Tanggal 101112 tarikh keramat buat Adilla dan Irwan melangsungkan perkahwinan. Majlis bermula pada 61112 di masjid Aman dan seterusnya majlis kenduri pada 101112. Majlis kenduri berlansung masa cuti sekolah sememang akan ramai tetamu dan paling mudah menggunakan khidmat katering. Jamuan bermula jam 1200 tengahari dengan kari tulang tempatan, ayam masak merah, daging masak kurma, dalca. ditambah bengan bubur, mee kuah, kuah talam seri muka dan onde-onde. Cuaca baik dan pengantin dari Tokyo sampai jam 1230 diiringi kompang, disambut dengan flower girls (Damia/Mia) dan tornboys (Mat/Qayum). Tetamu dipelawa makan tengahari dan ramai kenalan datang walaupun hari tersebut banyak kenduri berlangsung. Buah tangan berupa kueh, gula-gula, bekas tembikar, pen dll dihadiahkan kepada tetamu yang bertandang disamping menerima sumabangan dan hadiah kepada pengantin. Allahamdullilah jam 4 ptg baru hujan lebat mencurah. Selepas setengah jam semuanya kembali pulih. Bab mengemas juga menjadi masalah sebab semua keluarga balik dengan urusan masing-masing. Menantu dan anak-anak semuanya hadir. Sebelum bertolak balik tayar pancit (paku) dan dapat ditampal sebelum kedai tutup. Sampai dirumah jam 1020malam. Pada 151112 pengantin menyatakan hasrat bertanding kerumah. Jam 0800 pagi kami bergegas ke pasar mendapatkan bahan makan tengahari. Sempat orang rumah masak nasi tomato, kari kambing, dalca dan acar. Buah dokong dan pisang berangan menjadi pencuci mulut. Walaupun masa singkat dan kepenatan balik dari bercuti di KT. Hadiah buah tangan kepada pengantin kain pelikat (Iwan) dan kain batik dari KT buat Dilla.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
No comments:
Post a Comment