Saturday, 19 January 2008

KELAS BUSINESS NEGOTIATION

19 Jan 2008. Semalam kelas pertama Bsn Nego diajar oleh Assoc Prof Dr Mohmad Yazam Shariff. Ini jugakali pertama aku berjumpa dengannya walaupun pernah dengar nama beliau melalui senior. Subject ini sebagai audit sebab aku telah menamatkan semua subject core dan elective (10 Paper). Subject ini melibatkan basic concepts in negotiations within bussiness settings; discuss issues relating to the negotiation process; apply the concepts learnt to various work-situations or work related contexts. Dalam kelas, seramai 13 siswa dengan melibatkan seramai 4 peserta luar negara iatu 2 dari Jordan, seorang dari dari Libya dan seorang wanita dari Somalia. Kelas pertama ini juga mengambil masa dari jam 9 -12 dan 2 hingga 5 ptg. Di antara perkara penting di dalam pelajaran pertama iala Conflict management melibatkan in action, comprising,competiting, collabrating and accomodate in relationship and outcome. Ianya mengambarkan tahap perbincangan yang boleh diambil di dalam membuat keputusan. Selain itu, tahap tabiat dan peragai manusia mengikut tahun kelahiran seperti orang yang lahir tahun 1950-1960 dipanggil Baby Boomer, 1961-1970- Jen X dan post 80 ke atas dikenali dengan Jen Y. Di dalam klassifikasi tersebut banyak kajian membuktikan sikap dan perangai seseorang mengikut klassifikasi boleh dijadikan panduan apabila mengurus kelompok manusia yang lahir di dalam kelompok masing-masing. Generasi baby Boomer lebih tabah dan banyak menghadapi getir dan kesusahan kehidupan, berbanding Jen Y, manakala Jen X mula mendapat pendidikan dan sentiasa berusaha dengan lebih kuat dan mampu melahirkan Jenerasi ketiga Jen Y. Jen Y mengambil mudah di dalam hal-hal kehidupan, kurang keyakinan dan lebih terdedah kepada ICT bermakna mereka adventurers.
Di dalam persiapan bagi subject akan datang kami diberikan assigment untuk dibentangkan dalam pertemuan ke enam dan ketujuh pada bulan Mei dan juga beberapa case studies dan perbincangan ilmiah di dalam setiap sesi pertemuan. Keseluruhanny Dr Yazam mempunyai pengalaman yang luas di dalam HR dan mampu menyampaikan presentation sebagai Lecturer yang menarik penuntut berinteraksi dan menumpukan perhatian di dalam kelas. Wasalam

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive