Friday, 4 January 2008

PAK CIK MASDIK LABUAN

Panggilan dari Pak Cik Masdiq sebelah isteri tidak diduga setelah hampir 1 tahun 6 bulan kami balik dari semenanjung. Kali terakhir kami melawat pak Cik semasa bercuti di Labuan, tetapi waktu itu beliau balik ke semenanjung hanya dapat jumpa Mak Cik yang asal dari Selatan Filipina. Pak Cik adalah bekas Bintara Kanan (Chef) Navy di Labuan semasa bertugas dan setelah pencen menetap dan membuka kedai makanan di Labuan berhampiran Masjid W.P Labuan. Beliau pernah berkhidmat dan membawa balik KD Mahawangsa dari Peranchis ke Malaysia
Memandangkan kontrak di Labuan dan pasaran terhad Pak Cik bercadang membuka restoren di KK, dan sekarang berada di Rumah Pak Ngah Ahmad di Putatan sementara mencari peluang di KK. InysaAllah usaha dan berkat keizinan, Pak Cik akan berjaya membuka restoren kerana di Labuan beliau amat dikenali oleh rakan dan kenalan dari semenanjung yang bekerja di Labuan. Dengan pengalaman sebagai Chef kapal pasti beliau akan berjaya cuma menanti masa dan waktu yang sesuai dan yang pastinya mendapat rahmat dari Allah Subhanahuwataala. Pak Cik sekurang-kurang dapat pencen dan yang paling istemewa ialah kepakaran di dalam bidang sajian.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive