PETIKAN DRP BLOG ASPAN ALIAS BUAT USIKAN MINDA..BACA DRP PELABAGAI SUDUT DAN BUAT ANALISIS SENDIRI. KALAU HARGA TURUN LAGI BAGUIH, KALAU NAIK SEMUA NAIK.. BANYAK LAGI MENANTI.. JIMAT CERMAT DAH DARI DULU LAGI DAH DIPENGHUJUNG PUN MASIH MACAM DULU JUGA. YANG MENJADI BERTAMBAH DAN LEBIH BERMEWAH SAMA UMUR SAMA MASUK KERJA SAMA ADA BINI, ANAK, MENANTU, CUCU TAPI MEREKA SEMUANYA MELEBIHI KEMEWAHAN. SEBAB REZEKI MEREKA, MEREKA RAJIN.....WALAHUALAM. YANG MAKIN TERASA YANG BEKERJA DIKAMPUNG, LAUT DAN DIBUKIT. YANG BERGAJI KECIL BAWAH 3 RIBU TERASA. GOLONGAN PERTENGAHAN LAGI TERASA NAK MINTA SUBSIDI TAK LAYAK NAK SIMPAN TAK LEBIH SETAKAT MACAM PERIBAHASA KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS BULAN MAKAN BULAN.HABIH 3/4 BULAN BERJIMAT SEHINGGA AKHIR BULAN SEBELUM GAJI MASUUUK........
Besok dan lusa sahaja lagi
tinggal untuk ibu bapa membuat persediaan untuk menyekolahkan anak-anak
masing-masing. Siapa yang akan memulakan persekolahan anak buat kali pertamanya
persediaan lebih rapi terpaksa dilakukan. Ibu bapa terpaksa kesekolah bersama
anak-anak mereka. Maklum sajalah ada anak-anak yang akan menangis di hari
pertama persekolahan mereka dan terpaksalah ibu bapa berada di sekolah
bersama-sama buat seketika. Setidak-tidaknya menghulurkan lengan mereka ke dalam
kelas untuk anak-anak mereka tahu yang ibu bapa mereka ada di luar kelas itu.
Bagi mereka yang menghantar anak
yang sudah sedia bersekolah seperti juga mereka yang mempunyai anak kali
pertama ke sekolah, mereka terpaksa
bersedia dengan kos persekolahan yang tinggi. Ia bukan sahaja dari segi
persediaan membeli buku-buku dan pakaian seragam sekolah, kali ini ibu bapa
terpaksa bersedia dengan perbelanjaan tinggi dengan kos perjalanan yang
bertambah begitu mendadak.
Kali ini mereka terpaksa membayar
tol dari RM3 perjalanan menghantar anak ke sekolah dan RM3 lagi perbelanjaan
kos tol menjemput anak dari sekolah setiap hari. Kini adalah yang terpaksa
berbelanja untuk tol sebanyak RM12 sehari dari RM6. Belum lagi kos petrol dan
kos yang berkaitan setiap hari.
Rakyat tidak boleh bercakap dan
bertanya kerana itu akan dianggap rakyat merungut pula oleh pemimpin kita
seperti yang acap kita dengar. Rasanya hendak juga bertanya kepada Menteri yang
bernama Hasan Malek, tetapi kita sudah mengagak jawapan dari beliau yang akan
menyakitkan hati mendengarnya kerana jawapannya selalunya bersifat ‘clownish’.
Beliau mungkin akan menjawab,
“kalau mahal sangat hendak menghantar anak ke sekolah jangan sekolahkan
mereka”. Justeru yang pasti rakyat sudah tidak ada tempat untuk mengadu dan
mendapat jawapan yang boleh menyenangkan hati mendengarnya.
Apabila kita tidak komplain dan
berdiam diri, beliau akan mengatakan yang rakyat semua bersetuju dengan
kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ini. Dalam kita berperang dengan
kenaikan harga barangan seperti harga bahan api, kita mendengar pemimpin kita
mengelilingi dunia, seolah-olah jika sudah jadi PM beliau wajar terbang setiap
bulan keluar negara. Tetapi kita mendengar juga yang banyak PM di negara-negara
lain tidak sebegitu kerap keluar negara. tetapi di negara ini PM kita keluar
masuk negara ini seperti keluar masuk jamban sahaja.
Semasa PM negara Cina datang ke sini
kita semua nampak PM negara terbesar dunia itu terbang dengan penerbangan
nasional mereka sahaja. Tidak pula beliau terbang dengan jet-jet eksekutif yang
canggih-canggih. Mungkin negara Cina tidak mampu untuk menanggung kos
perjalanan PM mereka, dan mereka tidak seperti kita di sini.
Kita adalah negara yang paling
kaya kerana buktinya PM dan isterinya naik jet-jet mewah ke mana-mana tanpa ada sekatan dan halangan.
Jika rakyat mempersoalkannya rakyat akan diberitahu yang mereka ada bakti dan
jasa besar, maka mereka boleh menggunakan jet-jet yang mahal itu. Tidak seperti
PM negara Cina dan Singapura yang tidak mempunyai apa-apa jasa kepada negara,
itu sebab mereka hanya terbang dengan syarikat penerbangan nasional mereka
sahaja. Entah bila PM Singapura, Cina dan PM-PM lain akan menabur jasa kepada
negara mereka tidaklah kita ketahui.
Di negara ini rakyatnya semuanya
baik-baik dan pengampun sifatnya. Rakyat di negara ini akan membayar segala hutang
yang dibuat oleh pemimpin mereka. Pemimpin-pemimpin mereka, baik dari pihak
kerajaan dan pembangkang yang berbohong, rakyat akan mengampun dan memaafkan
pemimpin-pemimpin ini. Malahan lagi banyak pemimpin-pemimpin mereka membohongi
mereka, bertambah kuat mereka memberikan sokongan kepada pemimpin-pemimpin ini.
Mereka amat seronok dibohongi maka tidak teragak-agak mereka memberikan dukungan
terhadap pemimpin-pemimpin mereka ini.
Apabila rakyat tidak cukup untuk
membayar hutang mereka rakyat rela dicukai tanpa halangan. Kalau tidak bayar
cukai mereka tidak melakukan kebaikan untuk negara dan kepimpinan mereka.
Begitu banyak wang rakyat dilarikan dengan berbagai bagai cara yang susah untuk
dibuktikan walaupun kita tahu mereka (pemimpin) melakukannya. Tetapi tidak
mengapa rakyat yang baik-baik ada. Mereka akan bayar cukai lebih lagi pada
tahun hadapan.
Kalau tidak sanggup bayar cukai
nanti bak kata PM kita, kita tidak patriotik pula. Oleh kerana patriotik punya
pasal kita akan bayar cukai banyak mana yang pimpinan kita tuntut. Jangan
lawan, nanti mereka (pemimpin) akan tuduh kita nak gulingkan kerajaan pula.
Yang pemimpin kita mahukan
apabila mereka mahukan kita membayar cukai dengan banyak mereka mahukan kita
berjoget dan menari kesukaan kerana berpeluang untuk menunjukkan semangat patriotik
kita dengan mengambil beban cukai itu.
Itulah serba sedikit yang boleh
di sebut dalam posting ini dari sebahagian dari isu-isu yang berlaku dan
disebut oleh rakyat negara ini. Insyaallah, jika kerajaan kehabisan wang lagi
kita ramai-ramailah bergolok bergadai dan membayar segala cukai dan hutang melalui
kos barangan dan perkhidmatan yang tinggi nanti.
Yang pasti dalam pembentangan
bajet 2015 nanti rakyat akan bersedia untuk memulakan membayar cukai GST pula.
Kita mesti ikut 160 negara lain yang membayar GST ini. Kita mesti ikut untuk
mengelakkan dari dituduh tidak patriotik.
Sekarang ini begitu banyak
lapuran polis dibuat oleh rakyat patriotik seluruh negara kerana mereka tidak
bersetuju sebahagian rakyat yang tidak patriotik berhimpun untuk menyekat
kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di negara ini.
Mereka marah kerana ada kumpulan
yang cuba
untuk mengurangkan harga barangan. Mereka hendak bayar harga barangan yang
tinggi, maka mereka pun membuat lapuran polis di merata-rata negara ini.
Banyak kumpulan yang mendesak
polis menahan dan menangkap mereka yang tidak mahu membayar harga barangan yang
tinggi ini. Kumpulan ini macam mana sekali pun keadaan, mahukan harga barangan
keperluan kita tinggi. Lebih tinggi lebih baik. Negara dan rakyat akan lebih
aman.
Daripada dituduh tidak patriotik,
mari kita menari dan berjoget sambil mambayar cukai-cukai yang tinggi ini.
No comments:
Post a Comment