Monday, 15 April 2013

ARTIKEL PRU 13 - Majoriti Melayu tidak ada apa-apa yang perlu ditakuti jika melakukan perUBAHan! — Sakmongkol AK47

Majoriti Melayu tidak ada apa-apa yang perlu ditakuti jika melakukan perUBAHan! — Sakmongkol AK47 April 16, 2013 16 APRIL — Mengapa orang Melayu dalam Umno tidak pernah bercakap mengenai kaum India? Jawab: Kerana jumlah mereka kecil dan tidak kuat kedudukan ekonomi mereka. Jadi orang Melayu tidak takut kepada orang India. Kenapa orang Melayu Umno selalu ada benda negative yang hendak dipercakapkan keatas orang Cina? Kerana mereka jumlah nya kecil tapi kuat ekonomi. Jadi orang Melayu takut kepada orang Cina. Kedua Cina dan India adalah kumpulan minority. Tapi Melayu takut kepada Cina tidak kepada India, bagaimana demikian? Ini mesti disebabkan oleh faktor ekonomi. Itu sahaja perkara yang membezakan kaum Cina. Jadi mengapa orang Melayu takut kepada perubahan? Umno ajar orang Melayu takut kepada perubahan. Itu sebabnya Umno ajar orang Melayu jika mereka menyokong perubahan, maka kedukan orang Melayu akan terancam, agama mereka akan berada dalam bahaya dan institusi Raja Melayu akan musnah. Ini perkara-perkara yang hampir dengan jiwa orang Melayu.Daripada pengamatan diatas, mereka takut berubah kerana jika berlaku perubahan, kaum Cina akan menggunakan kekuatan ekonomi untuk merampas kuasa politik dari kaum Melayu. Itu mesti sebabnya. Melayu Umno khuatir jika kaum Cina ada kuasa politik yang lebih, mereka akan menggugat kebangsaannya orang Melayu dan agama Islam anutan orang Melayu dan seterusnya, institusi Raja Melayu. Ketakutan kaum Melayu menghairankan. Mari kita memecahkan pembohongan dan penipuan ini. Pertama, kaum Cina tidak akan dapat menukar perlembagaan negara kerana jumlah mereka hanya 24 peratus dari jumlah penduduk negara ini. Semua ejensi kerajaan melindungi kebangsaannya Melayu dan agama orang Melayu dan paling penting, Raja-raja Melayu tentu tidak akan bersetuju memusnahkan bangsa sendiri. Adakah Raja-raja Melayu akan bersetuju meruntuhkan institusi mereka? Dan sebagai pelindung agama Islam, mustahil mereka bersetuju untuk Islam diapa-apakan? Kedua- katakanlah, mereka kaum Cina dapat melakukan itu. Kaum Melayu semua sekali akan bersatu dan menggulingkan orang Cina. Lagi pun hampir semua alatan kerajaan dalam negara ini dikuasai oleh orang Melayu — pentadbiran, tentera, polis dsb. Ketiga, kaum Cina terlalu kecil jumlah mereka untuk meletakkan kaum mereka dalam institusi kerajaan persekutuan. Jika mereka berjaya melakukan demikian, orang Melayu yang jumlahnya ratusan ribu yang berkerja sebagai kaki tangan awam akan hanya perlu mogok dan kerajaan akan berhenti. Keempat, jika kaum Cina menggunakan kekuatan ekonomi untuk membeli orang Melayu, mereka akan jadi bankrap dan keadaan untuk mereka akan lebih teruk. Kelima, jika sebahagian besar orang kaya Cina bergabung, mereka tidak sekaya kroni sahabat kepada Umno. Yang demikian mustahil, kaum Cina boleh mengambil alih negara ini. Dan kita boleh lihat dalam negeri-negeri Pulau Pinang dan Selangor dimana DAP aktif dalam kerajaan, tidak berlaku pemusnahan kepada orang Melayu dan agama Islam dan Raja-raja Melayu. Di Perak walaupun sebahagian besar ADUN terdiri dari DAP, perlembagaan yang menunutut supaya MB terdiri dari orang Melayu dijunjung. Adakah Nizar suatu ketika kurang Melayunya dari Zamri yang keMelayuannya lebih mencurigakan? Bahkan kedudukan mereka bertambah baik terlindung dan mewah kerana kedudukan kewangan kerajaan yang lebih baik, DAP Pulai Pinang memberi RM62 juta setahun kepada Majlis Agama Islam PP manakala Negri Sembilan mampu beri RM10-12 juta setahun. Jadi, ketakutan yang diajar oleh Umno kepada orang Melayu hanya disebabkan oleh ketakutan yang tidak rasional yang tidak bertunjangkan kebenaran, fakta dan common sense. Oleh kerana kita tidak boleh menerima bahawa kita orang Melayu orang yang tidak rasional, maka ketakutan orang Melayu Umno mesti disebabkan perkara yang lain. Apa dia? Tidak syak lagi ianya ialah ketakutan dalam bentuk kehilangan peribadi. Peribadi yang bagaimana? Oleh kerana Umno selalu bercakap bagaimana baiknya Umno kepada orang Melayu, maka kehilangan peribadi itu semestinya kehilangan perkara seperti kedudukan, keistimewaan, permit, lesen, wang, tanah dan sebagainya. Tapi berapa ramai orang Melayu kaya? BR1M pertama diberi kepada 4 juta orang sebahagian besar nya Melayu. BR1M 2 di beri kepada 7 juta orang! Apa maknanya ini? Dari tarikh BR1M 1 ke BR1M 2, jumlah orang miskin bertambah dan sebahagian besarnya Melayu? Dan memang itu pun terjadi. Dibawah pemerintahan Umno selama 55 tahun, 8.7juta orang Melayu hidup dengan pendapatan bulanan RM1,500 dan 7.2 juta mempunyai pendapatan bulanan RM1,200. Bayangkan berapa ramai orang Melayu yang mempunyai pendapatan bulanan RM3,000 sebulan dan layak menerima BR1M? 11 juta. 11 juta daripada 16 juta orang Melayu! Ertinya 70 peratus orang Melayu miskin dan papa dibawah pemerintahan Umno. Mengapa kita mahu beri 5 tahun lagi kepada Umno? Apa yang boleh mereka lakukan dalam 5 tahun sedangkan dalam masa 55 tahun, mereka gagal membetulkan kedudukan orang Melayu. Maka sudah sampai ketikanya orang Melayu memilih pihak lain untuk mengurus kewangan dan ekonomi negara. Jika majority yakni 70 peratus orang Melayu miskin, apa kehilangan yang mereka takutkan jika Umno kalah? Mana mungkin orang takut akan kehilangan sesuatu yang mereka tidak ada? Majority orang Melayu dengan demikian, tidak akan kehilangan apa-apa bahkan memiliki banyak jika melakukan perubahan kerajaan. Jadi apa sebenarnya hendak ditakutkan jika kita menyingkirkan Umno? Jika seperti yang diakui oleh Najib, RM52 billion dari RM54 billion sudah lesap, adalah lojik untuk menerima bahawa jumlah tersebut tentu sudah diagihkan kepada orang Melayu. Itu dasar DEB bukan? Ertinya, jika kita beri RM1 juta seorang, kita mesti sudah nampak adanya 52,000 jutawan Melayu. Mana dia nya jutawan Melayu yang 52,000 ini. Dimana dan kemana mereka? Mengapa 70 peratus Melayu berada dibawah garis BR1M ketika Umno cakap besar mereka mempunyai track record atau prestasi yang terbaik yang menjaga kepentingan Alif Ba Ta? Dan kenapa Umno menggunakan tektik gangster dan penjahat untuk membelasah orang Melayu yang sudah tidak yakin kepada Umno? Ini semua mesti jenis Melayu hasil dari acuan Mahathir mursyidul am Umno yang menasihati lebih baik berkawan dengan orang jahat dari orang baik. Dan mengapa Melayu Umno membutakan mata dan memekakkan telinga kepada rasuah dan pembelian undi yang dilakukan oleh Najib menjelang PRU13 ini? Jawapannya mesti kerana merekalah yang menikmati faedah secara peribadi dari kejayaan Umno manakala 70 peratus dari bangsa Melayu terpinggir! Oleh kerana itu mereka jadi subahat kepada angkara durjana yang dilakukan oleh Umno dan menyokong fitnah dan kezaliman keatas golongan Melayu yang berjuang untuk menyingkirkan kerajaan Umno yang zalim, rasuah dan penjaga dan pembela golongan Melayu terpilih. Bangkitlah wahai orang Melayu, kamu tidak kehilangan apa-apa bahkan data menyingkirkan kerajaan yang membohongi dan membeloti orang Melayu! — sakmongkol.blogspot.com * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive