Dah hampir 5 bulan aku beli kancil sebagai kereta kedua. Kereta ini dibeli dari adik ipar masa itu "mileage" baru 9000 Km. Kereta ini didaftar pada bulan 2, 2000 dan semasa dibeli 20 Ogos 2007 masih original dengan tayar masih tidak haus. Kereta ini jarang dibawa jauh kecuali ke sekolah dalam lingkungan 2 km. Masa nak tukar nama polisi JPJ agak menyusahkan kerana penjual dan pembeli sendiri perlu ke JPJ buat pengesahan. Sebelum itu kenderaan perlu ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan. Kalau sebelum wujud PUSPAKOM semua ini dijalankan oleh JPJ dan apabila proses baru dijalankan bayaran dibebankan kepada pengguna. Disebalik membuka ruang pendapatan kepada kerajaan ianya dapat mengurangkan masalah penipuan dan rasuah. Persoalannya adakah penipuan tidak berlaku? Jika dilihat kemalangan disebabkan oleh masalah mekanikal kenderaan, banyak kenderaan tidak mengikut speksifikasi JPJ/Ordinan JalanRaya 1994 masih berluasluasa dan pasti ada yang tidak kena? begitu juga kedai kereta potong juga banyak dibuka dan ianya juga menyumbang kepada pelbagai masalah seperti kereta curi, penukaran enjin dan kereta potong, inilah yang perlu dibenteras dan pemeriksaan oleh pihak berwajib bagi menyelesaikan masalah ini. Kalau JPJ buat pemeriksaan di jalan raya ianya juga menyusahkan penguna jadi JPJ perlu pandai membuat pemeriksaan mengejut dan menggunakan kaedah-kaedah yang mampu mengurangkan kesesakan jalanraya.
Kancil in sekarang telah mencapai hampir 15,000km, jadi kami telah menggunakan kenderaan ini hampir5 bulan dan semalam bateri pula 'kong' dan ianya berbaloi kerana bateri 'Century' digunakan sejak 23 Mei 2005. Bateri sekarang juga naik harga bagi kenderaan kancil harganya RM 140.00 dan di "trade in" sebanyak RM 10.00. Sehingga kini kenderaan ini baru di "servis" minyak hitam RM 5.00 itupun upah "labor charge" manakala minyak injin pula dari stok simpanan. Peristiwa semalam adalah kemuncak bateri kong sebab sebelum sebelum ini kenderaan susah dihidupkan dan sekali bunyi siren pendek, remote juga agak sukar dibuka. Pagi semalam semasa hantar Emee dan Hasriee kabus tebal walaupun jam 0715 pagi dan selepas hantar kesekolah kami ke gerai bersarapan pagi, setelah selesai sarapan kami ke kereta dan didapati lampu tidak dipadamkan dan tidak dapat dihidupkan. Dan tidak syak lagi bateri pasti kong, dan pagi tu terbarai RM 130.00. Bateri juga naik harga hampir 45 peratus dari tahun 2007. Pengajarannya kalau tanda tanda

No comments:
Post a Comment