TAHUN KE 16


bismi
Maksud Firman Allah SWT

“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah”
Al-Kauthar : 2

Maksud Hadis Rasulullah SAW

“Barang siapa yang dikurniai seorang anak, lalu
ia menyukai untuk membaktikannya (mengaqiqahinya),
maka hendaklah ia melakukannya”

Lebih 21,000 peserta sejak tahun 1415H / 1995 Masihi.
Lebih 13,000 ekor ternakan telah selamat disempurnakan
.
15% Yuran Penyertaan untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja.

muftikerajaankemboja-copy

mufti2

“Saya mewakili umat Islam Kemboja mengucapkan ribuan
terima kasih kepada para peserta yang kasihan akan
umat Islam di Kemboja. Semoga ibadah Korban & Aqiqah
kita diterima oleh Allah SWT”


sign-mufti1


kelebihanprogram
Tarikh Tutup Ibadah Korban 1430H : 26 Nov 2009
Ibadah Aqiqah : Dibuka Sepanjang Tahun
  • Program ini memudahkan peserta menunaikan tuntutan agama. Harga yang murah. Yuran penyertaan RM225 untuk satu bahagian lembu atau RM450 untuk satu ekor kambing bagi ibadah korban. Manakala untuk ibadah aqiqah pula RM250 untuk satu bahagian lembu atau RM475 untuk satu ekor kambing. Yuran Penyertaan Aqiqah telahpun termasuk kos jamuan Aqiqah.

  • Sijil penyertaan yang disahkan oleh Pengerusi Program dan Mufti Kerajaan Kemboja. Biasanya pengesahan pelaksanaan akan diperolehi oleh peserta dalam tempoh 14 hingga 30 hari daripada tarikh penyertaan.

  • Korban dan Aqiqah dilaksanakan ditempat yang ramai umat Islam miskin. Masyarakat Melayu Champa merupakan kaum minoriti dengan jumlah penduduk 500 ribu daripada 13 juta rakyat Kemboja. Pengislaman orang-orang Cham bermula sejak tahun 1000 Masihi lagi. Umat Islam di Kemboja masih dirundung kemiskinan yang melarat serta tahap pendidikan yang rendah.

  • Pihak penganjur akan memperuntukkan 15% daripada yuran penyertaan (selepas kos promosi dan pengurusan) untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja termasuk pembiayaan jamuan berbuka puasa.

Testimoni

Ibadah Korban & Aqiqah di Seluruh Kemboja

ak0150.jpg _dsc0201.jpg

2523 Ternakan Korban & Aqiqah disempurnakan pada 1429H di 430 kampung Islam yang terdapat di Kemboja

Kata-kata Aluan Pengerusi Program : Haji Che Mazlan Saad

cm2“Antara anugerah Allah SWT ialah ketenangan jiwa untuk hamba-hambanya yang dapat menunaikan sesuatu ibadah…

Begitulah juga dengan ibadah Korban & Aqiqah. Program Korban & Aqiqah di Kemboja disusun untuk memudahkan umat Islam menunaikan tuntutan ibadah ini. Juga ibadah ini dilaksanakan ditempat yang ramai umat Islam yang miskin. Umat Islam di Kemboja dapat merasai secara langsung pengertian ukhwah Islamiah – Persaudaraan Islam di Nusantara Melayu.

Saya amat bersyukur kerana dapat terlibat dalam menyusun perlaksanaan ibadah Korban & Aqiqah yang dilaksanakan di Kemboja sejak 16 tahun dahulu. Lebih 21 ribu para peserta daripada Malaysia, Singapura, dan Brunei telah menyertai program ini sejak dari tahun 1415H lagi.”

Ikhlas Daripada,

ttcm
Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi Program Korban Eidul Adha
& Aqiqah di Kemboja