Menganalisa sistem politik BN
http://my.news.yahoo.com/menganalisa-sistem-politik-bn-073408976.html
Oleh Datuk Yahya
Lampong
Apa ciri-ciri kepimpinan BN? Bagi saya, antara
cirinya adalah:-
Ciri pertama
Sistem politik Barisan Nasional atau BN
berpaksikan kepimpinan autokrasi. Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional
ialah Perdana Menteri. BN bertanding dalam pilihan raya umum. Anggota komponen
seperti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, PPP, PBB, SUPP, SPDP, PRS, PBS, UPKO, PBRS dan
LDP tidak bertanding dalam pilihan raya umum. Justeru itu, anggota komponen
tidak mempunyai kekuatan politik, semuanya ada pada BN.
Sungguh pun UMNO tidak bertanding dalam pilihan
raya umum, tetapi Presiden UMNO ialah Pengerusi BN. Presiden UMNO dan Pengerusi
BN ialah Perdana Menteri.
Justeru itu, Presiden UMNO, Pengerusi BN dan
Perdana Menteri berkuasa mutlak kerana BN bertanding dalam pilihan raya umum.
Presiden-presiden anggota komponen tidak mempunyai kekuatan politik kerana
mereka tidak bertanding dalam pilihan raya umum atas nama parti masing-masing.
Apabila Perdana Menteri berkuasa mutlak, hatta
Majlis Tertinggi UMNO tidak mempunyai kekuatan politik kerana UMNO tidak
bertanding dalam pilihan raya umum. Majlis Tertinggi parti-parti komponen juga
tidak mempunyai kekuatan politik kerana parti-parti komponen tidak bertanding
dalam pilihan raya umum.
Calon-calon
dan kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri atau DUN ditentukan oleh
Perdana Menteri. Perdana Menteri berkuasa mutlak (prerogative) untuk melantik
anggota kabinet dan portfolio menteri-menteri. Dasar-dasar kerajaan ditentukan
oleh Perdana Menteri.
Justeru
itulah, bagi saya BN memperalatkan semua anggota komponennya dan mereka menjadi
kuda tunggangan UMNO.
Ciri kedua
BN
ialah kerajaan majoriti dua pertiga (2/3). UMNO ialah pertubuhan politik bangsa
Melayu. Justeru itu, bangsa Melayu bersatu menyokong UMNO dan mengundi BN dalam
pilihan raya umum. Apabila
bangsa Melayu bersatu mengundi BN, maka BN berupaya membentuk kerajaan majoriti
mudah (simple majority). Apabila bangsa Melayu bersatu menyokong UMNO, maka
pribumi dari Sabah dan Sarawak juga bersatu mengundi BN dalam pilihan raya umum Bangsa
Cina dan India ialah pengundi minoriti. Apabila bangsa Melayu, Pribumi Sabah
dan Sarawak mengundi BN dalam pilihan raya umum, maka bangsa Cina dan India
tidak ada pilihan selain daripada menyokong dan mengundi BN dalam pilihan raya
umum atau berada dalam pembangkang.Apabila
bangsa Melayu, Pribumi daripada Sabah dan Sarawak, bangsa Cina dan India
bersatu mengundi BN dalam pilihan raya umum, maka kerajaan BN ialah kerajaan
majoriti dua pertiga (2/3). Kerajaan
majoriti dua pertiga tidak memberi peluang kepada pembangkang mengganti
kerajaan BN. Justeru itu, Kerajaan BN dicipta untuk memerintah selamanya.
Kerajaan yang tidak tertakluk kepada perubahan (not subject to regime change)
ialah kerajaan satu-sistem.Bagi
saya, kerajaan demokrasi ialah kerajaan satu-parti atau kerajaan campuran. Contoh
kerajaan satu-parti ialah kerajaan PAS di negeri Kelantan atau kerajaan
Berjaya atau PBS di Sabah satu ketika dahulu. Contoh kerajaan campuran
ialah kerajaan PKR-PAS-DAP di negeri Selangor.Kerajaan
satu-sistem bukan kerajaan satu-parti atau kerajaan campuran. Kerajaan satu-sistem menguasai Parlimen
dan Dewan Undangan Negeri. Justeru itu, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman
(Judiciary) tertakluk kepada kuasa Perdana Menteri. Perlantikan ketua
Polis,Tentera atau Ketua Hakim Negara ditentukan oleh Perdana Menteri.Apabila
Perdana Menteri berkuasa mutlak, maka Perdana Menteri menguasai semua
kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan termasuk Kementerian
Kewangan. Justeru itu, Perdana Menteri berkuasa mutlak menganugerah
projek-projek secara terus (direct award), rundingan (negotiated), terpilih
(selected) atau projek-projek penswastaan (privatisition).Kerajaan
BN menguasai media massa, media elektronik atau badan-badan NGO’s terletak di
bawah kuasa dan budibicara Perdana Menteri.ISA
juga terletak di bawah kuasa Perdana Menteri. Perdana Menteri berkuasa mutlak
mengambil atau tidak tindakan terhadap menteri-menteri atau ketua-ketua menteri
dan menteri-menteri besar yang rasuah.Justeru
itu, kerajaan ini tidak tertakluk kepada prinsip pemisahan kuasa antara badan
Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman.Kerajaan
ini juga tidak tertakluk kepada prinsip ketelusan, imbangan dan sekatan, amanah
dan pertanggungjawaban (not subject to checks and balances, integrity and
accountability).Kerajaan
BN juga mengamalkan falsafah politik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara
(The ends justify the means) untuk mendapat kuasa atau mengekalkan kuasa.
Justeru
itu, kerajaan BN berkuasa mutlak. Pepatah Inggeris menyatakan, “Power corrupts.
Absolute power, corrupts absolutely”. Kuasa mengakibatkan rasuah. Kuasa mutlak
mengakibatkan rasuah mutlak. Rasuah mutlak mengakibatkan ketagih hingga ketahap
‘kleptomania’.
Ciri ketiga
Adalah
terbukti bahawa sistem politik BN ialah sama seperti sistem politik komunis. Sistem
politik komunis berpaksikan hli-ahli parti kerajaan komunis untuk memenangi
pilihan raya umum. Majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli parti
kerajaan komunis itu. Justeru itu, apabila pilihan raya umum diadakan
kerajaan komunis tidak tertakluk kepada perubahan (not subject to regime
change).Sistem
politik BN ialah sama seperti sistem politik kerajaan komunis. Majoriti
pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.
Ciri keempat:
BN
memecahbelah bangsa Melayu dan umat Islam kepada ahli dan bukan ahli, bangsa
Cina kepada ahli dan bukan ahli, bangsa India kepada ahli dan bukan ahli,
Pribumi Sabah dan Sarawak kepada ahli dan bukan ahli. Justeru itu, sistem
politik BN memecahbelah rakyat Malaysia kepada ahli dan bukan ahli.Menurut
kenyataan Setiausaha Agung BN Adnan Mansor, dalam akhbar, The New Straits
Times, pada 9 September 2010, jumlah ahli-ahli BN ialah 7 juta orang.Dalam
pilihan raya umum tahun 2008, jumlah pengundi dalam negara ialah 10,922,139
(SPR). Adalah terbukti bahawa majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli
BN. Justeru itu, sistem politik kerajaan BN ialah sama seperti sistem politik
kerajaan komunis. Kerajaan komunis tidak tertakluk kepada perubahan kerana
majoriti pengundi dalam negara ialah ahli-ahli BN.Apabila
ahli-ahli BN mengundi BN setiap kali pilihan raya umum diadakan, maka kerajaan
BN tidak tertakluk kepada perubahan selamanya (not subject to regime change
forever). Apabila kerajaan tidak tertakluk kepada perubahan, maka nasib rakyat
Malaysia ialah sama seperti rakyat negara komunis atau rakyat negara Brunei
Darussalam. Kerajaan negara Brunei Darussalam juga tidak tertakluk kepada
perubahan selamanya. Rakyat
Malaysia bernasib baik apabila Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak (gambar) membuat kenyataan pada 28 Mei 2010, dalam
akhbar The New Straits Times, bahawa ahli-ahli UMNO berjumlah
3,159,484. Apabila ahli-ahli BN ialah 7 juta, maka ahli-ahli anggota komponen
ialah 3,840,516.Daripada
kenyataan Presiden UMNO dan Setiausaha Agung BN, ahli-ahli anggota komponen
sudah mengetahui bahawa BN mengamalkan sistem politik komunis untuk memenangi
pilihan raya umum.Presiden
UMNO dan Perdana Menteri juga mengamalkan kepimpinan autokrasi, berkuasa
mutlak, rasuah mutlak, tidak tertakluk kepada perubahan dan menjadikan rakyat
Malaysia seperti hamba, maka ahli-ahli anggota komponen berjumlah 3,840,516
sudah tentu tidak sanggup diperalatkan untuk mengamal sistem politik komunis.Tambahan
pula, ahli-ahli anggota komponen mempunyai pilihan untuk mengundi Pakatan
Rakyat bagi menjadi pemerintah baru negara.Gabungan
atau campuran antara PKR, PAS dan DAP tidak berpaksikan sistem politik BN. Setiap
parti PKR, PAS dan DAP bertanding dalam pilihan raya umum. Justeru itu, PKR,
PAS dan DAP masing-masing mempunyai kekuatan politik mereka tersendiri. Tidak
ada kuda tunggangan dalam gabungan campuran sebegini.Gabungan
atau campuran tidak berpaksikan undi ahli-ahli untuk memenangi pilihan raya
umum. Majoriti pengundi dalam negara ialah rakyat. PKR, PAS dan DAP berpaksikan
undi rakyat. Justeru itu,
PKR, PAS dan DAP berpaksikan sistem politik demokrasi.
Sistem
politik demokrasi memberi hak dan kebebasan untuk memilih atau menukar kerajaan
dalam pilihan raya umum. Justeru itu, kerajaan rakyat tertakluk kepada
perubahan (subject to regime change). Tidak ada kerajaan yang
maksum (perfect) di dunia. Justeru itu, menjelang pilihan raya umum ke 13
akan datang, rakyat Malaysia bebas untuk mengundi kepimpinan autokrasi,
berkuasa mutlak, resuah mutlak, kerajaan komunis, tidak tertakluk kepada
perubahan dan untuk menjadi hamba kepada Perdana Menteri iaitu kerajaan BN
selamanya atau memilih pihak lain.Ahli-ahli anggota komponen BN berjumlah 3,840,516
juga boleh untuk tidak diperalatkan oleh UMNO atau jadi kuda tunggangan
UMNO untuk mengamal sistem politik komunis atau sebaliknya.Bagi
saya, hanya kroni-kroni Perdana Menteri (Presiden-Presiden anggota komponen)
dan ahli-ahli UMNO berjumlah 3,159,484 akan mengundi BN.Jika begitu, sistem politik BN sudah tidak
releven apabila ahli-ahli anggota komponen menolak sistem politik BN dalam
pilihan raya umum ke 13 akan datang.Dalam pilihan raya umum tahun 2008, rakyat
Malaysia di Semenanjung sudah membuat keputusan untuk menolak kerajaan BN
kerana sudah terlalu lama dan terlalu rasuah. Tanpa sokongan rakyat Sabah dan Sarawak , BN tentu sudah kehilangan kuasa. Dalam pada
itupun, BN hanya berupaya mengekalkan kuasa dengan majoriti mudah saja.
Justeru itu, bagi saya, sistem politik BN sudah tidak releven.Setelah rakyat Malaysia keseluruhannya mengetahui
(melalui kenyataan Presiden UMNO dan Setiausaha Agung) bahawa BN mengamalkan
sistem politik komunis, maka lebih banyak rakyat di Semenanjung tidak akan
mengundi BN dalam pilihan raya umum ke 13 berbanding dengan pilihan raya umum
ke 12 pada tahun 2008 lalu.Saya juga yakin, rakyat Sabah dan Sarawak juga tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya
umum ke 13 akan datang setelah mengetahui bahawa kerajaan BN ialah sama seperti
kerajaan komunis.Justeru itu, bagi saya dalam pilihan raya umum ke
13 akan datang, BN akan kehilangan kuasa. Majoriti bangsa Melayu, Cina, India,
Pribumi Sabah dan Sarawak akan menolak sistem politik kerajaan BN kerana sistem
politik BN sama seperti sistem politik komunis.
Rumusan
Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak
menyatakan, “Prosperity is no substitute for demokrasi”. Kemakmuran
negara bukan pengganti demokrasi. Demikian penjelasan beliau apabila diminta
memberi komen tentang sistem politik demokrasi berbanding dengan sistem politik
komunis dalam lawatan beliau ke negara Myanmar dalam bulan Mac 2012 lalu.
Ekonomi negara China
ialah kedua terbesar di dunia dan sudah menghantar angkasawan ke angkasa lepas,
tetapi negara China
tetap mengamalkan sistem politik komunis. Negara Russia mengadakan pilihan raya
umum, tetapi pilihan raya umum dimanipulasi untuk memihak kepada kerajaan
komunis.
Kerajaan diktator Hosni Mubarak mengadakan
pilihan raya umum. Setiap kali pilihan raya umum diadakan NDP, iaitu parti
Hosni Mubarak memenangi antara 80 peratus atau 90 peratus undi. Sebabnya, pengiraan undi diadakan dalam
Kementerian Dalam Negeri. Peti undi yang kalah diganti dengan peti undi yang
sudah berisi dan menang.Rakyat benci kepada kerajaan Hosni Mubarak,
tetapi setiap kali pilihan raya umum diadakan, NDP mendapat undi luar biasa.
Akhirnya, revolusi Arab Spring dilancarkan untuk menguling kerajaan Hosni
Mubarak.Adalah diingatkan bahawa kerajaan komunis,
diktator atau raja berkuasa mutlak mengamalkan falsafah politik Machiavelli,
matlamat menghalalkan cara. Semua cara halal atau tidak digunakan untuk
mendapat kuasa dan mengekalkan kuasa termasuk mengenepikan perintah Allah,
menipu, membunuh, berlaku zalim dan ketepikan hak asasi dan kebebasan rakyat.Akhir sekali, BN berpaksikan undi ahli-ahli BN
untuk memenangi pilihan raya umum. Sewajarnya BN dijadikan pertubuhan politik
agar individu berhak menjadi ahli. Sebaliknya ahli-ahli BN ialah ahli-ahli
anggota komponen. Tetapi dalam pilihan raya umum, ahli-ahli anggota komponen
diperintah untuk mengundi BN. Justeru itu, ahli-ahli anggota komponen hanya
diperalatkan agar Perdana Menteri BN berkuasa mutlak dan mengamal rasuah
mutlak.Perkara ini sudah lama dipersoalkan oleh anggota
BN tetapi tidak diendahkan. Tetapi anggota komponen tidak terdaya membuat
tindakan. Pilihan ialah menyokong sistem politik BN atau berada dalam
pembangkang.Tetapi, keadaan sudah berubah. Bangsa Melayu,
Cina, India, Pribumi daripada Sabah dan Sarawak sudah mempunyai pilihan
mengundi gabungan dalam Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum untuk memerintah
dan biarkan BN jadi pembangkang kerana BN mengamalkan sistem politik komunis,
berkuasa mutlak dan mengamalkan rasuah mutlak.
* Datuk Yahya Lampong adalah bekas Timbalan
Menteri Pembangunan Luar Bandar di era Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Ketika
pembentukan DEB dan selepas itu pembentukan SEDC bagi semua negeri,
penulis dilantik menjadi Pengurus Besar Sabah
SEDC yang pertama. Beliau telah mengiytiharkan keluar Umno dan menyertai PKR.
No comments:
Post a Comment