Saturday, 27 April 2013

BELANJA DAPUR

Sekarang terasa barang-barang dapur semakin meningkat, semalam RM 200.00 hari ini RM 160.00. Kebiasaanya sebulan 2 kali mau mencecah RM 450-50.00. Ini tidak termasuk ikan, ayam, daging, sayur dan telur.Sebulan diantara 1500.00 ke 2000.00 untuk menguruskan keperluan domestik makan, kebersihan diri dan penjagaan kesihatan. Ini belum termasuk bil-bil telefon, tuition anak, restaurant, wang sekolah/saku, kad kredit semuanya mencecah RM 1,200.00.Adalah berbaki sebanyak RM 1000.00 ke 1,500.00 untuk simpanan, perubatan, riadah dan derma. Kalau gaji 5ribu tidak cukup dengan anak 6. Walauapaun semuanya mencukupi jika disesuaikan dengan jumlah bersih diperolehi. Mula dulu gaji RM 700.00, mencecah ke 8 ribu pun masih terasa . Itu pun kereta dah habis bayar, hutang beli rumah, insuran, koperasi, PCB income tax dah RM 700 sebulan. Bersyukur dan belanja ikut jumlah diperolehi InsyaAllah cukup. Bayangkan kalau yang dapat gaji 1,000.00 anak 6 isteri 1 ada yang sakit, ada yang di universiti, di sekolah dll. Bayangkan makan adakah berkhasiat, cukup dan bagaimana simpanan dan insuran dll. Tak terfikir. Bersyukur dan yang pentingnya belanja ikut poket jika lebih simpan sikit, derma dan yang penting bagi keluarga lebih daripada diri sendiri. Muhasabah diri dan rancang untuk akan datang hanya Allah yang lebih mengetahui.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive