Persiapan memasuki sekolah juga amat membebankan dihujung tahun, tambahan harga barang-barang melambung tinggi dan tiada bonus bagi mengurangkan bebanan kewangan. Jika anak ramai yang bersekolah pasti perbelanjaan bertambah. Pada hari ini (14 Dis 2007) aku membelanjakan hampir 250.00 bagi membeli pakaian seragam(4 baju 3 seluar), sepasang kasut, 2 buah beg dan 1 x alat tulis hanya bagi anak yang akan memasuki Tahun 6 dan Tahun 1. Ini belum termasuk yuran sekolah dan buku tulis dan pelbagai peralatan sampingan persekolahnya dan dijangka sebanyak RM 400.00 lagi. Kalau dikira dengan pengangkutan dan tuisyen mungkin perbelanjaan mencapai RM 500.00.
Pendidikan sekarang amatlah tinggi, walaupun buku teks dan yuran sekolah (RM 18.00) diberi percuma. kami juga tidak membeli barangan berjenama pun sudah merasai bebanan, dan sudah pasti bagi yang berpendapatan rendah amatlah perit dan terasa. Allahamdullilah 2 anak lagi sedang menunggu keputusan SPM dan STPM dan dua lagi anak mendapat pinjaman PTPN jadi tidaklah terasa bebanan diakhir tahun 2007 dan awal tahun 2008. Menjelang bulan Jun/Jul perbelanjaan akan bertambah sekiranya mereka memasuki IPT. Walaupun pinjaman PTPN mungkin diperolehi tetapi sekurangnya RM 3,000 perlu disediakan bagi membeli keperluan asas/permulaan dan wang poket. Tahun hadapan kalau nak pinjam PTPN ibubapa mesti mempunyai akaun RM 3,000 di dalam Skim Pendidikan PTPN. Bagi yang kerja makan gaji mana boleh kumpul sebanyak itu, sebab gaji yang diterima hanya setakat cukup untuk makan minum dan perbelanjaan bulan kehadapan. Kalau nak harap simpanan amatlah sukar apabila banyak tanggungan dan keperluan asas.
Rata-rata diperhatikan semasa membeli keperluan sekolah tidaklah ramai ibubapa seperti tahun sebelum ini, kerana tidak bonus dan pesawah belum menuai padi. Jadi ramai ibubapa terpaksa membuat perkiraan tepat dan berjimat cermat, ada yang terpaksa menggunakan kad kredit/pinjaman (bank, koperasi, tauke, along)/pajak gadai/ keluar simpanan dll sumber dulu bagi mengawal pegangan tunai bagi keperluan yuran sekolah dan keperluan asas kerana barangan mungkin dijangka meningkat harganya pada tahun 2008.
Kalau berkerja makan gaji hanya setakat cukup hidup awal gaji ada duit, tengah bulan mula suram dan diakhir bulan terus malap. Tidak dinafikan hanya berapa peratus yang benar-benar berdisiplin menyimpan pendapatan dan mampu berbelanja mewah dan hampir 50 peratus setakat cukup untuk hidup. Wallahhuaklam.
No comments:
Post a Comment