Setelah hampir 2 bulan merancang sedikit demi sedikit menyediakan keperluan majlis pada 22 Dis 13. Seawal minggu kedua terakhir kerja-kerja mula diperkemaskan dan dibuat kepetusan. Perbincangan keluarga secara spontan diwaktu makan malam/masa lapang bagi mendapat maklumat serta menyemak bajet yang ada. Mesyuarat sajian dan persiapan dewan adalah paling utama disamping memastikan kehadiran jurunikah samapai pada masa yang ditetapkan. Jadual disusunatur dengan mengambilkira keperluan dan kehadiran tetamu. Perbincangan terakhir pada 18 Dis 13 jam 0930 dimana kebanyakan tempat disiapkan dengan pemasangan meja, kerusi, meja pengantin serta lain-lain keperluan. Bayaran pendahuluan sajian dijelaskan RM !)))/ $))) + ^))) dan baki RM %#%) bayaran akhir pada 20 Dis 13 jam 160 diserah pada MNik. tempahan bilik di Times Inn juga dibuat bagi 5 bilik. Persiapan disaat ini sudah hampir 75% dan pada pagi Sabtu ke pasar CKR/Jln Raja Bot bagi membeli buah untuk hiasan meja dan laluan. Konsep buah agar mudah untuk tetamu menjamu selera dan buah-buahan segar. Buah pilihan aple, anggur hitam/hijau, persimmon, limau Mandrin serta strawberi bernilai RM %))). Malam hari Jumaat dibuat persiapan pulut kuning dengan bantuan SSusan B1-5-1 dan persiapan akhir mengasingkan keperluan untuk dibawa ke dewan. Pada hari yang sama juga semua peralatan di bawa ke rumah untuk dikumpulkan agar tidak ada yang tertinggal. Hari Sabtu 21 Dis adalah saat yang paling sibuk dengan persipan akhir, barang-barang dihantar kedewan, pemasangan pelamin, perkemasan di dalam dan luar dewan serta surau. Seawal jam 0730 kami telah ke CKR dan Setiawangsa membeli keperluan serta nasi lemak. Jam 10 1 x Pergio dan 1 x Rexton membawa barangan ke stor dewan. Sebelah tengaharinya jam 1500 ke dewan bagi semakan terakhir dan juga membuat taklimat ringkas kepada anak-anak buah jam 1730. Jam 1730 adik Tan, Ana sampai di hotel dan bakal besan jam 1900 daftar masuk dihotel yang sama. Sebelah malamnya selepas solat Maghrib kami Restoren Ros--t Tomyam jln Raja Abdulllah dan belanjanya mencecah RM #^).Sekembalinya jam hampir 11 mlm, dan meneruskan persiapan bekas buah-buahan dan masuk tidur jam 1 pagi.
Selepas kelas solat subuh jam 0730 mengatur keperluan fruit basket, mengambil pulut kuning, jurufoto ke dewan. Terakhir bersama isteri ke tempat majlis melalui jln TAR, cat Rd to sup depot. Kehadiran tetamu dari Perlis sampau dengan 2 buah bas dan 3 buah kereta dan kami sempat menyambut kehadiran tetamu ke khemah sarapan pagi. kelam kabut suasana membuat persiapan goodies corner, bridal corner dan jiga mengatur goodies tetapi anak dan anak-anak buah tahu tugas masing-masing dan ianya siap jam 0945. Pengantin sampai jam 0745 dan jurunikah menyiapkan butiran maklumat pengantin dan saksi sehingga jam 1005. Jurucakap majlis LK San memula bicara dan menjemput Pak long dari pihak pengantin lelaki dan seterusnya diserahkan kepada Jurunikah. khutbah nikah kahwin disampaikan sehingga jam 1033 dan ijab kabul dilaksanakan pada jam 1045 dan berakhir majlis akad nikah jam 1105. Acara pertama selesai dan seterusnya pengantin masuk dewan untuk majlis bersanding dan tetamu disajikan makan tengahari Nasi Bryani, kari kambing, ikan dori plum sos, ayam masak bawang dan jelatah. Majlis selesai jam 1145 pengantin beredar ke bilik persalinan.
Jam 1145 tetamu mula tiba dan kemunchak jam 1230-1430 tidak putus-putus bertamu. Saudara jauh, dekat dan rakan pejabat, perkhidmatan dan jemaah surau mula tiba. Ada yang makan dulu ada yang bertegursapa dan bergurau dengan rakan lama, minum ringan di sudut kopi/teh. buah tangan juga turut diedarkan sebagai ingatan kepada tetamu yang hadir. Penyambut tetamu kelihatan semakin sibuk melayani dan menyantuni tetamu, yang dikenali dibawa ke tempat duduk, buffet dan kurang dikenali ditegur sapa dan bertanya rakan lain bagi memastikan tetamu mendapat tempat. berbagai lapisan tetamu dari Doto Seri Ahmad Phesal, AKSPA, mantan TPTL, Prof Dr Zain,Pengerusi Kor dan Mantan Pengarah/Pengerusi KPD Peg Bersara, dalam erkhidmatan serta rakan MPAT, TJT 20,21 dan 22 serta jemaah Surau Luqman DPTOJ, Surau Al Haq Sentosa Klang dll (bollywood).
Jam 1345 pengantin masuk dewan didahului dengan bacaan salawat, makan pengantin dan diakhiri potongan kek pengantin. Semakin hampir kepenhujung semakin ramai datang kerisauwan mula timbul ditakuti makanan kehabisan dan akhirnya mee goreng mamak yang tinggal dan jam 1600 semuanya sajian utama dan kopi korner kehabisan stok. Allhamdullillah semua dapat merasai kenikmatan sajian walaupun semakin berkurangan di akhir waktu, dan kelainan ditunjulkan dengan menghiasi meja makan pengantin dengan buah-buahan serta makanan pengantin dihidang secara makan rejimental bermula dengan sunnah rasullullah buah, apetizer prawn cocktail, sup ayam, nasi briyani/ayam/ikan dori dan diakhiri dengan serbat dan potong kek. Tahniah kepada MJamal, Nurul Ain selaku MC mengemudikan majlis. Kepada penyambut tetamu LK Baha Norizan, LK Norizan/Sofian, LK Kamarul/Nora. K Zamri, K Rizaudin, 2 k dan PW Azeman.
Jam 1700 berjumpa dengan semua AJK 91 DBP dan menyerahkan goodies bagi menghargai segala penat lelah menguruskan majlis, tanpa mereka semua majlis kami tidak berjalan dengan lancar. Pertama kali nya majlis dijayakan tidak ada lebihan makanan semua disebabkan kesedapan dan kelazatan masakan dan pelbagai hidangan sudut kopi gorengan pisang, sukun dan keledek. Kenakan ice cream cup serta candy corner menarik anak-anak yang hadir dan juga ibubapa. Alhamdullillah walaupun isteri, kak ana, noor dan aku sendiri tidak dapat merasai semua sajian kecuali mee goreng mamak dan talam kcg merah namun puashati kerana majlis berjalan seperti dirancang dan semuanya ditetapkan oleh Allah Subhanahuwattaala. Syukran dan Alhamdullillah. Kami singgah makan di Pekan Restaruant pekena pula chcken bles, lamb grill di jalan Mahmud kpg Baru sebelum ke kedai andaman membayar butik pelamin/pakaian dengan Jjuxx .Wassalam
No comments:
Post a Comment