Friday, 26 June 2026

MesyuaratcKhairat Kematian 28/6/2027



 UCAPAN ALU-ALUAN NAZIR BAGI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KHAIRAT KEMATIAN

MASJID AL BARAKAH 2026  PADA 280915 JUN 2026 


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya kita dapat berhimpun dalam Mesyuarat Agung Tahunan Khairat Kematian Masjid Al Barakah bagi tahun 2026. 

Sebagai Nazir baru dilantik  mulai 01 Jan 2026  hingga 31 Dis 2030,  Saya mengalu-alukan kehadiran semua ahli Khairat Kematian. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan mencerminkan komitmen terhadap kebajikan masyarakat serta semangat saling membantu yang dianjurkan oleh Islam.

Tujuan Mesyuarat Khairat Kematian bukan sekadar tabung bantuan, bahkan menjadi wadah untuk melaksanakan tanggungjawab fardu kifayah, meringankan beban waris serta mengeratkan ukhwah di dalam kalangan ahli kariah.. Mesyuarat hari ini juga akan memilih Ahli Jawatankuasa Baru bagi sesi  berkuatkuasa sehingga 31 Dis 2030. Syabas dan Tahniah kepada AJK yang lalu (Jan 2022023 -2025) di atas pengorbanan masa dan tenaga  menguruskan seramai ….Allahyarham/Allayrhamah termasuk semua peringkat umur. 

     Saya sebagai Nazir dimaklumkan bahawa Tiada Pemilihan bagi Ketua Biro Khairat Kematian iatu  Tuan Hj Zainal Abidin bin Sidek yang dilantik oleh JAIS sebagai AJK Masjid dan seterusnya dilantik oleh Masjid sebagai Ketua Biro Khairat Kematian. Begitu juga  jawatan Pengurus Jenazah Muslimat iaitu Puan Noraini binti Abdul Rani yang dilantik oleh JAIS pada 29 Jan 2026. Bagi jawatan-jawatan lain ianya akan dipilih mengikut keputusan ahli2 khairat. Alhamdullillah, saya bagi pihak Pengurusan Masjid dan ahli kariah mendoakan semua AJK Biro Khairat Kematian MAB yang dimuktamadkan nanti akan dapat memikul amanah dengan penuh keikhlasan, integriti dan semangat sukarela demi kebajikan semua ahli.

Kelangsungan Khairat Kematian terletak pada kepada Yuran Penyertaan dan Pengurusan Pentaddbiran serta Pengurusan kewangan. Oleh itu, Saya menyeru agar semua ahli dapat menjelaskan yuran keahlian mengikut jadual yang ditetapkan serta mengajak lebih ramai ahli keluarga, khususnya generasi muda, menyertai Khairat Kematian demi manfaat bersama. Pihak pengurusan hendaklah mengamalkan tadbir urus yang telus melalui pembentangan laporan kewangan, laporan aktiviti serta penyampaian maklumat menerusi WhatsApp dan media sosial rasmi.

Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Khairat Kematian atas segala sumbangan dan kerjasama yang diberikan. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita dan menjadikan Khairat Kematian Masjid Al Barakah terus kukuh serta memberi manfaat kepada seluruh ahli kariah.

       Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah.. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


…………………………………………………….

HJ MOHD TAYAZI BIN ABDUL KADIR

NAZIR SESI 2026-2030

 (28  JUN 2026)



Bidang Tugas (Ringkas)

1. Menyelaras pengurusan Khairat Kematian dan urusan fardu kifayah.

2. Mengurus pendaftaran ahli, kutipan yuran dan rekod keahlian.

3. Menyelaras bantuan kepada waris ahli yang meninggal dunia.

4. Mengurus kewangan khairat secara telus dan berintegriti.

5. Menyelaras urusan mandi, kafan, solat jenazah dan pengebumian.

6. Mengurus ziarah serta kebajikan keluarga si mati.

7. Menyelaras sukarelawan dan logistik semasa berlaku kematian.

8. Menyampaikan maklumat melalui WhatsApp dan media sosial rasmi.

9. Membentangkan laporan aktiviti dan kewangan kepada ahli.

10. Menggalakkan penyertaan ahli baharu, khususnya generasi muda.

11. Memupuk semangat ukhwah, amanah dan kerja sukarela dalam kalangan ahli.

12. Memastikan segala urusan mematuhi s…


No comments:

KEJAYAAN DAN KETENANGAN

"Kejayaan dimiliki tidak hadir sendiri tetapi ia datang dengan usaha, berdoa dan bertawakal"

"setiap yang kita impikan tidak selalunya indah, kesunyian mengajar erti hidup berdikari, Namun satu yang kita akan ingat seumur hidup, KENANGAN"

Blog Archive