Kali kedua, walaupun dah ada pengalaman tetapi kali ini berbeza kerana tempat dan suasana berbeza. hajat hati nak buat di kawasan rumah atau surau tetapi akhirnya di dewan. semuanya disebabkan faktor cuaca dan juga kerja-kerja selepas majlis.
JEMPUTAN. Kerja pertama yang paling rumit adalah jemputan samada ramai atau sedikit. Setelah dibuat perkiraan, dibuat kad sebanyak 600 kad dan ditambah dengan jemputan lisan, fb dan juga jemaah surau. Masalah yang paling rumit daripada anggaran 1000 jemputan berapa ramai yang dapat hadir. Setelah hampir 2 minggu jawapan kehadiran masih samar walaupun 10 jemputan maklum tak dapat hadir. Daripada pihak lelaki pula dijangka hampir 100 tetamu dengan 2 buah bas. Saudara mara di KL, InsyaAllah hadir seramai 100 orang manakala jemaah surau dijangka seramai 150 orang, tetamu dari surau al Haqq seramai 50 orang, Pegawai KPD dijangka 150 dan pesara 20, lain-lain jemputan seperti skot, snr dan jnr dijangka 50 orang dan jemputan lisan dijangka seramai 100. Pekerja dan jemputan terjun dijangka 100 orang. Jika diikut anggaran seramai 800 jemputan kemungkinan hadir ini dikira termasuk kanak-kanak. Jika dicampur dengan keluarga 3 ke 4 orang ianya mungkin sampai 1000 orang/kepala. Masih terdapat beberapa kad (50 kpg) belum diedarkan. Ini disebabkan alamat tidak tepat dan masih menunggu jawapan ditakuti ada undangan berganda.
PERSIAPAN URUS AKAD NIKAH. Pada awalnya agak perlahan tetapi setelah semua dokuman siap ianya diselesaikan dalam masa dua jam jika kerja mudah, urusan tandatangan, daftar di JAWI dan dokumen lengkap. Masih ada lagi disaat akhir kehadiran KADI dan juga gelabah majlis akad nikah, walau apapun ianya akan menjadi mudah jika dibuat dan disemak pada setiap masa yang sesuai.
PERSIAPAN GOODIES/BRIDAL CORNER DAN HIASAN. Semua dibuat seawal bulan Jul dengan pembelian bakul buahtangan, kacang tumbuk, puding, goodies dll disiapakan dan dibungkus seawal bulan November. Kos juga boleh tahan dan yang penting diberi sebagai sedekah. Sehingga kini riben penyambut tetamu, bag kertas, bunga pahar, bakul hiasan, bekas candy corner serta bridal signature corner disiapkan dan dijangka siap sepenuhnya pada 15 Dis 13.
PERBINCANGAN DEWAN, ATURCARA DAN SAJIAN. Semua dilaksanakan pada 3 Dis 13 dirumah dimana wakil yang terlibat dimaklumkan perancangan serta hajat. Semuanya akan membuat perancanagan dan memberikan bajet sebelum 16 Dis 13. Menu dan juga keperluan berkaiatan akan dimuktamadkan pada 18 Dis 13.
PAKAIAN PENGANTIN/PELAMIN. Ianya telah dibincangkan dan kosnya mencecah RM 2....00, daripada New Village. Pakaian warna belacan dan warna biru magenta dipilih. Manakala di sudut pelamin korner juga dibincangkan dan ditunjukan untuk persiapan pada hari Jumaat petang.
PERSIAPAN DEWAN/TEH TARIK KORNER. Persiapan akan dibuat pada hari Rabu 18 Dis 13 dan berterusan sehingga kepagi 22 Dis 13.
BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT. Sebelum majlis hajat bermula, satu majlis akan diadakan pada 19 Dis 13 di rumah/disurau bagi memohon kerahmatan dan dimudahkan segala urusan dan mendapat keredahan Allah hendakNya. Wassalam.
No comments:
Post a Comment