Hari Raya Korban tidak semeriah hari raya aidil fitri, budaya dan amalan melayu dah dididik sebegitu. Pertamanya puasa 30 hari dan esoknya raya pasti semuanya tunggu. Tetapi disebalik Aidil Adha, Rayanya bagai hari biasa cuma kalau keluarga terdekat ke Mekah pastinya menanti dengan penuh debaran dan mengingat orang tersayang. Begitu juga yang buat korban lembu/kambing yang diwajibkan pastinya merasakan kebesaran hari tersebut. Fadilatnya Hari Raya Haji 3 hari boleh bertakbir sedangkan hari raya puasa selepas sembahyang raya tak boleh lagi. Tahun ini aku kena tugas kat Langkawi bertugas sebagai AO dan perlu bertugas mulai 28 hb. Jadi terpaksalah berkorban. Inilah kalau yang merancang tidak melihat bagaimana besarnya hari raya korban, mungkin mereka ada alasan kenapa perlu buat LIMA09 mulai 1 hingga 6 Dis. Memang benar 1 hb dah jatuh5 hari raya tetapi yang terlibat dibelakang tadbir mula bergerak 25 hb ke Langkawi.
Raya kali ini, semua anak balik sebab cuti sekolah dan semester. Tetapi aku hanya dapat beraya hari pertama sahaja. Dah tu, aku terpaksa juga wakilkan bahagian korban aku kepada isteri untuk buat korban kerana pihak surau AlHaq adakan korban hari kedua raya (28hb). Flt ke Langkawi, tikit hanya dapat ari ini jam 1500, jadi tak pasti jam berapa terbang. Semalam aku 2 kali ke Sek LIMA tkt 7 untuk dapatkan tikit tetapi hampa kerana yang berurusan boleum dapat membuat tempahan tikit. Walaupun tak beraya 3 ari bersama keluarga inilah sekelumit pengorbanan terhadap tugasan. Aku di LIMA09 sebagai AO kepada H.E Senoir Gen Thien Swhe MOD Mnyamar. Inilah pengalaman kedua di LIMA. Tahun 95 aku jadi site supervisor kepada LIMA-LaProton, masa tu student kat ITM. Aku bersama coursemate CIT buat part time sambil menimba pengalaman di sana. OK juga sebab dapat luang masa meninjau perjalanan LIMA. Waktu itu menginap di rumah sewaan dan diperuntukan van, jadi bersama-samalah dengan rakan-rakan berhimpit ke pusat pamiran. Kali ini dapat menginap di Mutiara Burau Bay walaupun twin sharing dengan AO lain. Aku juga sedang sakit mata dah masuk hari kelapan, semalam dan ari ini MC dan tak pastilah samaada boleh buat tugasan nanti. Mungkin kat Langkawi jumpa MO nak tahu status mata yang sakit. Ari ini juga isteri sibuk sediakan ketupat, rendang dan sambal goreng. Buat sikit-sikit untuk anak-anak dan kalau ada tetamu yang datang. Tahun depan juga kena mula simpan wang bagi korban yang lebih sikit, pasang niat dan kena istiqamah menabung bagi tujuan yang baik. Wasaalam.

No comments:
Post a Comment