud, dah berjaya menjadi Pensyarah dan sekarang sedang peringkat akhir Phd. Kami salute di atas usaha beliau walaupun tidak berjaya di dalam kerjaya ATM, beliau menceburi bidang logistic di KONNAS setelah berjaya lulus CIT (UK) (Persendirian) dan seterusnya mengambil Master dan Phd.
Selepas berborak kami 'lunch' di Batu 15 jalan UUM Sintok. Selesai kami ke FSM jumpa Lt Kol Kama (Datuk K diberi gelaran rakan kuliah) yang baru hari kedua mengikuti Sarjana MHRM. Kenangan lama dan juga kata-kata semangat untuk terus berjaya di dalam pengajian dan mencari ilmu baru menjadi tajuk perbualan. Kami juga berbangga walaupun umur sudah senja dan perkhidmatan berbaki 2 tahun, beliau sanggup menghabiskan cuti hujung minggu dengan memandu dari Penang ke UUM semata-mata untuk mengapai segulung Sarjana. Inilah hakikat bahawa ilmu pengetahuan amat berharga bagi mendapat peluang pekerjaan ataupun untuk menghabiskan waktu hari tua dengan lebih berkualiti. Wasalam
Friday, 4 January 2008
PAK CIK MASDIK LABUAN
Memandangkan kontrak di Labuan dan pasaran terhad Pak Cik bercadang membuka restoren di KK, dan sekarang berada di Rumah Pak Ngah Ahmad di Putatan sementara mencari peluang di KK. InysaAllah usaha dan berkat keizinan, Pak Cik akan berjaya membuka restoren kerana di Labuan beliau amat dikenali oleh rakan dan kenalan dari semenanjung yang bekerja di Labuan. Dengan pengalaman sebagai Chef kapal pasti beliau akan berjaya cuma menanti masa dan waktu yang sesuai dan yang pastinya mendapat rahmat dari Allah Subhanahuwataala. Pak Cik sekurang-kurang dapat pencen dan yang paling istemewa ialah kepakaran di dalam bidang sajian.
Thursday, 3 January 2008
SALAH LAKU MORAL
Selepas 24 jam mengaku dan tidak melepaskan mana jawatan, Dr Chua membuat kenyatan akbar yang dia melepaskan semua jawatan dan kekal menjadi ahli biasa MCA. Beberapa intipati dan kenyataan beliau dijadikan pelbagai pesepsi dari pelabagai ras dalam masyarakat malaysia. Kalau pesepsi melayu ramai memrlukan pemimpin yang warak dan cakap serupa bikin, kalau dari segi Islam wajar dihukum rotan kerana berzina sebagai pengajaran kepada yang ingin melakukan perkara serupa. Pesepsi bukan Islam pasti juga menganggap ianya kesalahan moral, begitu juga di Barat, diTimur pastinya awal-awal lagi meletak jawatan tanpa meletakkan keputusan kesalahan dan bebanan kepada pihak atasan atau sokongan masyarakat.
Biar apapun, setiap kita mesti percaya ungkapan ' Think before you speak' especially to the politician. Dari sudut agama, setiap pemimpin perlu dan sentiasa menjaga tingkah laku, diakhirat nanti setiap kelakuan yang baik atau buruk pasti disoal. Biar apapun peroalan dan pesepsi atau keputusan sebagai manusia, kita mesti percaya jika kita berbuat baik pastinya di balas dengan kebaikan, biarpun difitnah atau dirancang kejatuhan tetapi yang pentingnya setiap kejadian adalah sebagai satu peringatan dan pengajaran. Pengajaran yang boleh dibuat adalah seperti berikut:
* Moral yang baik datang dari didikan dan kekuatan iman.
* Berfikir sebelum bercakap.
* Yang tidak baik jangan dihampiri/didekati. Jauhi maksiat.
* Sebelum menginap dikawasan baru/bilik buat pemeriksaan physical agar tidak dicerobohi seperti pemasangan alat perakam. Kalau mandi dibilik air padam lampu atau pakai kain basahan jangan mandi cowboy atau cowgirl.
* Bila berada di atas jaga disiplin dan tingkah laku kerana ramai memerhati dan ramai irihati.
* Jangan anggap diri kita kebal, sebab ada yang lebih berkuasa daripada kita iaitu Allah Subhanahuwataala.
Wassalam
Tuesday, 1 January 2008
RUMAH DI ABLELINK ENDAH
Rumah dihuni pula oleh serangga perosak Siputih anai-anai, setelah disiram ubat pemusnah anai-anai berkurangan. Setiap 6 bulan kami balik mengemas dan membersih laman. Pada 28 Dis 2007, kami dapati meter air dicuri orang dan air memancut, jadi terpaksalah membeli flexible paip disambung ke dalam rumah, dan ditutup kembali. Buat masa ini tak perlu dimasukkan meter air takut dicuri lagi. Sekarang ini , penyangak besi buruk, menjadikan sasaran meter air dan lebih malang lagi dibiarkan air melimpah bayangkan berapa banyak kerugian dan pembaziaran akibat daripada penyangak yang tak bertanggungjawab. Masalah ini hingga sekarang tidak dapat diatasi oleh TNB dan juga Syabas (Sykt Bekalan Air Selangor) dan sudah tiba masanya kedai besi buruk, barang lusoh diserbu dan dicatatkan penjual barangan tersebut. Sepatutnya syarikat besi buruk diletakkan dibawah kawalan polis dan diwajibkan melapor jika penjual adalah kalangan penjenayah.
OSEMAN CLASSIC GOLF CHALLENGE 2007
BERAKHIR TAHUN 2007, DAN AWALTAHUN 2008
Dalam berita jam 2000 cerita serupa tahun sebelumnya dengan gambar Mat Punk tak berbaju dan terkinja-kinja, mabuk, hidu gam, kekotoran, lucah dan kawasan dipenuhi sampah sarap serta pergaduhan kumpulan anak muda. Macam cerita lama juga 'countdown' di dataran Merdeka, Bintang Walk, Sunway Pyramid, Danga Bay, Penang Fort Corwalis berhimpunnya orang kenamaan, biasa, belia dengan program diisi dengan hiburan baik diajur oleh kerajaan atau swasta. Alangkah baiknya majlis ini diisi dengan program berfaedah sepertimana tabung Tsunami, Mangsa banjir dll. Majlis boleh dibuat dengan lebih berhemah dan tertib, Jika ini dibuat dengan pengisian minda dan jelmaan anak muda mengikut acuan barat, satu masa nanti sambutan akan lebih teruk dengan perbuatan yang lebih tidak senonoh. Ruang menyambut tahun baru boleh dibuat diperingkat taman perumahan dengan ceramah dan pamiran peristiwa tahun 2008 serta matlamat 2008, kalau ada hiburan boleh dibuat ditempat tertutup seperti di stadium agar mudah dikawal dan dipantau segelintir manusia yang nakal dan adventurer.
Ceramah mengenai kejayaan dan halatuju boleh menjadikan manusia lebih bermatlamat dan mengetahui batas-batas yang perlu dipatuhi. Di taman tepat jam 12 tengah malam , kemeriahan bunga api juga dilancarkan bagi memeriahkan sambutan tahun baru. Alangkah baiknya pada awal pagi 2008, dimulakan dengan aktiviti bersenam, dan bukanya mulai 2008 dengan tiduk dari jam 5 pagi hinggz 12 tengahhari? terutamanya yang hadir di majlis sambutan, baik yang atas atau yang bawah pasti ada yang terlepas solat atau rezeki waktu pagi. Azam tahun 2008 boleh juga ditulis dan dibincangkan bersama keluarga bagi mencapai matlamat tahun 2008. Di Kedah awal tahun baru tiada cuti umum dan pastinya ramai yang hanya menyambut tahun baru dipejabat dengan ucapan dan semangat baru. Bulatkan azam dan tekad agar pengalaman pahit tahun lalu tidak kembali dan mencatatkan azam tahun 2008 dengan lebih dinamik dan sistematik. Wassalam
MASUK SEKOLAH TAHUN SATU DAN TAHUN 6
ADIK WAN AKAD NIKAH
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
SIAPA SAYA
Blog Archive
-
▼
2008
(92)
-
▼
January
(16)
- BLACK FOREST GOLF AND COUNTRY CLUB
- MOHTAR ALBUKHARY
- KELAS BUSINESS NEGOTIATION
- PROJEK HOMESTAY DAN INDUSTRI KAMPONG
- KANCIL KAX
- KERJA SAMBILAN SEMENTARA MENUNGGU KEPUTUSAN PEPERI...
- CERITA MASA KADET
- KEBAKARAN DI PEKAN CHANGLOON
- JUMPA SKOT LAMA
- PAK CIK MASDIK LABUAN
- SALAH LAKU MORAL
- RUMAH DI ABLELINK ENDAH
- OSEMAN CLASSIC GOLF CHALLENGE 2007
- BERAKHIR TAHUN 2007, DAN AWALTAHUN 2008
- MASUK SEKOLAH TAHUN SATU DAN TAHUN 6
- ADIK WAN AKAD NIKAH
-
▼
January
(16)