Tuesday, 30 April 2013
PRU 13 SAMPAI DESTINASI
Pagi tak kemana, kepenatan perjalanan masih terasa. Semalam bertolak dari PP selepas beli jeruk dan makan nasi kandar di Wood Restaurant NK. 4 Orang RM 44.00 dan meneruskan perjalanan cuaca mendung dan hujan sepanjang jalan. Almaklum mengantuk dan lelap hampir 20 min di RnR Senmanggul jam 1300. Selepas top up TnG meneruskan perjalanan sehingga ke Tapah RnR pekena kopi Kaw di Cofee+moore dengan roti coklat dan puff sardine selepas solat qasar dan jamak. Perjalanan sepanjang ke KL dalam hujan sekali sekala lebat dan lincin, kemalangan sebelah jalan menuju utara sebuah kenderaan terbabas dan terselit ditepi papan iklan dikiri jalan. Kenderaan masih laju terutamanya berkuasa tinggi tanpa menghiraukan pengguna jalan lain. Kalau dari jauh memberi lampu supaya kenderaan ketepi begitu juga yang menyelinap ke kiri dan tengah jalan asal ada ruang untuk ke destinasi masing-masing. Jam 1730 tiba di DUKE dan sampai DPTOJ dengan selamat. Kali ini kena keluar RM 250.00 sebab bateri kong semas di LumWahE hospital. Kami ke LWE bahagian perubatan cina bagi Acu dan Bekam angin (RM 21.00 dan anak hanya RM 16.00). Kami bertiga dibelakang ada kesan cawan bekam ada yang 13 ada 10 ada 9 ikut sakit masing-masing. jARI bertanda dakwat kekal selepas mengundi juga masih dijari sesampai diKL dan pagi ini semuanya hilang setelah dibasuh dan jika basuh guna tanah lagi cepat hilang warnanya. Kalau selepas ditanda ambil tanah dan gelintiq kat pewarna lagi cepat hilangnya. Kalau orang kerja bendang main selut dan lanyau pasti cepat hilang dan boleh pi undi sekali lagi kalau ada 2 nama. Itu pun kalau nak menipu. Kalau pikir Allah tidak perlu buat kerja tak betul. Kalau dakwat ini dipanggil dakwat tanda aje ok, jangan panggil dakwat kekal kerana semuanya tidak menjadi boleh dicuci dan hilang tidak kekal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEJAYAAN DAN KETENANGAN
"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"
SIAPA SAYA
Blog Archive
-
▼
2013
(86)
-
▼
April
(12)
- I MEI HARI PEKERJA -GOTONG ROYONG DI SURAU LUQMAN
- PRU 13 SAMPAI DESTINASI
- PRU13 UNDI AWAL di DC Harimau Malaya P Mutiara
- BELANJA DAPUR
- PULUT DURIAN+DURIAN+SUSU UHT+GULA PASIR
- BN's femme fatale: The power of women
- PASAR CHOW KIT (PCK), SIPUT SEDUT MASAK LEMAK+KELADI
- PRU 13-2013/5 MEI 2013 UNDI AWAL 30/4/13
- PENGGUNAAN LOGO PAS OLEH CALON DAP: AKHIRNYA ROKET...
- PRU 13 - BERMULANYA HARI INI, UMNO AKAN BERPECAH
- ARTIKEL PRU 13 - Majoriti Melayu tidak ada apa-apa...
- ECER -12 APR 13
-
▼
April
(12)
No comments:
Post a Comment