HAMPIR MENCECAH USIA JUBLI PERAK ULANG TAHUN PERKAHWINAN, PASANGAN YANG BERKAHWIN TAHUN 1984 ANAK-ANAK SUDAH MENCECAH UMUR 24 TAHUN. PASTI ANAK-=ANAK ADA YANG TELAH MULA BERKENDIRI , BEKERJA DAN ADA YANG AKAN MEMBINA MAHLIGAI BARU. RATA-RATA SKOT MEMPUNYAI ANAK-ANAK YANG MENCECAH 20 TAHUN. TAHUN 2010 KE ATAS PASTI AKAN RAMAI MULA MENGUTUS KAD JEMPUTAN WALIMATULURUS. 31 OKT 09, AKU MENGHADIRI MAJILS KAHWIN RAKAN SEMASA DI MELAKA, MAJLIS DI RUMAH PENGANTIN LELAKI DI PUNCAK BKT JALIL. MAJLIS SERBA UNGGU ADALAH TEMA, DAN SETIAP HADIRIN DIBERIKAN BUAH TANGAN, BUKAN LAGI BUNGA TELUR, TETAPI BEG KERTAS DIISI DENGAN KEK LAPIS, BUAH EPAL DAN HIMPUNAN DOA-DOA. KALAU BOLEH LENGKAPKAN DENGAN AIR MINMAN SEKALI. DIMAJLIS RAMAI BERJUMPA RAKAN-RAKAN LAMA DAN BEGITU JUGA ISTERI BERJUMPA RAKAN-RAKAN LAMA YANG HAMPIR SEKIAN LALAM TIDAK BERJUMPA; ADA JUGA INGAT RUPA TETAPI NAMA TIDAK INGAT. ADA JUGA TUAN RUMAH DIMAJLIS-MAJLIS TERTENTU MENYEDIAKAN RUANG KHAS UNTUK SKOT, SAHABAT DAN RAKAN SEPERJUANGAN. WAKTU YANG TIDAK RASMI SEBEGINI, ADALAH WADAH UNTUK BERJUMPA DAN MENGIMBAU CERITA LAMA. ISU DIBAWA BANYAK BERTANYA KHABAR HAL KELUARGA DAN MASA DEPAN. ADA JUGA BOLEH MEMBANTU MEMBERI NASIHAT ATAU MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN. SETIAP MASA DAN SELAGI BOLEH BERGERAK PERLU DIGUNA, MUNGKIN 10 KE 20 TAHUN DAH TAK BERDAYA MENGHADIRIKAN DIRI KE MAJLIS ANJURAN RAKAN-RAKAN AKIBAT SAKIT, RABUN DAN TIDAK ADA KUDRAT BERJAUHAN DARI RUMAH. WAKTU SIHAT DAN ADA MASA, LUANGKAN MASA UNTUK BERSOSIAL, BERZIARAH BERRIADAH DAN BERSUKAN (SUKAN TAK SEMESTINYA MACAM ORANG MUDA TETAPI SEKURANG-KURANG BERJALAN LAJU (BRISK WALK) SUDAH CUKUP MELANCARKAN PERJALANAN DARAH DAN MENYIHATKAN PENAFASAN. ANAK-ANAK JUGA SUDAH MAMPU BERDIKARI DAN SUDAH PASTI ADA RUANG BERAMAL DAN BERSEDEKAH KEPADA ORANG YANG KURANG MAMPU. UMUR MENCECAH USIA EMAS, GANJARANYA JUGA SEPERTI EMAS, ULANGTAHUN PERKAHWINAN 25 TAHUN UMPAMA MENGILAP DAN MENJAGANYA AGAR LEBIH BAIK DAN MENJADI EMAS, KALAU TIDAK DIJAGA PASTI PERAK MENJADI SUASA. WASAALAM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
No comments:
Post a Comment