Tuesday, 31 December 2013

KALAU KERAJAAN BERUNDUR "EN BLOCK" APA YANG HENDAK DIGULINGKAN LAGI (bunyi ayat power adakah anda berani?)===+++-------???????

Biarkan mereka membuat tuntutan. Jika kerajaan tidak mampu memenuhi tuntutan itu pun tidak mengapa, tetapi perlu bertindak mengundurkan diri mereka secara terhormat dan jangan berbuat kecoh terhadap mereka (rakyat). Saya tidak gemar mendengar seorang Menteri berkata yang himpunan jalanan itu membuang masa sahaja. Pertamanya adakah ini perhimpunan jalanan?

Apa yang membuang masanya. Mungkin mereka membuang masa, tetapi mereka membuang masa untuk kepentingan ramai. Sebaliknya Menteri itu yang membuang masa di Kementerian beliau kerana tidak memberikan sumbangan terhadap masalah kenaikan harga barangan sekarang ini.

                                                                                       cabutan drp aspan alias.                                                                                              bertraikh 31 12 13

Apa yang ditakutkan oleh UMNO dengan himpunan menentang kenaikan harga barang oleh rakyat ini? kenapa ada Menteri yang menuduh ada pihak yang melakukan subversif terhadap negara? Apa ‘subversif’ nya? Kenapa melatah sehinggakan membawa polis sendiri membuat ‘statement’ politik menghadapi isu ini? Perlu diingat rakyatlah yang paling berhak untuk menzahirkan keresahan mereka kerana mereka tahu negara mereka tidak diurus dengan baik malahan mereka tahu negara mereka sedang diambang kehancuran.

Mereka juga tahu yang kerajaan pimpinan hari ini sedang cuba menutupi segala-gala kesalahan dan kelemahan dari pengetahuan rakyat. Sampai bila mereka boleh bertahan, sama-sama kita lihat dan tengok. Himpunan yang dibuat secara aman ini sudah menampakkan yang pihak kerajaan sedang cuba untuk menunjukkan keadaan tidak aman.

Bagi saya secara peribadi saya tidak menyokong dan menolak himpunan ini tetapi satu perkara yang harus diingat, rakyat mempunyai hak untuk berhimpun kerana negara ini negara mereka. Ini bukan negara kepunyaan pemimpin dan isterinya sahaja. Ini adalah negara yang akan kita wariskan kepada anak-anak dan cucu-cucu kita dan setiap rakyat berhak berusaha untuk mempastikan generasi kita tidak akan lebur dengan kerakusan pimpinan hari ini.

Kepada pak Menteri dan pak Wazir sekalian, marilah kita menjadi lebih matang sedikit. Tidak usah menuduh rakyat hendak menggulingkan kerajaan melalui himpunan jalanan. Himpunan ini bukan himpunan jalanan. Hanya mereka hendak berjalan menuju ke Dataran Merdeka, tempat mereka hendak berhimpun itu sahaja.

Di sana mereka hendak berhimpun dan menuntut apa yang perlu mereka tuntut dari kerajaan. Pasukan Polis yang dibayar gaji mereka oleh rakyat termasuk mereka yang berhimpun itu perlu bekerjasama dan memberikan pertolongan dalam perjalanan mereka ke Dataran Merdeka itu.

Biarkan mereka membuat tuntutan. Jika kerajaan tidak mampu memenuhi tuntutan itu pun tidak mengapa, tetapi perlu bertindak mengundurkan diri mereka secara terhormat dan jangan berbuat kecoh terhadap mereka (rakyat). Saya tidak gemar mendengar seorang Menteri berkata yang himpunan jalanan itu membuang masa sahaja. Pertamanya adakah ini perhimpunan jalanan?

Apa yang membuang masanya. Mungkin mereka membuang masa, tetapi mereka membuang masa untuk kepentingan ramai. Sebaliknya Menteri itu yang membuang masa di Kementerian beliau kerana tidak memberikan sumbangan terhadap masalah kenaikan harga barangan sekarang ini.

Mereka bukannya menyokong pembangkang tetapi pembangkang menyokong mereka kerana mereka sedang melakukan sumbangan dan peranan untuk menurunkan harga barangan. Mereka ini hendak menzahirkan tuntutan mereka kerana tidak ada tempat hendak mengadu. Hendak mengadu kepada Menteri Pengguna, takut pula Menteri itu akan menjawab, ‘kalau harga barangan mahal, jangan beli barang-barang’.

Justeru benarkan tanpa halangan untuk mereka berhimpun. Alasan perhimpunan ini akan menjejaskan peniaga-peniaga kecil itu tidak munasabah kerana dengan perhimpunan inilah peniaga-peniaga kecil mendapat perniagaan yang laris kerana kehadiran ratusan ribu pelanggan dari seluruh negara. Jualan minuman mereka akan laris dan karipap mereka akan laku kerana yang berhimpun itu akan merasakan kelaparan apabila beramai-ramai  diperhimpunan itu.

Kalau Menteri-Menteri merasakan penat mengendalikan rakyat, bukankah jalan keluar nya ada? Bukankah berundur dari memikul tanggungjawab ini adalah jalan yang terbaik? Bukankah mereka ini sudah mengumpulkan kekayaan yang menimbun banyaknya dan tidak lagi susah-susah memikirkan harga barang yang naik? Yang merasakan keperitan dengan harga barangan naik ini adalah rakyat biasa sahaja dan itu pun sebabnya mereka ingin berhimpun secara aman.

Baik Najib mau pun Zahid, jangan 'gabra' dan jangan tunjukkan jiwa yang lemah dan fakir itu. Berjiwa besarlah saudara semua dan tolong sedikit sebanyak rakyat yang hendak berhimpunan itu.

Kalau pimpinan kita takut akan digulingkan oleh rakyat yang ramai itu, apa salahnya? Mereka bukan hendak memberontak secara ganas. Jika terpaksa terguling oleh kerana himpunan dan doa ramai itu, maka semua pihak menerimanya, kerana kalau tidak ada perhimpunan ini pun sudah sepatutnya kerajaan sekarang terguling secara demokrasi.

Pimpinan kita asyik menyalahkan rakyat berhimpun, tetapi tidak pernah menyalahkan mereka sendiri kerana gagal mengesan sebab-sebab mereka (rakyat) berhimpun itu.

Rakyat marah kerana segala janji-janji BN dalam pilihanraya dahulu tidak terlaksana malah segala-gala terbalik. Kenapa tidak berjanji yang mereka tidak dapat menunaikan kehendak rakyat semasa berkempen siang dan malam diseluruh negara dan melalui media massa perdana itu?

Kalau pimpinan kita benar-benar berfikir dengan jiwa yang tenang, tidak dapat tidak mereka akan dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat ramai ini, tetapi pimpinan kita seolah-olah pekak dan bisu dan tidak mendengar apa yang dirintihkan oleh rakyat itu.

Yang kita nampak pak Menteri kita hanya melayan peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan setiap hari yang ramai-ramai membawa ‘envelope’ mengadap pak-pak Menteri kita.

Pak Menteri kita asyik berniaga dengan bermodalkan UMNO dan BN itu. ‘Akhir bagi rakyat dan negara, hujung hilang pangkal lesap, seperti berniaga buluh kasap’.

Hanya saya secara peribadi, memohon agar yang berhimpun itu jangan memberikan pihak polis peluang untuk melakukan kekerasan terhadap anda. Berhati-hati dengan penyamar-penyamar yang mungkin ramai dihantar oleh pihak yang berkuasa untuk mencari alasan untuk memindahkan tuduhan itu terhadap anda.

Kepada kepimpinan yang ada pada hari ini, rasa-rasa dan agak-agak lah, jika terasa tidak mampu menahan tekanan rakyat ini, elok berunding sesama sendiri dan meletakkan jawatan beramai-ramai. Perlembagaan Persekutuan ada memperuntukan klausa yang jelas untuk menubuhkan kerajaan baru yang lebih diterima dan menyenangkan hati dan jiwa rakyat.

Jika itu dilakukan, tidak akan timbul masalah tuduh menuduh hendak menggulingkan kerajaan dan sebagainya. Jika mereka berundur apa yang hendak digulingkan oleh rakyat lagi?

TAK DAPAT LAUKNYA..... KUAH PUN JADILAH..

BACAAN YANG BOLEH MENGUSIK MINDA BUAT SEKETIKA......BAGI CIKIT AMBIL BALIK DAH TU LEBIH PULAK......BURUK SIKU NAMANYA KALAU AMBIL LEBIH BURUK HATI NIATNYA....DR KATA KALAU MAKAN KUAH BANYAK DARI ISI LEBIH BANYAK PENYAKIT--SEBAB DALAM KUAH SEMUA ADA TERUTAMANYA KOLESTOREL, MSG, LEMAK, PATI DAN LEBIH BAHAYA... KAMI YANG DAH BERPENYAKIT NAK LAUKNYA YANG EMPUK, SEGAR, MENGEYANGKAN, DAN MERASAI KENIKMATAN DAN KELAZATAN LAUK SEBENAR. WSLM

PETIKAN DRP ASPAN ALIAS BLOGSPOT
Pengumuman oleh PM Najib beberapa langkah untuk mengurangkan kos penyelenggaraan negara dan pentadbirannya semalam menarik untuk dibuat komen. Elaun keraian Menteri dan Timbalan Menteri dikurangkan 10 peratus kalau tidak silap saya. Elaun untuk subsidi tol bagi pegawai kanan kerajaan akan dikurangkan, poster dan banting untuk program anjuran jabatan kerajaan dihentikan dan beberapa perkara yang kecil yang lain akan dikurangkan penggunaannya.

Saya berasa malas untuk membacanya secara terperinci kerana saya yakin ini merupakan satu tindakan diatas rasa keterdesakkan dengan tekanan ramai terhadap isu pemborosan dalam perbelanjaan kerajaan. Tetapi kita terimalah pengumuman ini dengan baik walaupun ia tidak memberikan banyak kesan terhadap kedudukan kewangan negara. Kata orang Melayu dikampung-kampung, ‘ok lah tu, nampak sikit usaha walaupun kocik, kito dapek jugak. Tak dapek lauk, kuah eh pun cukuplah. Kuah ayam ghaso eh macam ghaso ayam jugak’.

Sebenarnya jika dinilai dari sikap rakus pemimpin-pemimpin termasuk Menteri-Menteri ini, kalau dipotong gaji mereka terus pun boleh, kerana mereka boleh bergantung kepada ‘duit luar’ mereka buat sementara ini. Bagi setengah di antara mereka ini, kalau mereka tidak bergaji pun tidak ada hal, kerana peluang lain mereka banyak. Gaji dan elaun mereka itu ibarat taik mata sahaja.

Tindakan ini mengingatkan kita dengan Bantuan 1Malaysia (BRIM). Tahun lepas dan tahun sebelumnya, diberikannya RM1000 (2 kali) bukan untuk semua, tetapi hanya kepada ketua keluarga yang berpendapatan RM3000 kebawah sahaja. Tetapi apa yang mereka ambil kembali dari semua orang? Mereka ambil kembali subsidi bahan bakar yang melibatkan semua orang. Mereka mengambil balik subsidi gula dari semua orang... 'Diberinya seinci dipotongnya sejengkal'.

Sesungguhnya PM Najib ini merasakan cara membeli jiwa manusia ini masih cara yang baik kepada beliau. Beliau dan keluarga beliau tidak ada siapa yang boleh menarik balik dari keluarganya apa yang tidak sepatutnya diambilnya dari dulu lagi. Hairannya Muhyiddin diam sahaja akhir-akhir ini?

Tindakan mengurangkan elaun keraian ini apa pula nak dipanggil? Panggil lah apa-apa nama sekali pun...ia tetap tidak menyelesaikan masalah. Cara penyelesaiannya ialah dengan Najib duduk beramai-ramai dengan jemaah Menterinya dan membuat 'press conference' dan umumkan perletakan jawatan seluruh jemaah Menteri negara kerana telah gagal mentadbir negara.

Biar rakyat dan perlembagaan mencari jalan bagaimana hendak memulakan kerajaan yang baru.

Monday, 30 December 2013

TINGGI MANAPUN CUKAI KITA BAYAR JUGA-----NANTI KITA TIDAK PATRIOTIK PULAK

PETIKAN DRP BLOG ASPAN ALIAS BUAT USIKAN MINDA..BACA DRP PELABAGAI SUDUT DAN BUAT ANALISIS SENDIRI. KALAU HARGA TURUN LAGI BAGUIH, KALAU NAIK SEMUA NAIK.. BANYAK LAGI MENANTI.. JIMAT CERMAT DAH DARI DULU LAGI DAH DIPENGHUJUNG PUN MASIH MACAM DULU JUGA. YANG MENJADI BERTAMBAH DAN LEBIH BERMEWAH SAMA UMUR SAMA MASUK KERJA SAMA ADA BINI, ANAK, MENANTU, CUCU TAPI MEREKA SEMUANYA MELEBIHI KEMEWAHAN.  SEBAB REZEKI MEREKA, MEREKA RAJIN.....WALAHUALAM. YANG MAKIN TERASA YANG BEKERJA DIKAMPUNG, LAUT DAN DIBUKIT. YANG BERGAJI KECIL BAWAH 3 RIBU TERASA. GOLONGAN PERTENGAHAN LAGI TERASA NAK MINTA SUBSIDI TAK LAYAK NAK SIMPAN TAK LEBIH SETAKAT MACAM PERIBAHASA KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS BULAN MAKAN BULAN.HABIH 3/4 BULAN BERJIMAT SEHINGGA AKHIR BULAN SEBELUM GAJI MASUUUK........
Besok dan lusa sahaja lagi tinggal untuk ibu bapa membuat persediaan untuk menyekolahkan anak-anak masing-masing. Siapa yang akan memulakan persekolahan anak buat kali pertamanya persediaan lebih rapi terpaksa dilakukan. Ibu bapa terpaksa kesekolah bersama anak-anak mereka. Maklum sajalah ada anak-anak yang akan menangis di hari pertama persekolahan mereka dan terpaksalah ibu bapa berada di sekolah bersama-sama buat seketika. Setidak-tidaknya menghulurkan lengan mereka ke dalam kelas untuk anak-anak mereka tahu yang ibu bapa mereka ada di luar kelas itu.
Bagi mereka yang menghantar anak yang sudah sedia bersekolah seperti juga mereka yang mempunyai anak kali pertama ke sekolah,  mereka terpaksa bersedia dengan kos persekolahan yang tinggi. Ia bukan sahaja dari segi persediaan membeli buku-buku dan pakaian seragam sekolah, kali ini ibu bapa terpaksa bersedia dengan perbelanjaan tinggi dengan kos perjalanan yang bertambah begitu mendadak.
Kali ini mereka terpaksa membayar tol dari RM3 perjalanan menghantar anak ke sekolah dan RM3 lagi perbelanjaan kos tol menjemput anak dari sekolah setiap hari. Kini adalah yang terpaksa berbelanja untuk tol sebanyak RM12 sehari dari RM6. Belum lagi kos petrol dan kos yang berkaitan setiap hari.
Rakyat tidak boleh bercakap dan bertanya kerana itu akan dianggap rakyat merungut pula oleh pemimpin kita seperti yang acap kita dengar. Rasanya hendak juga bertanya kepada Menteri yang bernama Hasan Malek, tetapi kita sudah mengagak jawapan dari beliau yang akan menyakitkan hati mendengarnya kerana jawapannya selalunya bersifat ‘clownish’.
Beliau mungkin akan menjawab, “kalau mahal sangat hendak menghantar anak ke sekolah jangan sekolahkan mereka”. Justeru yang pasti rakyat sudah tidak ada tempat untuk mengadu dan mendapat jawapan yang boleh menyenangkan hati mendengarnya.
Apabila kita tidak komplain dan berdiam diri, beliau akan mengatakan yang rakyat semua bersetuju dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ini. Dalam kita berperang dengan kenaikan harga barangan seperti harga bahan api, kita mendengar pemimpin kita mengelilingi dunia, seolah-olah jika sudah jadi PM beliau wajar terbang setiap bulan keluar negara. Tetapi kita mendengar juga yang banyak PM di negara-negara lain tidak sebegitu kerap keluar negara. tetapi di negara ini PM kita keluar masuk negara ini seperti keluar masuk jamban sahaja.
Semasa PM negara Cina datang ke sini kita semua nampak PM negara terbesar dunia itu terbang dengan penerbangan nasional mereka sahaja. Tidak pula beliau terbang dengan jet-jet eksekutif yang canggih-canggih. Mungkin negara Cina tidak mampu untuk menanggung kos perjalanan PM mereka, dan mereka tidak seperti kita di sini.
Kita adalah negara yang paling kaya kerana buktinya PM dan isterinya naik jet-jet mewah  ke mana-mana tanpa ada sekatan dan halangan. Jika rakyat mempersoalkannya rakyat akan diberitahu yang mereka ada bakti dan jasa besar, maka mereka boleh menggunakan jet-jet yang mahal itu. Tidak seperti PM negara Cina dan Singapura yang tidak mempunyai apa-apa jasa kepada negara, itu sebab mereka hanya terbang dengan syarikat penerbangan nasional mereka sahaja. Entah bila PM Singapura, Cina dan PM-PM lain akan menabur jasa kepada negara mereka tidaklah kita ketahui.
Di negara ini rakyatnya semuanya baik-baik dan pengampun sifatnya. Rakyat di negara ini akan membayar segala hutang yang dibuat oleh pemimpin mereka. Pemimpin-pemimpin mereka, baik dari pihak kerajaan dan pembangkang yang berbohong, rakyat akan mengampun dan memaafkan pemimpin-pemimpin ini. Malahan lagi banyak pemimpin-pemimpin mereka membohongi mereka, bertambah kuat mereka memberikan sokongan kepada pemimpin-pemimpin ini. Mereka amat seronok dibohongi maka tidak teragak-agak mereka memberikan dukungan terhadap pemimpin-pemimpin mereka ini.
Apabila rakyat tidak cukup untuk membayar hutang mereka rakyat rela dicukai tanpa halangan. Kalau tidak bayar cukai mereka tidak melakukan kebaikan untuk negara dan kepimpinan mereka. Begitu banyak wang rakyat dilarikan dengan berbagai bagai cara yang susah untuk dibuktikan walaupun kita tahu mereka (pemimpin) melakukannya. Tetapi tidak mengapa rakyat yang baik-baik ada. Mereka akan bayar cukai lebih lagi pada tahun hadapan.
Kalau tidak sanggup bayar cukai nanti bak kata PM kita, kita tidak patriotik pula. Oleh kerana patriotik punya pasal kita akan bayar cukai banyak mana yang pimpinan kita tuntut. Jangan lawan, nanti mereka (pemimpin) akan tuduh kita nak gulingkan kerajaan pula.
Yang pemimpin kita mahukan apabila mereka mahukan kita membayar cukai dengan banyak mereka mahukan kita berjoget dan menari kesukaan kerana berpeluang untuk menunjukkan semangat patriotik kita dengan mengambil beban cukai itu.
Itulah serba sedikit yang boleh di sebut dalam posting ini dari sebahagian dari isu-isu yang berlaku dan disebut oleh rakyat negara ini. Insyaallah, jika kerajaan kehabisan wang lagi kita ramai-ramailah bergolok bergadai dan membayar segala cukai dan hutang melalui kos barangan dan perkhidmatan yang tinggi nanti.
Yang pasti dalam pembentangan bajet 2015 nanti rakyat akan bersedia untuk memulakan membayar cukai GST pula. Kita mesti ikut 160 negara lain yang membayar GST ini. Kita mesti ikut untuk mengelakkan dari dituduh tidak patriotik.
Sekarang ini begitu banyak lapuran polis dibuat oleh rakyat patriotik seluruh negara kerana mereka tidak bersetuju sebahagian rakyat yang tidak patriotik berhimpun untuk menyekat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di negara ini.
Mereka marah kerana ada kumpulan yang cuba untuk mengurangkan harga barangan. Mereka hendak bayar harga barangan yang tinggi, maka mereka pun membuat lapuran polis di merata-rata negara ini.
Banyak kumpulan yang mendesak polis menahan dan menangkap mereka yang tidak mahu membayar harga barangan yang tinggi ini. Kumpulan ini macam mana sekali pun keadaan, mahukan harga barangan keperluan kita tinggi. Lebih tinggi lebih baik. Negara dan rakyat akan lebih aman.
Daripada dituduh tidak patriotik, mari kita menari dan berjoget sambil mambayar cukai-cukai yang tinggi ini.

Sunday, 29 December 2013

TULISLAH DEMI KEMANUSIAAN -PETIKAN DARI ROKETKINI.COM idea yang dilontarkan penulis disambut oleh pembaca sekaligus memberikan pemaknaan yang berbeza daripada garapan penulis. Proses menyebarkan kesedaran terhadap unsur kemanusiaan itu berlaku apabila pemindahan maklumat itu terjadi.

IADA juara dalam dunia penulisan. Ramai beranggapan bahawa seorang penulis itu ketika mana mereka menulis, hanya untuk menjadikan mereka sudah cukup hebat berbanding orang lain.
Maka, ia semacam suatu persaingan untuk menentukan kalah-menang si tukang tulis. Pandangan ini ternyata meleset, jauh sekali daripada kebenaran.
Perseteruan di dalam dunia penulisan – daripada latarnya, kelompoknya dan persekitarannya yang berbeza hanyalah imaginasi sang penulis yang mencuba bermain dengan kata-kata, merangkumi persoalan kecil mengenai kehidupan sehari-hari seorang manusia sehingga menyentuh perbahasan besar lewat idea dan intelektual.
Penulisan itu manifestasi di sebalik kegusaran manusia mencari sesuatu yang ‘hilang’ – dalam kata lain, mencari sebuah ‘kerinduan’.
Yang nyata hilang adalah nilai kemanusiaan. Kita semakin lama terperangkap dengan tuntutan dunia yang asyik mengejar kebendaan mengatasi keperluan ruhani.
Barangkali, persoalan begini tidak akan terjawab hanya dengan membibitkan rasa resah di dalam diri. Ia hanya sekadar ruang buat manusia untuk menggali semula identiti dan kebenaran sebagai seorang manusia, seperti kata sarjana besar kesusasteraan Indonesia, Dr Abdul Hadi WM sebagai ‘kembali ke akar, kembali ke sumber.’
Menulis memberi peluang untuk si penulis melepaskan keinginan sebagai seorang manusia yang gagal diterjemahkan ke dalam realiti kehidupan. Jadi – di hujung mata penalah, mereka ketawa dan menangis.
Menulis sebenarnya adalah luahan perasaan yang tidak dapat disampaikan secara terus. Maka, ia memerlukan medium untuk dipanjangkan. Jalan penulisan merupakan jalan terbaik.
Kegagalan dalam hidup menjadikan seorang penulis itu agung di mata pembaca-nya. Dengan menulis, orang yang gagal boleh jadi berjaya. Tetapi, orang yang berjaya belum tentu akan gagal selama mereka tidak menulis!
Bukan semua mampu menulis dengan baik, apatah lagi untuk menyebarkan keinginan di dalam masyarakat yang sering berhujah dengan hukum dan bukan dengan kebenaran. Tidak kurang pula bagi mereka yang menulis – merasakan bahawa sekurang-kurangnya tulisan merupakan ‘eskapisme segera’ untuk menakluk dunia.
Kita harus akui hidup ini penuh dengan hipokrasi dan penipuan. Tetapi, mencipta suatu keinginan pula bukanlah dosa yang besar. Menulis adalah peluang untuk mengejar kemahuan yang tidak dapat dicapai di sepanjang hayat ini.
Menulis mencipta imaginasi. Dan, mencipta imaginasi pula bukan tugas yang mudah. Daya ingatan manusia sangat terhad. Kita akan lupa tentang apa yang dibicarakan sepanjang hari. Maka, menulis itu adalah ingatan bukan sahaja untuk mereka yang bergelar penulis, tetapi juga peringatan khusus buat pembaca.
Jadi di sini – saya merasakan bahawa tujuan menulis tidaklah lebih agung daripada menulis untuk kemanusiaan. Ingatan ini pernah sampai ketika pertama kali saya menelaah novel karangan Pramoedya Ananta Toer atau lebih mesra sebagai Bung Pram, dan di dalam ingatan itu – seakan terngiang-ngiang pesan Bung Pram yang menuntut setiap penulis untuk menyebarkan kesedaran terhadap kemanusiaan melalui tulisan.
Pengukuhan unsur kemanusiaan di dalam penulisan telah disentuh dengan cermat oleh intelektual terkemuka, Professor Syed Husin Alatas. Di dalam syarahan perdana, ‘Islam dan Sastera ’ yang diuraikan beliau pada 25 Disember 1978 pada Seminar Kebudayaan Melayu di Singapura, beliau menekankan sastera sebagai alat untuk menghubungkan kemanusiaan. Beliau berhujah bahawa Islam adalah agama yang menyemai nilai asas kemanusiaan seperti kebebasan dan keadilan. Maka, sastera adalah jalan terbaik untuk membina kesedaran.
Seperti kata sasterawan ulung daripada Rusia, Leo Tolstoy menerusi esei ringkas ‘What is Art?’ (1950):
Dalam tiap-tiap zaman dan masyarakat manusia, terdapat suatu kesedaran agama mengenai apa yang baik dan apa yang buruk di kalangan keseluruhan masyarakat itu, dan pandangan agama inilah yang menentukan nilai perasaan yang disalurkan melalui seni
Menerusi pandangan ini – saya dapat merakam pandangan Syed Husin Alatas yang amat mementingkan nilai kemanusiaan (tanpa mengira agama) di dalam penulisan sesuatu karya itu.
Ia seakan-akan sarat dipengaruhi pandangan Leo Tolstoy. Petikan daripada teks tersebut berbunyi:
Sebaliknya juga jika ada sesuatu karya yang dikarang oleh seorang yang bukan Islam, tetapi dalamnya terdapat dibesarkannya dengan nilai-nilai Islam, maka karya ini dapat kita anggap sebagai karya Islam dalam erti karya yang berdasarkan atas nilai-nilai Islam yang meliputi seluruh nilai kemanusiaan dan kejadian alam serta makhluk-makhluk di dalamnya
Pernyataan ini mengingatkan saya akan polemik dua penulis gergasi sekitar 80an – di antara Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad berkenaan konsep dan gagasan sastera Islam. Debat ini membincangkan bagaimana sesuatu karya itu dapat menyebarkan sastera yang bercirikan Islam. Kassim Ahmad melihat bahawa sebarang unsur kemanusiaan yang sejagat itu tentulah sastera yang membawa ajaran Islam. Namun, pandangan ini disanggah keras Shahnon Ahmad yang menawarkan ‘template’ dunia penulisan harus kukuh dengan unsur didaktik yang sesuai dengan ajaran Islam seperti kalimah syahadah, solat dan puasa.
Polemik ini mengupas kedudukan novel Salina, karya A Samad Said yang ketika itu sarat dengan kontroversi mengenai bagaimana seorang pelacur yang dianggap sebagai kasta sosial terendah di dalam masyarakat dapat diangkat watak protagonis sedangkan tugas melacur sama sekali ditegah oleh agama. Jadi apakah seorang pelacur itu tidak dapat mengajar kita erti kemanusiaan?
Ini mengingatkan saya dengan pesanan Terry Eagleton di dalam buku ‘Marxism and Literary Criticism’ (1976) bahawa kita harus membezakan seni sebagai bentuk (form) dan isi (content). Sastera sebagai bentuk ‘form’ hanya membincangkan aspek teknikal di dalam kritik sastera. Manakala, sastera sebagai isi ‘content’ pula membincangkan nilai tersirat yang dibincangkan di dalam sesuatu karya sastera.
Secara lumrahnya, penulisan adalah gelanggang di mana seorang penulis sedang berinteraksi secara eksplisit dan implisit dengan pembaca. Jadi, sesuatu pentafsiran terhadap karya penulisan itu adalah proses pemindahan makna daripada penulis kepada pembaca.
Daripada situlah, idea yang dilontarkan penulis disambut oleh pembaca sekaligus memberikan pemaknaan yang berbeza daripada garapan penulis. Proses menyebarkan kesedaran terhadap unsur kemanusiaan itu berlaku apabila pemindahan maklumat itu terjadi.
Kesedaran bermula daripada saat kita meyakini bahawa penulisan boleh mengubah dunia. Kenyataan ini mungkin terlalu naif, tetapi dengan naifnya mendorong untuk kita kekal menulis dan percaya bahawa suatu hari nanti, biar sejarah sendiri yang mengadili nasib mereka yang menulis.
Saya meminjamkan bait-bait lirik daripada lagu ‘Bukan kerana nama’ nyanyian Ramli Sarip:
“Aku Menulis Bukan Kerna Nama,
Kerna Sifat Kasih – Pada sesama insan
Yang menyatakan kasih-sayangku.”
Jadi, Bacalah. Atas nama TuhanMu. Dan, tulislah – demi kemanusiaan!
Buat ZM, sumber inspirasi untuk kekal menulis.-Roketkini.com

ARTIKEL BUKA MINDA DARI PINTU SISI-BETUI KE TIDAK ADALAH ANALISIS ANDA TERSENDIRI

UMNO MESTI MUSNAHKAN PESAING BAGI KEKAL BERKUASA
BY ak sANGKAMONGKOL 17 dIS 13.
Apa yang terjadi sekarang? UMNO sudah hilang akal. Sebab mereka sudah gila kuasa. Pemilikan kuasa pembuka pintu kepada kekayaan peribadi dan kumpulan. Oleh kerana itu, kuasa mesti dipertahankan dengan apa cara sekali pun.
Kekayaan orang UMNO bergantung kepada pemilikan kuasa. UMNO kaya sebab mereka pemiik konsesi TOL, konsesi IPP, pemilik monopoli gula, beras, pengangkutan, pelabuhan, - UMNO pemilik asset2 ini. Ini menjadikan UMNO pengutip sewa yang paling terkemuka di Malaysia. Pednapatan mereka bergantng kepatas pemilikan ketas perkara2 uang kita sebut tadi. Kalau kita hendak tahu apa itu rent seeker- lihat sahaja kepada UMNO.
Maka janganlah kita hairan bila harga2 naik, tol naik, tariff letrik naik, beras nanti akan naik, minyak masak naik- hampir semua nya naik kecuali pendapatan rakyat- sebab yang sebenar benarnya berlaku ialah UMNO membayar kepada diri mereka sendiri. Sebagai contoh- konsesi TOL semua nya mempunyai kepentingan kerajaan(baca UMNO). Maka apbila kadar TOL naik, maka kenaikan tersebut meningkatkan pendapatan pemegang kepentingan UMNO. Semua peraih kenaikan harga adalah proxy2 UMNO.
Kelangsungan hayat UMNO berganting kepada 2 perkara- sama ada ia memengang kausa memerintah dan (2) selama ia menguasai minda orang Melayu. Ancaman terbesar kepada dua perkara ini ialah kebangkitan dan kesedaran rakyat.
Kalau pemimpin UMNO bodoh dan tidak sedar, penasihat dan penerima faedah dari pemeritahan UMNO tidak bodoh. Mereka membaca isarat dari rakyat. Demonstasi jalanan yang disertai ratusan ribu, bantahan terbuka rakyat keatas isiu2 sosial dan politik –semua ini adalah isyarat dan bunyian loceng kecemasan untuk UMNO. Isyarat yang palin bimbang ialah kemerosotan undi majority pada UMNO.
UMNO kena cipta pelbagai isiu melencong supaya rakyat tidak menumpu perhatian dan memikir mengenai isiu2 besar yang sebenar. Rasuah, salah guna kuasa, agihan pendapatan yang tidak adil, kenaikan barang, keperitan hidup, percecahan bangsa. Ini semua isiu yang lebih releven kepada rakyat termasuk orang Melayu pun sensitive kepada isiu2 ini.
Syi’ah bukan isisu besar kepada orang Melayu sebab rata2 nya kita bermahzab shafie dan ahlus sunnah waljamaah. Yang sibuk mensyiahkan orang lain ialah UMNO.
Cuba kita duduk sebentar dan bertanya, apa sebenarnya motif UMNO mensyiahkan orang lain terutama pimpinan PAS? Motif UMNO ialah politik iaitu mengekalkan kuasa daripada ancaman cabaran kebangkitan dan kesedaran rakyat. Janganlah kita ingat UMNO buat ini semua sebab UMNO pencinta kesucian agama Islam. Sejak bila orang UMNO suka pergi masjid dan surau? Yang mereka lebih berminat ialah jadi pengerusi masjd dan surau- iaitu kuasa.
Rakyat bangkit menentang pengurusan ekonomi yang tidak baik, bangkit menentang keangkuhan dan kesombongan kerajaan. Rakyat bangkit dan sedar bahawa kerajaan melaga lagakan mereka sesama sendiri. Rakyat sedar bahawa UMNO membawa negara ini keambang kehancuran. Yang paling digeruni UMNO ialah orang Melayu sedar dan bangkit dari lamunan dan metos bahawa hanya UMNO sahaja yang boleh menjamin masa depan mereka.
Oleh kerana itu, UMNO mesti menjahanamkan mana2 sahaja pihak yang menyaingi nya daripada mewakili rakyat. Saingan UMNO yang paling kuat untuk mewakili Melayu ialah PAS. Maka PAS mesti dijahanamkan. Saingan UMNO sebagai wakil demokrasi ialah DAP maka DAP mesti dijahanamkan.
Buat masa ini, prioriti UMNO ialah menjahanamkan saingan mendapat pengaruh dikalangan bangsa Melayu iaitu PAS. Maka kita mesti lihat kesibukan UMNO mensyiahkan pimpinan PAS bermotif memecah-belahkan perpaduan dan kekuatan PAS. Ianya tidak kena mengena dengan peranan UMNO sebagai pembela agama Islam.

BERTANDANG KE PARIS aka PERLIS IK

24 Dis 13 jam 1530 kami bergerak ke arah utara mempercepatkan perjalanan sehari awal setelah semua kerja disiapkan dan ambil kesempatan untuk melawat keluarga di kpg. singgah di R& R Tapah pekena mee rebus pak tam. Jam 2100 kami sampai di LS AS. Selepas bertandang ke Sdka umah Kak A dijamu Gbihun. Bergerak ke umah adik dan petang ke PIK menginap di Kmpg Homestay Jln Kgr-Big Field. Itu pun selepas dijamu laksa Perlis yang masyur. petang jam 18000 3 buah kereta Malaysia sampai dan malam itu kami bersantai diHS. Makan malam di umah besan dijamu ikan siakap 3 rasa, ayam. 
Awal pagi selepas dijamu nasi lemak, jam 1530 kami ke dewan melati dan pengantin tia jam 1400, jadi kami ambil keputusan menyimpang ke tasik melati sementara menunggu pengantin tiba. Setianya jam 1330 ptg kami ergerak semula ke dewan dan dijamu dengan masalan ala kari kbg, serai kerabu, taugeh . Petang selepas majlis jam 1500 kami balik ke AS manakala yang lain meneruskan percutian di Big Fd.  Malam kami ke rest NR di spg 4 Kedah. Rm 236.00 dikenakan manakala disumbang rm 600.00 bagi perbelanjaan tol/minyak. Esok pagi ke PP Lam Wah Ee bagi accupunture dan bekam angin. Sebelum solat jumaat di Masjid Bayan Baru kami pekena nasi kandar kayu. kami sampai di KL jam 1700. Wslm

Monday, 23 December 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU/RAJA SEHARI BUAT ANAK KE TIGA

             Setelah hampir 2 bulan merancang sedikit demi sedikit menyediakan keperluan majlis pada 22 Dis 13. Seawal minggu kedua terakhir kerja-kerja mula diperkemaskan dan dibuat kepetusan. Perbincangan keluarga secara spontan diwaktu makan malam/masa lapang bagi mendapat maklumat serta menyemak bajet yang ada. Mesyuarat sajian dan persiapan dewan adalah paling utama disamping memastikan kehadiran jurunikah samapai pada masa yang ditetapkan. Jadual disusunatur dengan mengambilkira keperluan dan kehadiran tetamu. Perbincangan terakhir pada 18 Dis 13 jam 0930 dimana kebanyakan tempat disiapkan dengan pemasangan meja, kerusi, meja pengantin serta lain-lain keperluan. Bayaran pendahuluan sajian dijelaskan RM !)))/ $))) + ^))) dan baki RM %#%) bayaran akhir pada 20 Dis 13 jam 160 diserah pada MNik. tempahan bilik di Times Inn juga dibuat bagi 5 bilik.  Persiapan disaat ini sudah hampir 75% dan pada pagi Sabtu ke pasar CKR/Jln Raja Bot bagi membeli buah untuk hiasan meja dan laluan. Konsep buah agar mudah untuk tetamu menjamu selera dan buah-buahan segar. Buah pilihan aple, anggur hitam/hijau, persimmon, limau Mandrin serta strawberi bernilai RM %))). Malam hari Jumaat dibuat persiapan pulut kuning dengan bantuan SSusan B1-5-1 dan persiapan akhir mengasingkan keperluan untuk dibawa ke dewan. Pada hari yang sama juga semua peralatan di bawa ke rumah untuk dikumpulkan agar tidak ada yang tertinggal. Hari Sabtu 21 Dis adalah saat yang paling sibuk dengan persipan akhir, barang-barang dihantar kedewan, pemasangan pelamin, perkemasan di dalam dan luar dewan serta  surau. Seawal jam 0730 kami telah ke CKR dan Setiawangsa membeli keperluan serta nasi lemak. Jam 10 1 x Pergio dan 1 x Rexton membawa barangan ke stor dewan. Sebelah tengaharinya jam 1500 ke dewan bagi semakan terakhir dan juga membuat taklimat ringkas kepada anak-anak buah jam 1730. Jam 1730 adik Tan, Ana sampai di hotel dan bakal besan jam 1900 daftar masuk dihotel yang sama. Sebelah malamnya selepas solat Maghrib kami Restoren Ros--t Tomyam jln Raja Abdulllah dan belanjanya mencecah RM #^).Sekembalinya jam hampir 11 mlm, dan meneruskan persiapan bekas buah-buahan dan masuk tidur jam 1 pagi. 
                   Selepas kelas solat subuh jam 0730 mengatur keperluan fruit basket, mengambil pulut kuning, jurufoto ke dewan. Terakhir bersama isteri ke tempat majlis melalui jln TAR, cat Rd to sup depot. Kehadiran tetamu dari Perlis sampau dengan 2 buah bas dan 3 buah kereta dan kami sempat menyambut kehadiran tetamu ke khemah sarapan pagi. kelam kabut suasana membuat persiapan goodies corner, bridal corner dan jiga mengatur goodies tetapi anak dan anak-anak buah tahu tugas masing-masing dan ianya siap jam 0945. Pengantin sampai jam 0745 dan jurunikah menyiapkan butiran maklumat pengantin dan saksi sehingga jam 1005. Jurucakap majlis LK San memula bicara dan menjemput Pak long dari pihak pengantin lelaki dan seterusnya diserahkan kepada Jurunikah. khutbah nikah kahwin disampaikan sehingga jam 1033 dan ijab kabul dilaksanakan pada jam 1045 dan berakhir majlis akad nikah jam 1105.  Acara pertama selesai dan seterusnya pengantin masuk dewan untuk majlis bersanding dan tetamu disajikan makan tengahari Nasi Bryani, kari kambing, ikan dori plum sos, ayam masak bawang dan jelatah. Majlis selesai jam 1145 pengantin beredar ke bilik persalinan.
                Jam 1145 tetamu mula tiba dan kemunchak jam 1230-1430 tidak putus-putus bertamu. Saudara jauh, dekat dan rakan pejabat, perkhidmatan dan jemaah surau mula tiba. Ada yang makan dulu ada yang bertegursapa dan bergurau dengan rakan lama, minum ringan di sudut kopi/teh. buah tangan juga turut diedarkan sebagai ingatan kepada tetamu yang hadir. Penyambut tetamu kelihatan semakin sibuk melayani dan menyantuni tetamu, yang dikenali dibawa ke tempat duduk, buffet dan kurang dikenali ditegur sapa dan bertanya rakan lain bagi memastikan tetamu mendapat tempat. berbagai lapisan tetamu dari Doto Seri Ahmad Phesal, AKSPA, mantan TPTL, Prof Dr Zain,Pengerusi Kor dan Mantan Pengarah/Pengerusi KPD Peg Bersara, dalam erkhidmatan serta rakan MPAT, TJT 20,21 dan 22 serta jemaah Surau Luqman DPTOJ, Surau Al Haq Sentosa Klang dll (bollywood). 

Jam 1345 pengantin masuk dewan didahului dengan bacaan salawat, makan pengantin dan diakhiri potongan kek pengantin. Semakin hampir kepenhujung semakin ramai datang kerisauwan mula timbul ditakuti makanan kehabisan dan akhirnya mee goreng mamak yang tinggal dan jam 1600 semuanya sajian utama dan kopi korner kehabisan stok. Allhamdullillah semua dapat merasai kenikmatan sajian walaupun semakin berkurangan di akhir waktu, dan kelainan ditunjulkan dengan menghiasi meja makan pengantin dengan buah-buahan serta makanan pengantin dihidang secara makan rejimental bermula dengan sunnah rasullullah buah, apetizer prawn cocktail, sup ayam, nasi briyani/ayam/ikan dori dan diakhiri dengan serbat dan potong kek. Tahniah kepada MJamal, Nurul Ain selaku MC mengemudikan majlis. Kepada penyambut tetamu LK Baha Norizan, LK Norizan/Sofian, LK Kamarul/Nora. K Zamri, K Rizaudin, 2 k dan PW Azeman.
         Jam 1700 berjumpa dengan semua AJK 91 DBP dan menyerahkan goodies bagi menghargai segala penat lelah menguruskan majlis, tanpa mereka semua majlis kami tidak berjalan dengan lancar. Pertama kali nya majlis dijayakan tidak ada lebihan makanan semua disebabkan kesedapan dan kelazatan masakan dan pelbagai hidangan sudut kopi gorengan pisang, sukun dan keledek. Kenakan ice cream cup serta candy corner menarik anak-anak yang hadir dan juga ibubapa. Alhamdullillah walaupun isteri, kak ana, noor dan aku sendiri tidak dapat merasai semua sajian kecuali mee goreng mamak dan talam kcg merah namun puashati kerana majlis berjalan seperti dirancang dan semuanya ditetapkan oleh Allah Subhanahuwattaala. Syukran dan Alhamdullillah.  Kami singgah makan di Pekan Restaruant pekena pula chcken bles, lamb grill di jalan Mahmud kpg Baru sebelum ke kedai andaman membayar butik pelamin/pakaian dengan Jjuxx .Wassalam






  

Saturday, 7 December 2013

PERSIAPAN WALIMATUL URUS

       Kali kedua, walaupun dah ada pengalaman tetapi kali ini berbeza kerana tempat dan suasana berbeza. hajat hati nak buat di kawasan rumah atau surau tetapi akhirnya di dewan. semuanya disebabkan faktor cuaca dan juga kerja-kerja selepas majlis. 

JEMPUTAN. Kerja pertama yang paling rumit adalah jemputan samada ramai atau sedikit. Setelah dibuat perkiraan, dibuat kad sebanyak 600 kad dan ditambah dengan jemputan lisan, fb dan juga jemaah surau. Masalah yang paling rumit daripada anggaran 1000 jemputan berapa ramai yang dapat hadir. Setelah hampir 2 minggu jawapan kehadiran masih samar walaupun 10 jemputan maklum tak dapat hadir. Daripada pihak lelaki pula dijangka hampir 100 tetamu dengan 2 buah bas. Saudara mara di KL, InsyaAllah hadir seramai 100 orang manakala jemaah surau dijangka seramai 150 orang, tetamu dari surau al Haqq seramai 50 orang, Pegawai KPD dijangka 150 dan pesara 20, lain-lain jemputan seperti skot, snr dan jnr dijangka 50 orang dan jemputan lisan dijangka seramai 100. Pekerja dan jemputan terjun dijangka 100 orang. Jika diikut anggaran seramai 800 jemputan kemungkinan hadir ini dikira termasuk kanak-kanak. Jika dicampur dengan keluarga 3 ke 4 orang ianya mungkin sampai 1000 orang/kepala. Masih terdapat beberapa kad (50 kpg) belum diedarkan. Ini disebabkan alamat tidak tepat dan masih menunggu jawapan ditakuti ada undangan berganda.

PERSIAPAN URUS AKAD NIKAH.  Pada awalnya agak perlahan tetapi setelah semua dokuman siap ianya diselesaikan dalam masa dua jam jika kerja mudah, urusan tandatangan, daftar di JAWI dan dokumen lengkap. Masih ada lagi disaat akhir kehadiran KADI dan juga gelabah majlis akad nikah, walau apapun ianya akan menjadi mudah jika dibuat dan disemak pada setiap masa yang sesuai. 

PERSIAPAN GOODIES/BRIDAL CORNER DAN HIASAN. Semua dibuat seawal bulan Jul dengan pembelian bakul buahtangan, kacang tumbuk, puding, goodies dll disiapakan dan dibungkus seawal bulan November. Kos juga boleh tahan dan yang penting diberi sebagai sedekah. Sehingga kini riben penyambut tetamu, bag kertas, bunga pahar, bakul hiasan, bekas candy corner serta bridal signature corner disiapkan dan dijangka siap sepenuhnya pada 15 Dis 13.

PERBINCANGAN DEWAN, ATURCARA DAN SAJIAN. Semua dilaksanakan pada 3 Dis 13 dirumah dimana wakil yang terlibat dimaklumkan perancangan serta hajat. Semuanya akan membuat perancanagan dan memberikan bajet sebelum 16 Dis 13. Menu dan juga keperluan berkaiatan akan dimuktamadkan pada 18 Dis 13. 

PAKAIAN PENGANTIN/PELAMIN. Ianya telah dibincangkan dan kosnya mencecah RM 2....00, daripada New Village. Pakaian warna belacan dan warna biru magenta dipilih. Manakala di sudut pelamin korner juga dibincangkan dan ditunjukan untuk persiapan pada hari Jumaat petang. 

PERSIAPAN DEWAN/TEH TARIK KORNER.  Persiapan akan dibuat pada hari Rabu 18 Dis 13 dan berterusan sehingga kepagi 22 Dis 13. 

BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT. Sebelum majlis hajat bermula, satu majlis akan diadakan pada 19 Dis 13 di rumah/disurau bagi memohon kerahmatan dan dimudahkan segala urusan dan mendapat keredahan Allah hendakNya. Wassalam.

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive