Tuesday, 30 April 2013

I MEI HARI PEKERJA -GOTONG ROYONG DI SURAU LUQMAN

Jam 0900 pagi jemaah surau bergotong royong membersihkan persekitaran surau.Ada yang menyapu, menebas, mencuci disekeliling surau dan didalamnya. Aku dan Z dibantu Hasandin membetulkan laluan pejalan kaki yang selama ini terjongkang jungkit disebabkan akar pokok. Setelah dibuang akar lauan kembali rata walaupun laluan tinggi rendah. Seterusnay membersihkan laman dan membuat longkang kecil agar air bertakung dapat mengalir. membbina lauan pejalan kaki ditepi koridor supaya mudah untuk lauan ke pili air. selesai jam 1130 jamuan minuman ringan nasi goreng dihidangkan bagi jemaah yang hadir. Has dan Emee juga turut sama supaya belajar berbakti dan tahu bagaimana melaksanakan tugasan amal disamping mendekati sifat bergotong royong dan bergaul dengan jemaah. Masa makan ini pelbagai isu dibincangkan, banyaknya mengenai undi awal ada yang undi di PD, Lumut, SRK Kem, Wisma Transit. Ada yang bagi indikasi ini kalilah, ubah dan sokong. Undi semua rahsia sapa pun tak perlu risau, jika dipanggil tak sepaptutnya kerana undi adalah rahsia. Wassalam.

PRU 13 SAMPAI DESTINASI

Pagi tak kemana, kepenatan perjalanan masih terasa. Semalam bertolak dari PP selepas beli jeruk dan makan nasi kandar di Wood Restaurant NK. 4 Orang RM 44.00 dan meneruskan perjalanan cuaca mendung dan hujan sepanjang jalan. Almaklum mengantuk dan lelap hampir 20 min di RnR Senmanggul jam 1300. Selepas top up TnG meneruskan perjalanan sehingga ke Tapah RnR pekena kopi Kaw di Cofee+moore dengan roti coklat dan puff sardine selepas solat qasar dan jamak. Perjalanan sepanjang ke KL dalam hujan sekali sekala lebat dan lincin, kemalangan sebelah jalan menuju utara sebuah kenderaan terbabas dan terselit ditepi papan iklan dikiri jalan. Kenderaan masih laju terutamanya berkuasa tinggi tanpa menghiraukan pengguna jalan lain. Kalau dari jauh memberi lampu supaya kenderaan ketepi begitu juga yang menyelinap ke kiri dan tengah jalan asal ada ruang untuk ke destinasi masing-masing. Jam 1730 tiba di DUKE dan sampai DPTOJ dengan selamat. Kali ini kena keluar RM 250.00 sebab bateri kong semas di LumWahE hospital. Kami ke LWE bahagian perubatan cina bagi Acu dan Bekam angin (RM 21.00 dan anak hanya RM 16.00). Kami bertiga dibelakang ada kesan cawan bekam ada yang 13 ada 10 ada 9 ikut sakit masing-masing. jARI bertanda dakwat kekal selepas mengundi juga masih dijari sesampai diKL dan pagi ini semuanya hilang setelah dibasuh dan jika basuh guna tanah lagi cepat hilang warnanya. Kalau selepas ditanda ambil tanah dan gelintiq kat pewarna lagi cepat hilangnya. Kalau orang kerja bendang main selut dan lanyau pasti cepat hilang dan boleh pi undi sekali lagi kalau ada 2 nama. Itu pun kalau nak menipu. Kalau pikir Allah tidak perlu buat kerja tak betul. Kalau dakwat ini dipanggil dakwat tanda aje ok, jangan panggil dakwat kekal kerana semuanya tidak menjadi boleh dicuci dan hilang tidak kekal.

PRU13 UNDI AWAL di DC Harimau Malaya P Mutiara

Kali ini undi awal di DC 2 MD Sg Ara. Suasana meriah jumpa kenalan lama. Pergerakan awal pada hari Ahad ke Tdp AS. Bergerak dari DPTOJ jam 0830 pagi jam 1315 sampai dah itu pun berhenti hampir 7 x sebab nakzzz. Singgah di RnR Tapah makan mee rebus dan kopi tarik kurang manis. selepas rehat jam 1500 ke Tmn Beseri Indah melalui jalan jejawi, nak cari pekan Beseri rupanya tiada pekan/bandar Beseri. setelah berpusing hampir sejam baru sampai tempat dituju. Rehat minum di rumah Cik Gu Rahman lepas itu ke H.B.T.Pauziah melawat orang sakit dan terus ke Kpg kurung Tegar sehingga waktu Maghrib. selepas solat magrib makan malam di Rest Rosnani Tom Yam Jalan beseri Pdg Besar. Jam 1000 malam bergerak balik ke Spg kuala singgah diumah adik. mata mula pedih sebab dari jam 0830 pagi hingga jam 12malam dalam musafir. sampai umah omak terus mandi tiduk zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz sampai subuh.

Saturday, 27 April 2013

BELANJA DAPUR

Sekarang terasa barang-barang dapur semakin meningkat, semalam RM 200.00 hari ini RM 160.00. Kebiasaanya sebulan 2 kali mau mencecah RM 450-50.00. Ini tidak termasuk ikan, ayam, daging, sayur dan telur.Sebulan diantara 1500.00 ke 2000.00 untuk menguruskan keperluan domestik makan, kebersihan diri dan penjagaan kesihatan. Ini belum termasuk bil-bil telefon, tuition anak, restaurant, wang sekolah/saku, kad kredit semuanya mencecah RM 1,200.00.Adalah berbaki sebanyak RM 1000.00 ke 1,500.00 untuk simpanan, perubatan, riadah dan derma. Kalau gaji 5ribu tidak cukup dengan anak 6. Walauapaun semuanya mencukupi jika disesuaikan dengan jumlah bersih diperolehi. Mula dulu gaji RM 700.00, mencecah ke 8 ribu pun masih terasa . Itu pun kereta dah habis bayar, hutang beli rumah, insuran, koperasi, PCB income tax dah RM 700 sebulan. Bersyukur dan belanja ikut jumlah diperolehi InsyaAllah cukup. Bayangkan kalau yang dapat gaji 1,000.00 anak 6 isteri 1 ada yang sakit, ada yang di universiti, di sekolah dll. Bayangkan makan adakah berkhasiat, cukup dan bagaimana simpanan dan insuran dll. Tak terfikir. Bersyukur dan yang pentingnya belanja ikut poket jika lebih simpan sikit, derma dan yang penting bagi keluarga lebih daripada diri sendiri. Muhasabah diri dan rancang untuk akan datang hanya Allah yang lebih mengetahui.

PULUT DURIAN+DURIAN+SUSU UHT+GULA PASIR

Makan malam pulut durian diringi dengan susu UHT dan sedikit gula. Sekeluarga berkumpul kecuali anak sulong dah berumahtangga. Durian beli kat JJ AU2 50% discount RM 45.00 (3 biji siap buang kulit) cukup kami bertujuh. Mengenyangkan dan dah lama tak makan bersama. Rendang juga dimakan dengan pulut. Sedap dan diakhiri makan buah mangga manis dibeli petang semalam 3 kilo RM 10.00. Murah kalau dibanding dibeli di pasarraya sekilao mau harga 1 kio RM 5.00. Semalam sahaja RM 20.00 buah mangga di beli dan hari ini semuanya habis.Last sekali pekena teh O panas.

BN's femme fatale: The power of women

Femme fatale: The power of women (A very beautiful women that men find sexually attractive but who brings them trouble or unhappiness) Bridget Welsh 6:19PM Apr 27, 2013 GE13 SPECIAL Apart from civil servants, another decisive group in GE13 are women. They comprise 51.7 percent of the electorate and regularly turn out in high numbers, especially in semi and rural areas.In close races, how women vote can make the difference. Numerically, women are largely in the urban areas, but disproportionately they are more influential politically in the more rural areas, as men are often outstation for employment.Let's take a look at how women can shape and have shaped the election so far, recognising that they will make an important impact this election and the trends are moving against the BN. Traditionally, women disproportionately support the incumbent government more than men in the range of 5-8%. The BN gender advantage varies by ethnicity; it is more pronounced among Malays, Indians and East Malaysians, although almost non-existent among Chinese. The gap also varies by class, as it is most pronounced among women in the lower classes.The reasons for this gender gap are multiple, but four factors stand out. First, traditionally the Umno campaign has had the strongest women's branch, Wanita Umno, and this group has played a major role in winning support. It has been the female face for the BN.It is important to note that Umno historically was the first to include women actively in politics. Second, women have less access to alternative forms of information outside of the mainstream media, as they often have less time to surf the Internet due to family responsibilities and do not attend ceramah at night in as high a number as men due also to the same family responsibilities.Third, women, particularly those in the lower classes, are more responsive to the incentives of money. On the front line of managing the household economy, women find the extra funds useful for families and at the same time feel more obliged to repay the support. Finally, women are also seen to be more responsive to the fear tactics adopted by BN, and worry about the impact on their families. From information to fear, women generally appear more risk-adverse and this favours the incumbent government.Yet, over the past few elections, this gender gap has been narrowing. The trend has been toward more women supporting the opposition. In fact in the urban areas among the Chinese, women are more likely to support Pakatan than BN. Polling has also found a sharp increase of ordinary women engaged in politics in Malaysia from 2003 onwards, as seen by the composition of the rallies, protests such as Bersih and anti-Lynas and a female expansion of civil society at the local level. From the broad trends, the gender gap this election will likely narrow further. Trends suggest more women in Malaysia are awakening politically, and clamouring in favour of change.More attuned to local issues. One of the reasons for this movement in the voting pattern of women has to do with the salience of different issues in the GE13 campaign, as well as the outreach efforts by both camps.Among women themselves, different groups, such as single versus married, have different sets of concerns. Yet, there are a few broad commonalities across women.While men and women alike tend to prioritise concerns over cost of living, women disproportionately highlight greater concerns with issues tied to the family, such as education, weigh social problems such as drug addiction more heavily, and especially in the urban areas are deeply concerned with rising crime.The tragic murder of Irene Ong Ai Sam in Bukit Gasing has brought to the fore the legitimate concerns regarding safety, and had a special impact for women who identify strongly with the mother-daughter bond.One in four Malaysians are reported in surveys that either themselves or a family member have been a victim of crime, and disproportionately many of these crimes, such as robbery, affect women. Studies show that women are more attuned to local issues than national ones. It is thus not surprising that many of the Himpunan Hijau environment group protesters were female.The test in this election will be whether women think nationally and make the connection between their children's future and the national results.The BN's strategy has been to keep the campaign with women local, using largely financial incentives and, in the past few days of the campaign, racial insecurity and fear.Pakatan's strategy toward women has been less clear, as outreach toward women has been uneven, but largely incorporated into the 'change' umbrella.The two sides point to different sections in their manifestos, with the BN broadly promising gains in micro-finance and empowerment, while simultaneously touting its school vouchers and single mother packages.In this latter group, the BN has been especially effective as the financial incentives have made an impact for this vulnerable community, especially among Indians and in East Malaysia. Pakatan has developed a Women's Initiative, which is geared largely toward married women, but offers the innovative idea of a retirement and emergency fund for housewives, training opportunities for all women and greater voice in government.It is clear that both sides recognise the voting power of women, and have extended programmes, despite the limited public attention and knowledge of these initiatives. Deteriorating BN record Ordinary voters are not fully swayed by the promises, however. They are often actually influenced more by what happens in the campaign itself or the record in government.BN is resting on its money-and-fear formula, while Pakatan is appealing to principles of cleaner government and fairness. The record of Najib Razak's administration on women is coming into question, as he has served as women's minister.The women's minister who was in cabinet, Shahrizat Abdul Jalil, was dropped for the National Feedlot Centre corruption scandal.That the caretaker premier felt he was best suited to be women's minister or could not find a suitable replacement in his coalition has already cast a cloud on the sincerity of attention to women's issues.It was blighted further by the faux pas in October 2012 when Najib claimed that Malaysia did not need women's organisation as women were already empowered. While significant gains have been made historically, Malaysia's ranking is low globally at 120. There are persistent obstacles women face, from the difficulties of single mothers and higher levels of female poverty to political inclusion.One area that is especially acute is protection on issues of family law. The share of Malaysian women in parliament, 9.9%, is lower than the global average of 18%.The number of women's ministers (1) and deputy ministers (6) in the BN has dropped as a share of the overall cabinet since Abdullah Ahmad Badawi took office, as fewer women, especially elected women, have been given decision-making power.The perception of the most powerful women in the Najib government is his wife, Rosmah Mansor, who has not stood for election.There is no clear success that Najib can point to in his four years in office for women. In fact, there are worrying trends. Consider the issue of political representation further. The decline of women at the top of the BN corresponds to less influence in all of the main coalition parties, except Gerakan.In Umno, MCA and MIC women leaders have been either marginalised or, in the case of Umno, scandalised.MCA dropped its most prominent woman, Ng Yen Yen, while the MIC did not field any women for parliament. Tian Lian Hoe of Gerakan has emerged as one of the strongest and more reputable BN women leaders, but she is still not a minister.Umno's dropping of the deputy Wanita Umno leader is now well-known, but the persistent low of fielding women as candidates is not.As the table below shows, the share of women fielded for parliament and state for Umno has remained stagnant since the 1999 election. Umno was in the vanguard for women's political representation in Malaysia. It is now on par with PAS for fielding women.Wanita Umno as an organisation has been facing serious decline, and its ability to even influence its own members to field women has waned. Many in Wanita Umno feel slighted.The BN has not significantly increased its representation of women, especially at the national level. MCA has dropped the number of women fielded from seven to four, while no women from MIC will be contesting for parliament. The opposition in contrast has increased its fielding of women, especially PAS. PKR top the number of women fielded for the opposition, but PAS has the biggest increase over the past elections.This is a long way from their position in 1999, and speaks to a quiet revolution of women's empowerment in the party.Nevertheless, the Islamic party is still among the lowest in fielding women. The majority of seats fielding women are at the state level, and there is a shift in the numbers of women from the national level to the state level for women in parties like the DAP.For the first time in history, the BN collectively with East Malaysia is now tied with the opposition in fielding 77 women each. Clearly, the BN has lost the advantage in fielding women. New trends in fielding women Given the gains over time the baton of political empowerment of women is moving from the BN to the opposition.What is striking about the women's candidates is the increasing diversity in backgrounds and impressive credentials of those fielded.In PAS, we find singers such as Wan Aishah Wan Ariffin in Jempol, along with doctors and lawyers such as Mumtaz Md Nawi in Kelantan.In the DAP, there are pharmacists such as Alice Lau (right) in Lanang. In PKR, the professional backgrounds has risen compared to the past.Some of the women have served in politics, such as Kasthuriraani Patto in Batu Kawan, one of the few Indian women fielded nationally.The woman candidates like orator Siti Aisha Shaik Ismail in Tambun and master's degree holder Aiman Athirah Al-Jundi in Jelebu are young and dynamic, bringing new ideas and energy to the campaign.The BN's women candidates have not raised the same excitement, with concern with the fielding of Jessie Ooi fielded in Kuala Kubu Baru for the MCA, for example, whose infamy was a incoherent political tirade. Yet, there are many bright women contesting, such as Mary Yap in Tawau, a teacher who has strong local roots, and Halimah Mohd Sadique of Johor.What is important to note is that the women candidates in the BN have not received the same attention. In fact, what has drawn attention has been negative, such as the alleged actions of Hamidah Osman of Perak Umno who was blacklisted by Bersih.This election does see, however, more women fielded than ever before, reflecting a national trend of growing female empowerment, but these numbers are far below global averages and targets within the parties themselves.One factor that may have contributed to this is the dirtiness of this campaign, discouraging women from contesting. Attacks on women can backfire The women in this campaign, however, face fierce fights. An estimated 80% of women fielded in this campaign are in difficult races at the parliamentary level.Some of these such as Pengerang, Jelebu and Tambun are real uphill battles. The same trend is replicated at the state level. In some cases, such as Ampang women are campaigning against each other, diminishing the chances of women to get into office.The incumbent women, especially those that pose threats to the legitimacy of BN and have been strong performers, have been targeted.No where is this clearer in the campaign, however, than in the contest of Raja Nong Chik Zainal Abidin against Nurul Izzah Anwar.Here the unelected federal minister has been using public money to win himself a seat, as he has taken personal credit for projects under this ministry, while simultaneously pouring in his personal funds gained in the lucrative construction sector.For years now, Nurul Izzah has been targeted to be 'brought down'. Parallel examples can be found in Teo Nie Ching now in Kulai and Dr Siti Mariah Mahmud of PAS who has to work hard to win Kota Raja, although these candidates have more promising chances. What has become part of the political targeting has been the use of personal attacks against women. This happens on both sides, with Rosmah Mansor receiving arguably the most attacks.She is portrayed as corrupt and controlling her husband, with these criticisms perhaps the sharpest within Umno itself.This reflects a gender dimension of the campaign, the perceived role of what a political wife should be with resistance for women taking a prominent role, especially when they are not the one elected into office.Attacks on political candidates have extended to Nurul Izzah, Kamilia Ibrahim and Teo Nie Ching (left) from smut videos, calls of 'traitor' allegedly by no less than Rafidah Aziz herself now stationed in Kuala Kangsar to the recent disgraceful leaflets ridiculing Teo's new motherhood role and breast feeding.To make use of motherhood is not acceptable. The fact is that attacks on women backfire when they are perceived to be unfair, as shown in the past.One only needs to look at the impact of attacks on Teresa Kok from 1999 onwards to see how foolhardy attacks on women can be politically.Women stand as another group in this campaign that will set the direction for the country. They will shape who will lead their children, who will make the decisions that will shape their lives and who will be the leadership models for society. From crime and security to the dignity of women, these issues will influence women in the polls. How national they are in voting will be decisive.Despite the BN gender advantage, the underlying trends in political participation, campaign issues, fielding of women and attacks on women point to potential gains for Pakatan and for more women entering parliament. This will be a woman's election, whatever the outcome. ________________________________________ DR BRIDGET WELSH is associate professor of political science at Singapore Management University. She is travelling around Malaysia to provide her GE13 analyses exclusively to Malaysiakini. Bridget can be reached at bwelsh@smu.edu.sg.

Sunday, 21 April 2013

PASAR CHOW KIT (PCK), SIPUT SEDUT MASAK LEMAK+KELADI

Semasa perjalanan ke pasar CK, sebuah mc ditunggangi sepasang anak muda 30an terlanggar seorang PEMUDA mungkin bangla dipersimpangan KB/UKM/HBKL. Nampak terduduk mat bangla tapi bingkas bangun dengan kebingungan. Nampak kakinya berdarah sikit. Tapi pasangan atas moto masih memarahi MB kerana melintas jalan dilaluannya. Apapun yang sakit kena bantu bukanya mencari salah. Kami terus perjalanan ke PCK. Kali ini tak ramai orang tapi masih tiada ruang parkir kancil KAX^&&(. Kami ke laluan jualan ikan, siput sedut dan juga buah-buahan.Isteri beli dan bayar, aku dibelakang menjinjing bakul dan akhir sekali kegerai jualan buah. Buah mangga lily 3 kg RM 12 dan anggur hitam tanpa biji sekilo rm 12.00 ari ini. Selesai marketing, agak dahaga pilih Coke sejuk harganya RM 2.00 setin, tak jadi mahal sangat lalu beli air mineral RM1.00. Jalan Raja Bot jam sebab ramai parkir ikut suka dan ada pemandu P, lembab dan bangang menyebabkan jalan lagi bertambah jammed itu dah jam 1100 pagi. Sekembali singgah di PETRON Jln Kera Mat dan singgah beli suratkhabar di Jln S/Gurney dan juga 2 air jambu asam boi (RM1.50), x sedap rasa buah jambu lama atau terlalu masak. Sampai umah baki ais di masukkan kopi O jadi dapat hilang dahaga.

PRU 13-2013/5 MEI 2013 UNDI AWAL 30/4/13

PENCALONAN PREVIU KEHANGATAN PRU -13 Kadir Jasin BERDASARKAN penamaan calon hari ini, Pilihan Raya Umum ke-13 bukan sahaja sengit tetapi sangat menarik kerana banyak kerusi menyaksikan pertandingan banyak penjuru dan tidak sebuah pun dimenangi tanpa pertandingan. Ada kerusi yang menyaksikan pertandingan tujuh hala.Perangkaan mutakhir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sejumlah 579 calon akan bertanding merebut 222 kerusi Parlimen, termasuk 79 calon bebas dan 1,320 berebut 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 buah negeri, kecuali Sarawak. Inilah kali pertama sejak PRU 1959 tidak ada kerusi dimenangi tanpa pertandingan. Dalam PRU 2008, BN menang lapan kerusi Parlimen dan tiga DUN tanpa pertandingan manakala PAS menang sebuah kerusi DUN pada hari penamaan calon. [Klik Di sini]Dalam pilihan raya Parlimen, BN meletakkan 221 orang calon, PKR (99), PAS (73), DAP (51), bebas (79), State Reform Party (STAR) (28), Berjasa (9), Sabah Progressive Party (SAPP) (8), Sarawak Workers Party (SWP) (6), Kita (2), Parti Cinta Malaysia (PCM) (2), dan Bersama (1). Penama BN bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa, “gagal” mengemukakan kertas pencalonan. Bagi pilihan raya DUN, BN meletakkan 505 calon, PAS (236), PKR (172), DAP (102), bebas (190), STAR (49), SAPP (41), Berjasa (5), Kita (11), Bersama (4), PCM (3), dan Socialist Party of Malaysia (PSM) (2). Ketidakpuasan Punca Banyak Calon Bebas Sedikit sebanyak, bilangan calon yang lebih ramai itu membayangkan wujudnya ketidaksepaduan di kalangan parti-parti yang bertanding dan di dalam parti akibat pilihan calon.Tetapi hal ini tidaklah memeranjatkan sangat kerana boleh dikatakan semua parti cuba membuat pembaharuan dengan meletakkan banyak orang baru. Dalam proses itu, tentulah ada penyandang dan orang yang bercita-cita menjadi calon tetapi tidak terpilih akan berasa hampa dan bertindak melawan parti.Hal ini juga berlaku akibat limpahan politik parti ke dalam pilihan raya seperti pengguguran Ahli Parlimen popular Pandan, Ong Tee Keat yang berupa musuh ketat Presiden MCA Dr Chua Sooi Lek. Bergantung kepada siapa calon bebas itu, kesan kepada calon-calon parti mungkin negatif. Kalau calon bebas itu bekas ahli parti-parti yang bertanding, kesannya kepada calon rasmi mereka mungkin lebih buruk.Dalam konteks Pakatan Rakyat, kegagalan mencapai kata sepakat di kalangan parti anggota menyaksikan calon mereka berlawan antara satu sama lain di kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Selangor; Sungai Acheh, Pulau Pinang; Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir, Terengganu; Panti, Johor dan Labuan yang tentunya memberi “advantage” kepada calon Barisan Nasional.Di mana calon bebas adalah dari BN, khasnya calon yang kuat dan ternama, “advantage” akan berada di pihak PR. Calon-calon bebas sukar untuk menang. Dalam PRU 2008, hanya dua orang menang kerusi DUN daripada 66 yang bertanding dan tidak seorang pun daripada 36 yang bertanding Parlimen, menang. Majoriti hilang deposit. Pemberontakan Dalam Parti BN pula mengalami pemberontakan di beberapa buah kerusi di mana ahlinya bertanding sebagai calon bebas seperti Parlimen Kuala Kangsar, Perak; Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Pandan, Selangor.Cabaran dalaman yang paling mengaibkan bagi BN adalah keputusan Timbalan Ketua Wanita Umno, Kamilia Ibrahim, keluar parti dan bertanding sebagai calon bebas.Tidak sukar memahami tindakan Kamilia menolak tawaran bertanding kerusi DUN Bukit Chandan dan bertanding sebagai calon bebas Parlimen. Beliau adalah antara pemimpin atasan Wanita Umno yang berotak, berprinsip dan tidak pandai mengampu. Ketidakpandaian atau ketidakrelaan beliau mengampu dianggap kesombongan oleh pengkritik beliau. Tetapi yang sebenarnya menjadi masalah adalah pemikiran beliau yang lebih superior daripada banyak pemimpin tertinggi BN. Ada pemimpin atasan BN berasa terancam dengan kemunculan wanita cerdik dan berani dalam parti. Turut memberontak adalah bekas Timbalan Menteri Pertanian, Mohd Shariff Omar, di Tasik Gelugor. Beliau kini bertanding bebas melawan calon BN dan PAS. Calon PAS, Abdul Rahman Maidin adalah juga bekas ahli Umno.Kalau calon berontak BN di Tasik Gelugor, Kuala Kangsar dan Pandan berjaya memperoleh undi yang cukup besar, harapan BN mengekalkan tiga kerusi itu akan terjejas kerana kemenangan BN pada PRU 2008 tidaklah terlalu besar.Bagi DAP, antara pemberontaknya adalah Jenice Lee, penyandang DUN Teratai, Selangor dan Sim Tong Him penyandang Kota Melaka. Lee bertanding bebas di Teratai manakala Sim mempertahankan Kota Melaka dan bertanding juga di kerusi DUN Kota Laksamana.DAP dilihat sebagai bertindak tegas terhadap penyandang yang dianggap tidak berprestasi, bermasalah dan tidak sekata dengan kepemimpinan atasan parti. Tindakan Taktikal Pasir Mas? Perkembangan di Pasir Mas sangat luar biasa apabila penama BN, Che Johan Che Pa, “gagal” mengemukakan kertas pencalonan dengan itu memberi laluan kepada penyandang, Ibrahim Ali yang bertanding sebagai calon bebas, berlawan satu dengan satu menentang PAS. Ini boleh dilihat sebagai tindakan taktikal yang sangat luar biasa dan mengukuhkan dakwaan bahawa Perkasa yang didukung oleh Ibrahim adalah gerakan bayangan Umno.Dalam PRU 2008, Ibrahim bertanding dan menang atas tiket PAS dengan majoriti yang besar. Beliau menjadi renggang dengan PAS akibat sokongan PAS kepada penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di Semenanjung Malaysia dan isu-isu lain berkaitan Melayu.Ibrahim mendapat kuasa baru apabila beliau menubuhkan Perkasa bagi memperjuangkan hak Melayu dan Islam ketika Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak mempopularkan 1Malaysia, meritokrasi, transformasi dan keterangkuman. Dengan menjadikan bekas Perdana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad sebagai “mentor” Perkasa, Ibrahim mendekatkan gerakan itu dengan Umno. Tidak memeranjatkan sekiranya “Faktor Mahathir” menjadi talian hayat kepada Ibrahim ketika pencalonan siang tadi.Dalam banyak hal, keupayaan Ibrahim memanjangkan hayat politiknya dan kekal relevan boleh dikatakan setaraf dengan Anwar Ibrahim yang kebetulan kontemporari beliau dalam revolusi kampus pada akhir 1960-an dan awal 1970-an. Anwar berpangkalan di Universiti Malaya manakala Ibrahim di UiTM. Ibrahim akan dicabar oleh calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Dengan Ibrahim muncul sebagai calon “proksi” BN, Perkasa mempunyai dua orang wakil dalam senarai BN. Seorang lagi ialah bekas Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin yang bertanding melawan calon PAS di kerusi Parlimen Shah Alam. Apa pun, kita bersyukur dan gembira kerana proses penamaan calon berjalan lancar dan tanpa kejadian yang merugikan. Kita harap keadaan seperti itu kekal sehingga dan selepas pengundian pada 5 Mei. Pengekalan keamanan dan keselamatan adalah penanda aras kematangan kita berpolitik. Insya-Allah. Posted by A KADIR JASIN at 9:22 PM 5 comments:

Friday, 19 April 2013

PENGGUNAAN LOGO PAS OLEH CALON DAP: AKHIRNYA ROKET MENDARAT DI BULAN

KOTA BHARU: "Kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. (Gambar...Roketkini ‏@roketkini dalam Twitternya menulis, "Roket sudah sampai ke bulan. Anda masih nak guna timbang dacing?") Beliau mengulas keputusan DAP menggunakan logo PAS setelah Pendaftar Pertubuhan memutuskan untuk tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP yang ada sekarang. "Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. "Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman," kata Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam kenyataannya hari ini. Berikut adalah kenyataan penuh Tuan Guru Nik Aziz. Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP: Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini. Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba. Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman. Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan. Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan. Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya. Natijahnya, Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka antara satu sama lain. Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina. Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya, namun sedikit demi sedikit ia telah hilang. Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah. Kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah. Di saat itulah, sahabat-sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat secara zahir bagaimana perjanjian tersebut berat sebelah. Namun kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian tersebut membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila perjanian tersebut dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum Musyrikin. Alhamdulillah, ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi dakwah dengan slogan PAS for All. Non Muslim di sana sini tidak lagi segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO. Saya yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya. Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya rezeki buat perjuangan Islam. Mungkin Barisan Nasional merasakan langkah ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya ia mengandungi rahmat yang sangat besar. Jika Perjanjian Hudaibiyyah membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah kerajaan Barisan Nasional ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya dan pembinaan Malaysia Baru. Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional. Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan! Salam hormat, NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS) Bertarikh : 8 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 19 April 2013M

Tuesday, 16 April 2013

PRU 13 - BERMULANYA HARI INI, UMNO AKAN BERPECAH

BERMULANYA HARI INI, UMNO AKAN BERPECAH Aspan Alias, 16 Apr 2013 BN telah mengumumkan yang 49 peratus dari calon-calon Dewan Undangan Negeri adalah muka baru dan 30 peratus dari calon Parlimen merupakan calon-calon gantian untuk memantapkan prestasi parti itu dalam PRU yang akan datang. Beberapa Menteri Kabinet BN juga telah digugurkan, di antaranya ialah Rais Yatim dan Nor Mohammed Yakcop. Mohamad Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi akan bertanding di kawasan Dun di Johor untuk menjadi Menteri Besar jika BN memenangi pilihanraya kali ini. Tidak payah kita sebut siapa yang digugurkan dan siapa yang beralih kawasan dari Dewan Undangan Negeri atau Parlimen yang diumumkan oleh Pengerusi BN semalam. Isu yang saya hendak komen hari ini ialah tentang kebanggaan Najib menurunkan calon-calon yang berkelayakan akademik yang tinggi serta berpelajaran. Najib telah menurunkan calon-calon yang berpelajaran tinggi, setidak-tidaknya pemegang Diploma dan ke atas. Pemilihan calon yang berpelajaran tinggi itu adalah wajar kerana tindakan itu sejajar dengan keadaan semasa dalam mana rata-rata rakyat telah berpelajaran. Tetapi yang dihadapi oleh UMNO sekarang ini bukannya masalah taraf akademik calon-calonnya. Dari dahulu sememangnya calon-calon dalam UMNO itu adalah dikalangan orang yang pandai-pandai belaka. Ada yang berpendidikan sehingga Doktor Falsafah, ada yang Doktor perubatan, ada akauntan dan berbagai-bagai lagi dari bidang professional dan separa professional yang hebat-hebat diletakkan sebagai calon. Tetapi apabila mereka yang pandai-pandai ini menyertai UMNO, mereka dipengaruhi oleh budaya yang songsang dan buruk seperti rasuah dan berbagai-bagai lagi kesalahan undang-undang dan moral yang dilakukan oleh pimpinan BN. Keadaan itu bertambah meruncing dari masa ke semasa dan sekarang budaya buruk itu sudah tidak terkawal lagi. Pendeknya berpelajaran tinggi itu tidak dapat memperbaiki akhlak kepimpinan mereka setelah menyertai UMNO walau setinggi mana sekali pun taraf pelajaran mereka. Mereka itu mungkin berpelajaran, tetapi kurang pendidikan. Seseorang yang berpelajaran tidak semestinya seorang yang berpendidikan. Seseorang yang berpendidikan baik itu akan mencakupi nilai moral yang selari dengan pelajarannya yang tinggi itu. Saya selalu berkata sebaik mana pun seseorang itu, apabila menyertai UMNO dan mendapat kedudukan, mereka akan lupa yang diri mereka telah belajar di menara gading tetapi sikap mereka seolah-olah seperti orang yang tidak pernah melalui pendidikan yang betul. Apabila menyertai UMNO mereka akan menganggap yang buruk itu sebagai baik dan baik itu sebagai buruk, seolah-olah mereka ini adalah pembawa dalil hari hendak kiamat. Pendeknya mereka yang berpelajaran tinggi tidak mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang terdidik. UMNO sentiasa gagal untuk mengenengahkan mereka yang terdidik sejak tiga dekad yang lalu. Dalam UMNO ada yang berkelulusan bidang kejuruteraan sehingga PhD tetapi kita nampak dengan jelas kelulusan tinggi itu tidak mampu untuk menjadi orang yang mampu berfikir. Mendapatkan sarjana muda, atau sarjana serta doktor falsafah itu hanyalah untuk mengesahkan mereka telah lulus mata pelajaran dan modul yang mereka pilih di menara gading itu. Tetapi matlamat sebenar kita masuk universiti itu ialah untuk belajar dan mendidik kita untuk berfikir dengan baik dan tahu membezakan yang mana satu yang bermoral dan yang sebaliknya. Tetapi apabila bergiat dalam UMNO kemampuan mereka untuk berfikir semakin tumpul kerana budaya yang tidak membolehkan sesiapa bersuara dan memberikan pandangan yang bernas. Maka jadilah mereka perasuah dan penyalahguna kuasa yang besar apabila mendapat kuasa mandat rakyat itu untuk bersama membina budaya membina kepentingan dan kekayaan peribadi dan keluarga mereka. Sepatutnya jika seseorang itu telah berjaya untuk berfikir mereka tidak akan tergamak melakukan rasuah dan kerja-kerja hina yang lain itu. Maksudnya jika kita berjaya untuk berfikir, maka gejala buruk akan terhindar dari diri mereka. Pemimpin yang benar-benar terdidik tidak akan sanggup melakukan rasuah kerana mereka akan merasakan malu yang amat sangat hasil dari didikan dan berfikir secara orang yang berpendidikan tinggi. Saya ingin mengulangi yang berpelajaran itu tidak semestinya yang terdidik. Jika kita hanya berpelajaran belum tentu kita akan melakukan kerja yang baik-baik. Hanya yang terdidik sahaja yang boleh diberikan keyakinan, bukan kepada yang hanya berpelajaran. Senarai calon-calon yang dikatakan sebagai barisan yang berpelajaran itu tidak akan membawa apa-apa perubahan selagi budaya rasuah dan mementingkan keuntungan peribadi itu tidak dihapuskan dalam UMNO. Keadaan dalam UMNO itu akan tetap sama. Jika UMNO masih diberikan mandat ia tetap seperti biasa yang kita alami sekarang ini. Salah laku itu akan tetap berlaku, hanya yang menjadi pelakunya itu orang yang berlainan sahaja. Selalunya yang terdidik itu akan mempunyai nilai etika, bermoral tinggi dan lebih lagi ada agamanya dan meng’addin’kan agamanya dalam pentadbiran dan politik mereka. Yang terdidik itu selalunya akan melakukan segala-galanya dengan beriktikad untuk melakukan fardhu kifayahnya sekali kerana dengan fardhu kifayah itulah yang akan membuka jalan ke arah keredhaan Tuhan dalam semua tindak-tanduk kita. Pemimpin yang terdidik dengan didikan yang benar, mereka akan ada sifat malunya untuk melakukan kerja rasuah dan sebagainya. Merasa malu pada diri sendiri itulah yang mampu membendung kita dari melakukan kerja terkutuk seperti rasuah, membunuh serta dosa dan noda yang lain. Walau apa pun, UMNO akan berpecah dan kita akan saksikan bersama-sama semua yang akan berlaku dalam UMNO itu. Tamat sahaja pengumuman calon nanti, kita akan lihat perpecahan itu berlaku dengan cepat dan deras di mana-mana. Malahan ia telah pun berlaku di beberapa tempat di Selangor dan di Perak di mana ahli-ahli UMNO telah berkumpul dan berarak menentang calon yang ditonjolkan oleh pucuk pimpinan parti. Benar, bermula hari ini UMNO akan berpecah. Dr Mahathir bolehlah saksikan apa yang beliau telah wariskan kepada pimpinan-pimpnan selepas beliau. Segala-galanya bermula dari kerja beliau memecah dan memerintah rakyat semasa mentadbir negara dahulu. Sekarang beliau boleh saksikan puas-puas. Kehendaknya telah tercapai sepenuhnya. Dr Mahathir boleh tidur lena sekarang. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Monday, 15 April 2013

ARTIKEL PRU 13 - Majoriti Melayu tidak ada apa-apa yang perlu ditakuti jika melakukan perUBAHan! — Sakmongkol AK47

Majoriti Melayu tidak ada apa-apa yang perlu ditakuti jika melakukan perUBAHan! — Sakmongkol AK47 April 16, 2013 16 APRIL — Mengapa orang Melayu dalam Umno tidak pernah bercakap mengenai kaum India? Jawab: Kerana jumlah mereka kecil dan tidak kuat kedudukan ekonomi mereka. Jadi orang Melayu tidak takut kepada orang India. Kenapa orang Melayu Umno selalu ada benda negative yang hendak dipercakapkan keatas orang Cina? Kerana mereka jumlah nya kecil tapi kuat ekonomi. Jadi orang Melayu takut kepada orang Cina. Kedua Cina dan India adalah kumpulan minority. Tapi Melayu takut kepada Cina tidak kepada India, bagaimana demikian? Ini mesti disebabkan oleh faktor ekonomi. Itu sahaja perkara yang membezakan kaum Cina. Jadi mengapa orang Melayu takut kepada perubahan? Umno ajar orang Melayu takut kepada perubahan. Itu sebabnya Umno ajar orang Melayu jika mereka menyokong perubahan, maka kedukan orang Melayu akan terancam, agama mereka akan berada dalam bahaya dan institusi Raja Melayu akan musnah. Ini perkara-perkara yang hampir dengan jiwa orang Melayu.Daripada pengamatan diatas, mereka takut berubah kerana jika berlaku perubahan, kaum Cina akan menggunakan kekuatan ekonomi untuk merampas kuasa politik dari kaum Melayu. Itu mesti sebabnya. Melayu Umno khuatir jika kaum Cina ada kuasa politik yang lebih, mereka akan menggugat kebangsaannya orang Melayu dan agama Islam anutan orang Melayu dan seterusnya, institusi Raja Melayu. Ketakutan kaum Melayu menghairankan. Mari kita memecahkan pembohongan dan penipuan ini. Pertama, kaum Cina tidak akan dapat menukar perlembagaan negara kerana jumlah mereka hanya 24 peratus dari jumlah penduduk negara ini. Semua ejensi kerajaan melindungi kebangsaannya Melayu dan agama orang Melayu dan paling penting, Raja-raja Melayu tentu tidak akan bersetuju memusnahkan bangsa sendiri. Adakah Raja-raja Melayu akan bersetuju meruntuhkan institusi mereka? Dan sebagai pelindung agama Islam, mustahil mereka bersetuju untuk Islam diapa-apakan? Kedua- katakanlah, mereka kaum Cina dapat melakukan itu. Kaum Melayu semua sekali akan bersatu dan menggulingkan orang Cina. Lagi pun hampir semua alatan kerajaan dalam negara ini dikuasai oleh orang Melayu — pentadbiran, tentera, polis dsb. Ketiga, kaum Cina terlalu kecil jumlah mereka untuk meletakkan kaum mereka dalam institusi kerajaan persekutuan. Jika mereka berjaya melakukan demikian, orang Melayu yang jumlahnya ratusan ribu yang berkerja sebagai kaki tangan awam akan hanya perlu mogok dan kerajaan akan berhenti. Keempat, jika kaum Cina menggunakan kekuatan ekonomi untuk membeli orang Melayu, mereka akan jadi bankrap dan keadaan untuk mereka akan lebih teruk. Kelima, jika sebahagian besar orang kaya Cina bergabung, mereka tidak sekaya kroni sahabat kepada Umno. Yang demikian mustahil, kaum Cina boleh mengambil alih negara ini. Dan kita boleh lihat dalam negeri-negeri Pulau Pinang dan Selangor dimana DAP aktif dalam kerajaan, tidak berlaku pemusnahan kepada orang Melayu dan agama Islam dan Raja-raja Melayu. Di Perak walaupun sebahagian besar ADUN terdiri dari DAP, perlembagaan yang menunutut supaya MB terdiri dari orang Melayu dijunjung. Adakah Nizar suatu ketika kurang Melayunya dari Zamri yang keMelayuannya lebih mencurigakan? Bahkan kedudukan mereka bertambah baik terlindung dan mewah kerana kedudukan kewangan kerajaan yang lebih baik, DAP Pulai Pinang memberi RM62 juta setahun kepada Majlis Agama Islam PP manakala Negri Sembilan mampu beri RM10-12 juta setahun. Jadi, ketakutan yang diajar oleh Umno kepada orang Melayu hanya disebabkan oleh ketakutan yang tidak rasional yang tidak bertunjangkan kebenaran, fakta dan common sense. Oleh kerana kita tidak boleh menerima bahawa kita orang Melayu orang yang tidak rasional, maka ketakutan orang Melayu Umno mesti disebabkan perkara yang lain. Apa dia? Tidak syak lagi ianya ialah ketakutan dalam bentuk kehilangan peribadi. Peribadi yang bagaimana? Oleh kerana Umno selalu bercakap bagaimana baiknya Umno kepada orang Melayu, maka kehilangan peribadi itu semestinya kehilangan perkara seperti kedudukan, keistimewaan, permit, lesen, wang, tanah dan sebagainya. Tapi berapa ramai orang Melayu kaya? BR1M pertama diberi kepada 4 juta orang sebahagian besar nya Melayu. BR1M 2 di beri kepada 7 juta orang! Apa maknanya ini? Dari tarikh BR1M 1 ke BR1M 2, jumlah orang miskin bertambah dan sebahagian besarnya Melayu? Dan memang itu pun terjadi. Dibawah pemerintahan Umno selama 55 tahun, 8.7juta orang Melayu hidup dengan pendapatan bulanan RM1,500 dan 7.2 juta mempunyai pendapatan bulanan RM1,200. Bayangkan berapa ramai orang Melayu yang mempunyai pendapatan bulanan RM3,000 sebulan dan layak menerima BR1M? 11 juta. 11 juta daripada 16 juta orang Melayu! Ertinya 70 peratus orang Melayu miskin dan papa dibawah pemerintahan Umno. Mengapa kita mahu beri 5 tahun lagi kepada Umno? Apa yang boleh mereka lakukan dalam 5 tahun sedangkan dalam masa 55 tahun, mereka gagal membetulkan kedudukan orang Melayu. Maka sudah sampai ketikanya orang Melayu memilih pihak lain untuk mengurus kewangan dan ekonomi negara. Jika majority yakni 70 peratus orang Melayu miskin, apa kehilangan yang mereka takutkan jika Umno kalah? Mana mungkin orang takut akan kehilangan sesuatu yang mereka tidak ada? Majority orang Melayu dengan demikian, tidak akan kehilangan apa-apa bahkan memiliki banyak jika melakukan perubahan kerajaan. Jadi apa sebenarnya hendak ditakutkan jika kita menyingkirkan Umno? Jika seperti yang diakui oleh Najib, RM52 billion dari RM54 billion sudah lesap, adalah lojik untuk menerima bahawa jumlah tersebut tentu sudah diagihkan kepada orang Melayu. Itu dasar DEB bukan? Ertinya, jika kita beri RM1 juta seorang, kita mesti sudah nampak adanya 52,000 jutawan Melayu. Mana dia nya jutawan Melayu yang 52,000 ini. Dimana dan kemana mereka? Mengapa 70 peratus Melayu berada dibawah garis BR1M ketika Umno cakap besar mereka mempunyai track record atau prestasi yang terbaik yang menjaga kepentingan Alif Ba Ta? Dan kenapa Umno menggunakan tektik gangster dan penjahat untuk membelasah orang Melayu yang sudah tidak yakin kepada Umno? Ini semua mesti jenis Melayu hasil dari acuan Mahathir mursyidul am Umno yang menasihati lebih baik berkawan dengan orang jahat dari orang baik. Dan mengapa Melayu Umno membutakan mata dan memekakkan telinga kepada rasuah dan pembelian undi yang dilakukan oleh Najib menjelang PRU13 ini? Jawapannya mesti kerana merekalah yang menikmati faedah secara peribadi dari kejayaan Umno manakala 70 peratus dari bangsa Melayu terpinggir! Oleh kerana itu mereka jadi subahat kepada angkara durjana yang dilakukan oleh Umno dan menyokong fitnah dan kezaliman keatas golongan Melayu yang berjuang untuk menyingkirkan kerajaan Umno yang zalim, rasuah dan penjaga dan pembela golongan Melayu terpilih. Bangkitlah wahai orang Melayu, kamu tidak kehilangan apa-apa bahkan data menyingkirkan kerajaan yang membohongi dan membeloti orang Melayu! — sakmongkol.blogspot.com * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Thursday, 11 April 2013

ECER -12 APR 13

Depart from KL to GM. Visited Rantau Manis Agropolitan at noon then to KB Riverside hotel by 1830hr. Four season Hotel for dinner and proceed to WKY. Next day visit UPEN Kltn briefed by Nik Halim then after lunch to KP Chepa BG DZack and M MusBKN briefing. Overnight and the next morning continued journey to Terangganu State Town Council, visited site location at the draw bridge and site new KT new township. Having lunch at KTM office/state Sec Building 18 floor. Then Taman Tamadun Islam/Crystal Mosque and check in at Primula Hotel (201). 1600hr proceed to pasar Payang and dinner Cholek at P.Bt Buruk. The next day journey to Kertih/Petronas Watch Tower at Kertih, continue to Bio Polymer site and stop at Swis GH (8371). Early morning to ECER Phg office and proceed Pekan Automotive park, proceed to Agropolitan Lepar for Sheep projects. Lunch at Kuantan Port and visit the port berthed site and back at PH by 1600hr. Visit to complete on 12/4/13.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive