Jam 2020 pesawat Mas mendarat di KT LTSM, cuaca berawan dan pesawat bergoncang seperti masuk lubang jalan. Kami menaiki pesawat B737 ke KL jam 540 ptg dan transit di KL setelah membuat daftar masuk dan kerana tidak bawa surat beranak terpaksa tiket adik emee dikeluarkan pada jam 510ptg. Sai terpaksa menghantar ke LTAPP dengan motosikal. Kami menaiki kereta sewa Alza dipandu oleh Adi ke 10Inn, Jalan Kemajuan - Kenapa dipanggil (kerana hanya ada 10 bilik aje). Setelah mendaftar masuk kami ke warung makan malam dengan sajian sotong goreng tepong, tomyam dan nasi goreng. Keesokan pada 131112 setelah bersarapan di gerai Mok Su MAKAN nasik lemak ikan dan keropok lekor rebus. Kami ke Pasar Payang dengan kereta sapu kancil. Kereta yang dijanjikan untuk disewa tidak dapat untuk tengahari jadi kami terpaksa ke Chendering mendapatkan kereta sewa lain. Bayaran RM 120.00 Saga BLM menjadi pengangkutan kami di KT, kami merancang ke KB tapi keadaan tayar WVJ botak dan steering bergoncang kami bertolak ke RAbang dan Dungun. Setelah mengisi minyak $).00 makan tengahari diMedan Selera BERHAPIRAN hYPERmarket Gergasi kami balik berehat di hotel. Jam 430 kami bertolak ke RA dan singgah di Tg Jara - ke Dungun dan berpatah balik ke KT. Makan malam ikan ayam/bara bakar, ketam masak cili, sayur kailan dan tomyam dan sejar air tembikai (RM140.00) di Tenang Pantai Bt Burok dan terjumpa kplpustekmapencen bercuti bersama keluarga. Keseokan pagi kami TTI makan nasi dagang ditepi Sg Terangganu, beli keropok lekor losong dan ke pasar Pasar Payang dan Stesen bas KT beli baju bola, jean dan batik. Selepas menghantar kereta ke Chendering kami dihantar ke LTSM oleh Musafar ke Kedai Keropok Tok Beng, no tempahan 1168 bagi membeli KTB tetapi disebabkan masa mendaftar masuk agak kritikal aku terpaksa membuat permohonan potong Q (setelah menunggu hampir 30 minit), Alhamdulillah rezeki mendapatkan KTB menjadi kenyataan. Jam 1640 penerbangan ke KL dengan pesawat baru 737-800 pesawat baru siap dengan interaktif screen di tempat duduk. Tidak ramai penumpang jadi sepanjang penerbangan kami leka dengan program masing-masing. Dapat juga 23 mukasurat surah AlBaqarah. Tukar flt ke PP di Pintu B5 KLIA dan sampai tepat jam 1910 di awal Muharam. Kami dapat baca doa akhir tahun di KLIA dan malam dirumah solat Magrib, bacaan Yassin serta doa Awal tahun (Sai, Has dan Emee) serta solat Jemaah Isyak. Esoknya awal Muharam kehadiran pengantin baru dan sebelah petang 1630 menziarahi Kak Mastura di HSAH SP yang kritikal/koma dan seterusnya membantu menguruskan jenazah arwah (solat jenazah) sehingga jam 11mlm untuk pergerakan ke KL dan sampai balik diPP jam 1pagi. Keesokannya pula sekali lagi ke KemLTLSP mengziarahi arwah Sjn Ridzuan yang kembali kerahmatullah jam 630pagi, jenazah selesaikan disembahyangkan jam 1130 pagi dan dibawa balik ke Baling padang Temu. Disebelah petang pula jam 1500 majlis serah tugas dan selesai jam 1730 selepas jamuan minum petang (Mee Goreng, bihun dan kuah Somosa dan Pulut panggang). Selesai penugasan di PP selama 1 tahun 10 bulan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
No comments:
Post a Comment